-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20241129

Pendekatan 131: Allah telah mengetahui kelemahanmu dalam mendirikan sembahyang

Allah telah mengetahui kelemahanmu 

maka Ia kurangkan jumlahnya (sembahyang hanya lima kali sehari semalam). 

Allah mengetahui juga bahawa hambaNYA sangat berhajat. 

Allah banyakkan pahalanya sampai berlipat gandakan (seumpama 50 kali sehari semalam)

Sehingga tiap hasanat kebaikan sekurang-kurangnya mendapat sepuluh kali lipat gandanya.

20241122

Pendekatan 130: Dalam sembahyang, gerak itu bagaikan makanan dan bacaan itu bagaikan minuman.

Sembahyang itu sebagai tempat bermunajat (menyampaikan hajat kepada Allah), serta memanjatkan puji syukur.

Dan sebagai tempat pembersihan hati dari pelbagai kotoran.


Akan datangnya berbagai rahsia-rahsia Allah.


Dan terbit terang padanya cahaya ilmu dan ma'rifat. 

Firman Allah : Tegakkan sembahyang itu untuk zikir ingat kepada AKU. 


Sesungguhnya seorang hamba bila ia berdiri sembahyang, maka Allah membuka untuknya tirai hijab. 


Berdiri tegak para Malaikat dari atas bahunya hingga langit dan mengikuti sembahyangnya serta aminkan doanya.


Dan seorang yang sembahyang itu ditaburi rahmat dari langit hingga ubun kepalanya. 


Dan dipanggil oleh suara : Andaikata orang yang munajat ini mengetahui siapakah yang diajak bicara. Maka tidak akan berhenti dia dari (memutuskan) sembahyangnya.


Dan sesungguhnya pintu pintu langit terbuka untuk orang yang sembahyang. 


Dan sesungguhnya Allah membanggakan barisan orang-orang yang 

sembahyang di hadapan MalaikatNya. 


Dalam Kitab Taurat ada tersebut demikian : Hai anak Adam, jangan malas untuk berdiri sembahyang dihadapanKu sambil menangis, maka Akulah Allah yang telah mendekat dari hatimu, dan kerana ghaib engkau telah dapat melihat cahayaKu. 


Muhammad bin Ali At Tirmidzi beikata : Allah telah memanggil orang-orang yang bertauhid supaya sembahyang lima waktu. Kerana rahmat kasihan kepada mereka dan menyediakan berbagai macam hidangan supaya seorang hamba itu dapat merasakan pada tiap bacaan dan gerak itu kurnia pemberianNYA. Maka gerak itu bagaikan makanan sedang bacaan itu bagaikan minuman. Dan hidangan itu disediakan oleh Allah tiap hari lima kali sehari supaya tidak ada lagi sisa kotoran atau debunya.

[https://drshafie.blogspot.com/2017/08/kata-kata-muhammad-bin-ali-al-tirmidzi.html]

20241115

Pendekatan 129: Sembahyang itu penyucian hati dan pembuka pintu ghaib.

Sembahyang itu sebagai penyucian hati dari kotoran dosa dan untuk pembuka pintu ghaib. 

Rasulullah saw. bersabda : 

Sesungguhnya perumpamaan sembahyang itu, bagaikan sungai mengalir di muka pintu rumah seseorang, maka ia mandi daripadanya tiap hari lima kali, apakah ada sisa dari kotorannya ?


Jawab sahabat : Tidak ada sisa kotorannya sedikitpun. 

Maka sabda Nabi saw. : 

Demikianlah contoh dari sembahyang lima waktu, menghapuskan dosa.

Juga sembahyang sebagai pembuka pintu ghaib, sebab bila hati telah bersih dan selalu berhubungan dengan Tuhannya, pasti  akan terbuka baginya tirai pintu ghaib.

20241108

Pendekatan 128: Allah Maha Tahu bahawa kita mudah jemu dan rakus.

Ketika Allah sememangnya mengetahui bahawa kamu mudah jemu, maka Allah buat bermacam-macam cara taat.

Ketika Allah sememangnya mengetahui bahawa kamu juga bersifat rakus, maka dilarang melakukan sembahyang dalam beberapa waktu.

Supaya semangatmu tertuju pada sempurnakan sembahyang bukan sekadar sembahyang.

Sebab bukan semua orang yang sembahyang itu sempurna sembahyangnya. 

Iqamatus-sholah (tegak sempurnanya sembahyang) yaitu dengan menjaga syarat, rukunnya.

Setelah sempurna sembahyang dengan menjaga khusyu dalam sembahyang. Dalam sembahyang tidak ingat sesuatu selain Allah semata-mata.

Seterusnya merasa bahwa sembahyangnya itu semata-mata kurnia pemberian Allah kepadanya.

20241101

Pendekatan 127: Orang yang telah sampai ke Makam Insan

Allah Maha Tahu bahawa hambanya tidak sabar untuk melihatNYA, maka Allah perlihatkan kepadamu apa-apa yang asli buatan Allah. 

Kerinduan yang berupa Sangat Ingin Melihat Allah, termasuk kurnia yang besar dari Allah. 

Ianya termasuk maqam ihsan. 

Orang yang telah sampai ke maqam ini, Allah anjurkan supaya sabar melihat buatan Allah lebih dahulu sebelum diperlihatkan Zat Allah di akhirat.