Buah dan amal ibadat di dunia ini ialah merasakan lazat manisnya amal itu, sehingga terasa sebagai nikmat yang tidak ada bandingnya.
Utbah Al-Ghulam berkata : Saya melatih diri sembahyang malam dua puluh tahun, setelah itu baru saya merasakan nikmat bangun malam,
Tsabit Al-Bunani ra. berkata : Saya melatih membaca Qur’an dua puluh tahun setelah itu baru saya merasakan nikmat membaca Qur'an.
Abu Turab berkata : Jika seorang
(1) bersungguh-sungguh dalam niat amalnya, dapat merasakan nikmat amal itu sebelum mengerjakannya, dan
(2) apabila ikhlas dalam melakukannya merasakan manisnya amal ketika melakukannya, dan amal yang sedemikian sifatnya, itulah amal yang diterima dengan kurnia Allah.
Al-Hasan berkata : Carilah manisnya amal itu pada tiga, maka bila kamu telah mendapatkannya bergembiralah dan teruskan mencapai tujuanmu, apabila belum kamu dapatnya ketahuilah bahwa pintu masih tertutup yaitu ketika (1) ketika baca Qur’an, dan (2) ketika berzikir, dan (3) ketika sujud.
Ada pula yang menerangkan : dan ketika bersedekah dan ketika bangun malam. Sejak bilakah kau merasa telah mengenal Allah ?
Iaitu ketika akan berbuat pelanggaran terhadap ajaranNya merasa malu daripadaNya.
4 comments:
neguai,
salam;
Kiasnya;bahtera,dengan Kapal besar;tak Sama maksud Dan maknanya.
Jangan bercakap marapu,kalau tak sampai ilmunya.
Inshaallah.
neguai,
salam;
Ditegur dgn kejadian.itu lah kiasnya.
Berenti lah buat salahlaku Dan berenti Lah buat tabor fitnah.
Tak Kan tak reti,tak faham juga.
Inshaallah.
neguai,
salam;
Kalangan tuanpuan,kerap menyebut,kami buat kerana allah.
Kalau dah kerana allah,apa sebab moyang tuanpuan berkirim salam kepada tuanpuan melalui kami.
Kompius kami dengan perangai tuanpuan.????
Ada sesuatu yang tak kena dengan kelakuan Dan tingkahlaku tuanpuan,gamaknya.
Inshaallah.
neguai,
salam;
orang tua kata malang tak berbau;[betul tu].
tapi jangan lah cari nahas dengan mencelakakan diri.
celaka tu apa maksudnya???
minat sangat manusia zaman ni menjadi orang celaka; kenapa???
orang akan bertanya;kenapa kami bangkitkan sebutan celaka tersangat kerap kali???.
ini jawapannya; selagi tuanpuan tak dapat menterjemahkan maksud celaka seperti apa yang al quraan serta al sunnah kehendaki,selagi itulah kami akan setiasa mengbangkitkan dan membentangkan celaka tertadap tuanpuan dan mereka itu.
kami akan tunggu sehingga terbit fajar disebelah barat,bagi mendengar jawapan dari tuanpuan dan mereka itu.
inshaallah.
Post a Comment