Basikal ada macam-macam jenis dan harganya juga ada macam-macam  peringkat. Orang yang mengayuh ada macam-macam kategori. Ada yang tak  hiraukan apa basikal yang dikayuh, yang penting seronoknya mengayuh. Ada  yang amat pentingkan basikal, kalau nak kayuh mesti kayuh basikal yang  mahal. Kalau tengok basikal yang murah langsung tak ada selera nak  mengayuh.

 07 
Jamis Trail-X 3.0 menonjolkan jelas huruf X.
Bagi mendapatkan sebuah basikal pun ada macam-macam  cara. Ada yang mahukan basikal percuma sahaja. Ada yang sanggup bayar  RM50 sahaja. Ada juga yang sanggup bayar sampai RM5 ribu hingga RM15  ribu untuk sebuah basikal. Itu pasal harga yang orang sanggup bayar  untuk sebuah basikal.

 06 
Jamis Trail-X 3.0 mempunyai tempat untuk pasang tempat barang
Sekarang mari kita pandang dari sudut lain pula.
Bila  kita mengayuh basikal maksudnya kita mahu bersukan, bersenam dan  rekreasi. Tujuannya yang tersirat adalah untuk menjaga kesihatan tubuh  badan. Kalau semata-semata nak mengayuh untuk bersukan, bersenam dan  berhibur kita hanya dapat kulitnya sahaja. Inti kepada mengayuh iaitu  mendapatkan kesihatan dan kecergasan yang baik untuk tubuh badan dan  akal fikiran kita.

 05 
Jamis Trail-X 3.0 menampal pelekat menunjukkan saiz body 17 inci
Mungkin ada yang akan mempertikaikan, betul  ke, berbasikal boleh menjadikan kita  sihat dan dapat menyembuhkan  penyakit. Ramai yang merasakan tidak logik apabila dinyatakan bahawa  kita boleh berubat dengan basikal. Kalau basikal boleh mengubat kita,  tidak perlu kita berjumpa doktor. Kerajaan pula tidak perlu membazir  membina hospital dan klinik serta melatih doktor, pembantu perubatan dan  jururawat. Akan lebih banyak tumbuhnya kedai-kedai basikal berbanding  klinik. Kerajaan dikehendaki menyediakan kedai basikal kerajaan  berbanding klinik desa. Akan lebih banyak tumbuh kedai basikal swasta  berbanding klinik swasta.
Persoalan diatas saya biarkan masing-masing jawab ikut pengalaman masing-masing.

 04 
Jamis Trail-X 3.0 menggunakan tayar onroad 26x1.75
Kita  berbalik kepada 'harga yang orang sanggup bayar untuk sebuah basikal'.  Harga tersebut adalah harga yang orang sanggup bayar supaya mereka tidak  dihampiri oleh penyakit-penyakit yang biasa kita dengar.
Mudah  katanya begini, bagi mereka yang sanggup bayar RM2 ribu untuk sebuah  basikal bermakna mereka sanggup bayar RM2 ribu supaya mereka jadi sihat  dan tidak dihampiri oleh penyakit-penyakit seperti yang biasa kita  dengar. Lebih baik bayar RM2 ribu untuk membeli basikal supaya kita jadi  sihat daripada kita membayar RM2 ribu untuk berubat penyakit-penyakit  seperti yang biasa kita dengar.

 03 
Jamis Trail-X 3.0 menggunakan part LX
Tetapi kalau dah beli basikal  sampai RM2 ribu, tetapi kayuh 2 bulan sekali. Macam mana nak jauhkan  diri dari penyakit-penyakit. Kalau nak berubat dengan basikal kenalah  mengayuh sampai berpeluh bukan macam makan ubat lepas makan boleh baring  dan tunggu kesan ubat meresap. Kalau beli basikal untuk menjadi sihat  dan cergas kenalah keluar mengayuh sampai peluh. Kalau mengayuh  'jalan-jalan makan angin' lepas tu singgah kedai mamak makan roti canai  dan teh tarik sambil berharap menjadi bertambah sihat dengan cara  begitu. Akan bertambah cepat penyakit-penyakit datang. Membazir saja  beli basikal sampai RM2 ribu.
Lebih baik pergi berlari atau berenang atau sewa kayak. Jumat duit, boleh tambah pelaburan dalam ASB.

 02 
Jamis Trail-X 3.0 menggunakan Rock Shok Dirt two
Berlari,  berenang, berkayak dan berbasikal adalah sukan yang seimbang. Kita  menggunakan serentak kesemua anggota kita ketika menjalankan aktiviti  tersebut. Kebanyakan sukan lain menggunakan sebelah anggota tubuh badan  kita sahaja. Kalau main ping-pong dan badminton kita akan guna sebelah  tangan sahaja. Kalau main bola den takraw kita sepak dengan sebelah kaki  sahaja. Kalau berlari, berenang, berkayak dan berbasikal kita perlu  gunakan serentak kaki dan tangan kita. Tetapi berlari, berenang dan  berkayak banyak bezanya dengan berbasikal. Semasa berlari berbasikal dan  berenang, ada orang membuat hayunan yang tidak seimbang antara kaki dan  tangan masing-masing. Tetapi semasa berbasikal kedudukan dan pergerakan  telah dikawal oleh bentuk basikal. Semasa mengayuh hayunan kaki adalah  sama antara kanan dan kiri kerana kaki akan mengikut putaran pengayuh  secara sama rata.

 01 
Jamis Trail-X 3.0 menggunakan crank truvetive
Akhir sekali, kita semua berhak memilih cara  bersukan dan cara menjaga kesihatan masing-masing. Mana ada tempat atau  negara yang semua orangnya menggunakan basikal lebih banyak berbanding  kenderaan bermoto?
Gambar basikal yang ditunjukkan disini adalah  model Jamis Trail-X 3.0 warna merah. Rangka basikal ini sesuai untuk  dijadikan touring bike. Pada rangka Jamis Trail-X 3.0 ada tempat untuk  pasang tempat duduk belakang atau tempat bawa barang. Basikal ini berharga RM1,500.00.