masih lagi pahang;
[tak kenal maka tak cinta];
manusia yang betul-betul khatam al quraan serta al sunnah sahaja yang mengenal pahang dan kalau setakat ilmu atas pagar atau berbelah bagi, tak payah kata tahu lah.
ada kalangan orang zaman dulu itupun; mereka bersuluk didalam Pahang, pun masih tak lepas.
[sebaliknya ada kalangan yang bersuluk diluar Pahang dia tahu dan dapat merasakan apa itu pahang dalam dirinya dan tak ada keperluan atasnya untuk bermastautin atau bermukim dalam Pahang].
maka; pahang bukan setakat sebuah negeri tempat orang mencari laba atau bernegeri malah ianya adalah satu dari ilmu yang sekian lama orang tak terjumpa oleh mereka dari kerana tertutupnya diri hati mereka dengan ego.
ilmu kalau ada ego, tak kesampaian tak payahlah nak tunjuk sijil atau ijazah atau surat kuasa tetap tak kesampaian.
[kitab yang di miliki walau setebal mana sekalipun kalau ego bermaharajalela dalam diri masuk habuk keluar asap aje]
maka; sebab itu orang yang terkenal zaman dahulu itu kebanyakannya masuk bermukim dalam Pahang.
[maka rahsia pahang masih tidak dapat terhurai oleh manusia zaman ini yang kata generasi akhir zaman]
sebab mereka mengenepikan kebanyakan ucapan [kata-kata] Nabi Muhammad SAW, sehingga mereka tidak mengetahui apa yang sebenarnya untuk di cari jawapannya dari kata-kata nabi itu di akhir zaman ini.
inshaallah.
20:18