-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20110220

Racik Ayam

Racik adalah peralatan tradisional yang digolongkan sebagai alat memburu atau lebih jelas lagi menangkap ayam dan burung. Racik dihasilkan daripada tembaga, tali tangsi, benang dan getah. Tembaga halus sepanjang 3 inci dibuat sebagai tiang racik. Ukuran tali tangsi 6 inci adalah untuk satu mata racik. Hujung tali tangsi disambung dengan benang nilon halus yang dipintal supaya kejap dan ada pula tembaga halus berbentuk 8 atau pin pancing ikan. Antara satu mata dengan mata yang lain disambung dengan tali yang dibuat dari tali precut supaya racik tidak tercabut dibawa lari oleh ayam.

12
Saiz racik terbahagi kepada saiz bermata 37, 32, 27, 24, 17 15 dan 11 mata. Saiz tersebut menentukan tempat untuk memasang jerat racik ini. Racik bermata banyak digunakan untuk atas tanah iaitu yang bermata 37, 32, 27 atau 24. Bagi racik bermata 17 dan 15 digunakan di atas tunggul kayu atau batang kayu. Sementara bagi racik yang dipasang atas dahan pula adalah yang bermata 15 atau 11.
11
Kalu kita nak menjebak ayam guna racik, kena guna denak atau pemikat. Denak ni beza ikut tempat di mana racik hendak dipasang. Kalau di atas tanah, kena guna denak jantan. Manakala denak betina digunakan untuk racik atas dahan.
10
Mata racik dipacak satu persatu dengan cara tersendiri yang diminati oleh pemikat burung. Antara caranya adalah bersilang, ikut pusingan atau secara berjajar. Dipacak supaya gelung nilon hampir mencecah tanah dan dipacak ikut cara pacakan yang sama bagi kesemua mata racik. Dekat mata racik diletakkan denak pemikat. Denak tidak boleh bergerak sampai kepada mata racik supaya denak tidak terkena racik yang dipasang. Ayam yang dipikat akan datang denak dan jika bernasik baik akan terkena jerat racik.
09
Lepas guna racik dicabut dan disimpan dengan rapi. Cara mencabutnya dimulakan dari hujung di mana tiga jari digunakan untuk memasukkan gelung racik satu demi satu sehingga sampai kepada tali kajar. Racik dikemaskan dan dimasukkan ke atas gelungan getah dan diurut supaya rapi dan hujung tali kajar disisipkan ke dalam gelungan getah. Kalau dijaga dan disimpan dengan sempurna bolehlah racik tu tahan sampai 20 tahun dan jika tidak 1 atau 2 tahundan rosak. tahun.
08
Racik kebiasannya digunakan untuk menankap ayam hutan. Biasanya racik dipasang dalam bentuk bulatan , denak diletakkan ditengah-tengah dengan dikelilingi oleh racik. Dengan cara ini ayam hutan yang garang dan berhajat nak berlawang yg garang itu berlaga dgn denak , automatiknya terkena racik yg kita pasang dikeliling tu .. cara pasangnya ...
07
06
05
04
03
02

01

15 comments:

amin said...

halus & kemas buatannya...cantik

. said...

Sila tuan/puan/cik hubungi nombor berikut:

014 609 5497

Encik Baha, untuk mendapatkan maklumat lanjut.

Anonymous said...

Tukangnya asal dari Chenor.

Unknown said...

salam,racik tuan perlu di betol kan,dari segi warna tangsi,pancang racik.tali lilitan pancang,dan semua la senang citer.saye asal jb,saye tak pndai nak wat blogspot,kalau tuan nk tgok hasil racik saya,email kt saya jamal8835@gmail.com..saya bukan sombong,tapi sy nk tukar pendapat masing2.:-)

Anonymous said...

Kepada sesiapa pembaca Laman Pahang yang hendak mengatahui lebih lanjut tentang Racik Ayam buatan Orang JB, boleh emailkan kepada Saudara Jamal Jey di jamal8835@gmail.com.

Mungkin saudara Jamal Jey ada menjual Racik atau boleh tolong buat.

Saya TIDAK menjual racik dalam gambar tersebut. Saya juga tidak tolong uruskan tempahan dengan Tukang Chenor. Kena urus sendiri.

Saya ni penakut.

Sekian.

Baha Temerloh.

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

Saudara laman pahang,kite kan same2 pemikat,sikit byak kite tahu tentang racik,ape salahnye kite tukar pendapat,pengalaman dn kemahiran masing2,ni blog saya racikayamhutanjohor.blogspot.com.salam

. said...

