KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20170608

Pertandingan Larian Panjat Bukit Panorama, Sungai Lembing, Kuantan. Pahang.

Sempena menyambut Tahun Melawat Pahang 2017, Bukit Panorama telah menjadi destinasi Pertandingan Larian Panjat Bukit Panorama. Larian bermula dipadang berhampiran hentian bas dan tamat di atas Bukit Pelindung. Manakala penyampaian hadiah diadakan di kaki Bukit Panorama dan disampaikan oleh YDP MPK.
 01
 02
 03
 04
 05
 06
 07
 08
 09
 10
 11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
 22
 23
 24
 25
 26
 27
 28
 29
 30
 31
32

20170607

Gambar Laluan bukit Panorama di Sungai Lembing Kuantan, Pahang. Malaysia

Tahun 2017 ini adalah tahun Melawat Pahang. Salah satu tempat yang menarik adalah Bukit Panorama yang terletak di Sungai Lembing di Kuantan, Pahang. Bukit Panorama menyediakan aktivit memanjat bukit untuk melihat matahari terbit.

Lalan ke puncak bukit ini terdiri dari tanga simen dan kawasan bertanah dan berbatu. Ada tiga gazibo rehat disediakan untuk mereka yang perlu menarik nafas. Satu gazibo di pertengahan mendaki dan dua lagi dipuncak Bukit Panorama.

Ketika mula mendaki, pendaki baru diingatkan supaya memulakan langkan dengan perlahan dan tenang. Tetapi di permulaan mendaki, pendaki akan disambut oleh rumah ibadat orang Seikh yang terbengkalai. Banyak pihak telah bercerita mengenai kewujudan misteri tempat sembahyang orang Seikh di kaki Bukit Panorama ini. Tapi biarlah cerita tinggal cerita. Kita teruskan misi pendakian.

Jom Panjat Bukit Panorama.
 01
 02
 03
 04
 05
 06
 07
 08
 09
 10
 11
 12
 13
 14
 15
 16
 17
 18
 19
 20
 21
 22
 23
 24
 25
 26
 27
 28
 29
30

LINKS:
nota-kembara.blogspot [] razinruslan.wordpress [] akukahtuah.blogspot [] tgokjum.blogspot

20170602

Sambutan Hari Keputeraan Rasmi Yang Di-Pertuan Agong Dipinda Dari 3 Jun 2017 Kepada 29 Julai 2017.

Bagi memeriahkan sambutan ulang tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong ke-15, Sultan Muhammad V, maka kerajaan bersetuju dipinda dari Sabtu minggu pertama bulan Jun (3 Jun) kepada Sabtu minggu terakhir Julai (29 Julai). Perubahan ini berlangsung sepanjang lima tahun pemerintahan Seri Paduka sehingga 2021.
Ianya mengambil kira hari Sabtu minggu pertama Jun pada tahun 2017, 2018 dan 2019 jatuh dalam bulan Ramadan.

Dengan pindaan ini, sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka dapat diraikan lebih meriah bersama-sama rakyat Malaysia melalui penganjuran acara yang dirancangkan.

Maka bagi tahun 2017 ini, Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V akan disambut pada Sabtu, 29 Julai 2017.

Rujukan:
mstar.com.my