-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20230818

Pendekatan 83: Ingin mengetahui kedudukanmu di sisi Allah

83) Jika kau ingin mengetahui kedudukanmu di sisi Allah, maka perhatikan di dalam bagian apa Allah menempatkan kau. 

Rasulullah saw. bersabda : Siapa yang ingin mengetahui kedudukannya di sisi Allah, maka hendaknya memperhatikan bagaimana kedudukan Allah dalam hatinya. Maka sesungguhnya Allah menempatkan/mendudukkan hambaNya, sebagaimana hamba itu mendudukkan Allah dalam jiwanya (hatinya). 

Al Fudhail bin Iyadh ra. berkata : Sesungguhnya seorang hamba dapat melakukan taat ibadat kepada Tuhan itu hanya menurut kedudukannya di sisi Tuhan, atas perasaan imannya terhadap Tuhan, atau kedudukan Tuhan di dalam hatinya. 

Wahb bin Munabbih berkata : Saya telah membaca dalam kitab-kitab Allah yang dahulu. Firman Allah : 

Hai anak Adam, taatilah perintahKu dan jangan engkau beritahukan kepadaKu apa keperluan yang baik bagimu. (Yakni engkau jangan mengajari kepadaKu apakah yang baik bagimu). 

Sesungguhnya Aku telah mengetahui kepentingan hambaKu, Aku memuliakan siapa yang patuh pada perintahKu, dan menghina siapa yang meremehkan perintahKu. Aku tidak menghiraukan kepentingan hambaKu, sehingga hambaKu memperhatikan hakKu (yakni kewajibannya terhadap Aku).

10 comments:

Anonymous said...

neguai,
salam;


jangan lah cari jalan berdebat;itu kerja orang celaka.

bermuzakarah lah,dan jangan perlekehkan ajaran agama orang lain yang bukan islam;kalau perlekehkan juga,itu memang jenis orang yang memasukkan diri kedalam hina celaka.

yang sendiri pun belum tentu sempurna;buat pelekeh yang orang lain punya buat apa.

tak berakal lansung[tak gunakan akal dan iman],ikut sedap gigi nak bercakap.

kita membetulkan dengan sopan dan adab; dan bukan melulu dengan tanggapan bersangka-sangka.

fekah itu ditutur dengan adat yang beradab,dan bukan menyalahgunakan adat serta adab untuk tujuan .......;[ jangan menduga diair yanng keruh].

cacing yang kepanasan akan lari masuk kedalam tanah atau mati kering;sebaliknya ular yang kepanasan akan melawan balik.[belum tentu lagi kalah menangnya];[sebab itu jangan menbazir masa dan air liur berdebat].

jangan salah gunakan perpatah; tenggelam sabut timbul batu.



inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


saat kita dipertemukan degan illahi,masa itulah sesal dalam diri akan muncul.

bukan sebab malakukan salahlaku atau ingkar;sebaliknya bertemu dengan tangan kosong;kosong kosong.

tidak ada kebaikan dan kebaktian yang di bawa sebagai adabnya hamba kepada kholidnya.

bergitu juga lah kholid kepada hambanya,tidak ada pandangannya kepada hamba yangnya yang leka dan lalai,walau pun dengan lirik matanya.

sebabnya adalah hambanya mencelakakan diri mereka sendiri.

apabila bergitu keadaanya; tiada sesiapa yang dpat menolong mereka walaupun nabi muhammad.




inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


terjadinya kemurkaan allah kepada manusia apabila manusia bersikap celaka kepada diri mereka sendiri;

celaka akalnya manusia;

celaka hatinya manusia;

celaka imannya manusia;

celaka nafsunya manusia;

celaka fekahnya manusia;

celaka adatnya manusia;

celaka adabnya manusia;

celaka ilmunya manusia;


dengan sebab sifat celaka manusia itu,mereka zalim kepada diri sendiri,dan zalim mereka menjadi wabak kepada manusia sekeliling mereka;lalu meruntuhkan tamadun manusia dengan celakanya.

maka; islam dalam diri mereka tak sempurna jadinya.

maka; celaka itu bermaksud apa????

celaka itu wajib diperbetulkan;[tidak boleh tidak] dipulihkan,disiapkan,dilengkapkan,disempurnakan; oleh manusia[tuanpuan].

tuanpuan yang celakakan diri sendiri,kenapa pulok allah serta rasulullah yang harus memperbetulkan keadaannya.[orang zaman ini kata;sendiri buat sendiri tanggung,takkanlah orang lain yang tanggung].

tak ke gitu akan kaedahnya.




inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


Peringatamn;

Jual buah durian pakai timbang kilo, Hati Hati, jangan sampai orang jual buah kelapa juga buat perkara yang sama.ditimbang dengan sabut sabut Dan tempurung sekali.

Betul atau Salah perbuatan jual durian pakai timbang kilo tu.


Inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


ilmu islam;bukan boleh di ikut ikut degan setakat meniru.

nabi dah cakap;buat seperti apa yang engkau lihat serta dengar aku buat.[nabi tak suruh tiru dia]

ilmu nya kena tahu serta faham;belajar lah dengan betul sehingga faham akan pengetahuannya ilmu.

bukan setakat menambah sikit-sikit ilmu hanya dengan mendengar ceramah.

kalau betul tuntutnya;tuanpuan sepatutnya lama dah khatam ilmu islam;sebaliknya,macammana setiap tahun dok belajar dan dengar benda yang sama;bila nak khatam???

penambahbaikan;[mereka kata];???;;ulangkaji;[kata mereka];???.

makanya; selama ni;wuduk tuanpuan; solat tuanpuan; ibadah tuanpuan; sedekah tuanpuan; wakaf tuanpuan;;!!!!!!!!!??????.@#$%&*!?.

kalau dah di ulang-ulang seumur hidup;bila nak belajar ilmu lain selain dari yang di ulang-ulang tu.

nabi menyempurnakan seluruh hak nya ilmu serta islam selama 25 tahun. dan seluruhnya di letakkan dalam al quran serta al sunnah dan di pusakakan kepada seluruh tuanpuan manusia dan makhluk seluruh alam. dan tuanpuan,berapa lam nak tempoh sempurnakan seluruh hak ilmu serta islam dalam diri tuanpuan.



inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


katanya mereka itu; orang islam semuanya kenal syaitan;???

betul ke;atau setakat bercakap,nak sedapkan hati dan percakapan mulut???

katanya; syaitan adalah musuh umat islam.

nak tanya sikit pada tuanpuan; syaitan tu apa atau siapa???[apa benda ke makhluknya] [makhluk atau ungkapan kias]

kalau syaitan itu musuh,kenapa lah pulok ramai sangat orang islam sendiri yang berperangai lebih terok dari si syaitan tu.

acu beri jawapannya;syaitan tu bermaksud apa???




inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


kata nya mereka; manusia yang tak sempurna;yang sentiasa melakukan kesalahan.

berentilah lakukan kesalahan;kalau dah tahu sentiasa buat salah.

tak payah lah sampai allah tegur dengan wabak dan bala.

macam kanak-kanak;sekali rotan sekali berenti buat salah,hilang biratnya buat semula salah.

sekali pulas telinga,senyap sekejap,hilang panas telinga buat bising semula.

kanak-kanak tu buat degil sebab kena hasud dik syaitan ke??? atau perangai degil bebudak tak cukup umur???



inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


angin yang bertiup kalau bawak berbau masam dan busuk;jangan lah di sedut,beralihlah ketempat lain.

1] cari punca bawak masam dan busuk tu.
2] bersihkan tempat yang datangnya angin busuk tu.
3]tinggalkan dan lari ke tempat yang udaranya bersih dan segar dari pencemaran masam dam busuk tu.[jangan lah dihidu atau meghidu];nanti ketagih.

bila dah ketagih,nak pulihkan bukan mudah.

malang tak berbau,tapi jangan sesaja hari malang;[itu saja-saja cari nahas].[tak ambik hal@ tak ambik berat bab fekah@hukum@undang-unang].




inshaallah.

Anonymous said...

neguai,
salam;


namrud bermaksud raja[maharaja]

firaun bermaksud raja[maharaja]

maharaja bermakksud ketua raja-raja bagi jajahan di bawah gabungannya atau pentadbirannya.

jangan bercakap ikut lembut gigi.[fitnah yang tuanpuan buat]; nak padamkan macammana.

keseluruhan namrud dan firaun tu ada ramai;ada yang kufur dan ada yang beriman.

kalau tak tahu jalan cerita sejarah,jangan buat serkap jarang.


ada kalangan tuanpuan adalah dari darah daging keturunan namrud dan firaun.

maka;hati-hati sikit bila bercakap. jangan sampai terfitnah moyang sendiri.[atau membuat pertuduhan buruk kepada moyang sendiri].

terlajar perahu boleh di undur;terlajak cakap[kata-kata] akibatnya .....[bala sebagai hukuman kifarah]




inshaallah.

PN said...

Apabila seseorang mencela Firaun atau Namrud, haruslah itu ditujukan kepada mereka yang disebutkan dalam Quran, mereka yang dilaknat. Jika adapun yang beriman, sebagaimana yang tuan Neguai sebutkan, itu tidaklah termasuk sekali.

Tak bolehlah hanya kerana nyamuk kelambu habis dibakar. Fahami dahulu apa ke mana perkara tu hendak ditujukan, jika dituju kepada nyamuk maka nyamuklah, jangan pula dimangsakan kelambu yang tidak bersalah itu.

Jikapun ada berketurunan Firaun yang dilaknat, tidak bolehlah kita membenarkan perkara itu? sedangkan itu yang disebutkan di dalam kitab suci. Adakah hanya kerana hendak menjaga nama Firaun kita harus menolak kitab suci?. Adakah umah Muhammad perlu mengagungkan Abu Lahab kerana kasihkan anak saudaranya, sedangkan kitab suci sendiri mencemuh perbuatan Abu Lahab.