"Saudara laman pahang,kite kan same2 pemikat,sikit byak kite tahu tentang racik,ape salahnye kite tukar pendapat,pengalaman dn kemahiran masing2,ni blog saya racikayamhutanjohor.blogspot.com.salam"

Kami 'Kumpulan Pentadbir Blog Laman Pahang' minta maaf jika tulisan Tuan Baha Temerloh terlalu kasar kepada Tuan Jamal Jey.

Harap saudara berdua dapat bertukar-tukar pendapat mengenai meracik ayam.

Kami juga memohon maaf kepada Tuan Baha jika tulisan Tuan Jamal Jey menyebabkan tuan tersinggung.

Pihak Blog Laman Pahang HANYA tukang terbit kepada perkara ini dan banyak perkara-perkara lain. Kami bantu mereka (orang Pahang) yang tak ada blog sendiri. Bantu hingga mereka boleh buat blog sendiri.

Anonymous said...

"salam,racik tuan perlu di betol kan,dari segi warna tangsi,pancang racik.tali lilitan pancang,dan semua la senang citer.saye asal jb,saye tak pndai nak wat blogspot,kalau tuan nk tgok hasil racik saya,email kt saya jamal8835@gmail.com..saya bukan sombong,tapi sy nk tukar pendapat masing2.:-)"

Lebih dulu koi ucap terima kasih pada laman pahang kerana bagi tau tentang koment 'jamal jey'.

Kita boleh anggap dia adalah orang yang amat mendalam ilmu tentang racik ayam. Harap sesiapa pembaca laman pahang yang mahukan ilmu tentang meracik ayam boleh hubungi beliau. Kalau bertanya kepada koi nanti koi akan beri info yang kena pulak dibetulkan oleh dia.

Kadang-kadang tak terjawab juga bile orang telefon dan tanyakan pelbagai perkara tentang racik ayam. Koi bukannya pakar macam dia.

Nak ucap juga terima kasih kepada kumpulan blog laman pahang kerana terbitkan gambar racik pameran yg ada kat kedai koi. Racik tersebut dibuat cantik bukan untuk tujuan tangkap ayam tapi untuk tujuan pameran. Kononnya Racik Raja.

Ramai yang telepon koi nak bertukar-tukar pendapat tentang meracik ayam. Ada 'datuk' yang ajak koi datang ke Sabah mintak tunjukkan cara meracik ayam. Katanya nak merasa 'syooknya' meracik ayam.

Ada juga yang mintak koi buatkan video meracik ayam.

Kalau ada sesiapa yang nakkan racik ayam sebagai bahan untuk simpanan atau pameran, koi boleh tolong.

Kalau nakkan racik ayam untuk buat tangkap ayam, koi tak berani tolong. Yang pameran tidak sama dengan yang sebenar.

Kalau orang Perhilitan tengok pun dia tahu yang buat dg kami adalah untuk pameran dan BUKAN untuk gi tangkap ayam.

Melalui jawapan ini, koi harap pembaca dapat paham kedudukan laman pahang dan kedudukan koi dalam perkara ini.

Akhir sekali, koi TAK buat racik ayam untuk tangkap ayam. Koi boleh tolong tempah racik ayam untuk pemeran sahaja.

Sekian.

Baha Temerloh
Pahang Darul Makmur.

Unknown said...

Saya mintak maaf kpda saudara2 KUMPULAN PENTADBIR BLOG LAMAN PAHANG jika komen saya menyinggung saudara2 KPBLP.

Anonymous said...

Saya juga minta maaf jika TERkasar bahasa. Saya bukan orang 'sedarjat' dengan Tuan Jamal Jey.

Saya tak berani nak umpat keji orang lain, pemimpin atau bukan pemimpin. Saya tiada NALURI membangkang macam tuan.

Tetapi saya ada sikit-sikit SIFAT pembangkang. Itupun perlu digunakan dengan berhemah.

Saya faham tujuan tuan muncul disini. Bukan nak bercerita pasal racik ayam tetapi pasal NALURI tuan.

Harap sangat tuan dan orang-orang yang berdarjat tinggi macam tuan tidak ganggu kami disini.

Sekian,
Mattani

Tuan admin, maaf kerana menulis sebegini bagi pihak tuan.

Unknown said...

Nk tempah racik sape ade jual ye?

Unknown said...

Saye duk rawang selangor...sape yang jual info k...memng berhajat...

Unknown said...

Mintak tolong ye geng ayam hutan...

Unknown said...

01117984563