-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20241108

Pendekatan 128: Allah Maha Tahu bahawa kita mudah jemu dan rakus.

Ketika Allah sememangnya mengetahui bahawa kamu mudah jemu, maka Allah buat bermacam-macam cara taat.

Ketika Allah sememangnya mengetahui bahawa kamu juga bersifat rakus, maka dilarang melakukan sembahyang dalam beberapa waktu.

Supaya semangatmu tertuju pada sempurnakan sembahyang bukan sekadar sembahyang.

Sebab bukan semua orang yang sembahyang itu sempurna sembahyangnya. 

Iqamatus-sholah (tegak sempurnanya sembahyang) yaitu dengan menjaga syarat, rukunnya.

Setelah sempurna sembahyang dengan menjaga khusyu dalam sembahyang. Dalam sembahyang tidak ingat sesuatu selain Allah semata-mata.

Seterusnya merasa bahwa sembahyangnya itu semata-mata kurnia pemberian Allah kepadanya.

No comments: