20120215

Keturunan Tun Teja Mencari Waris

Tun Teja puteri Seri Amar Diraja, Bendahara Pahang abad ke-15. Tun Teja telah diculik dari Pahang untuk dijadikan permaisuri kepada Sultan Mahmud Shah, sultan yang memerintah Melaka semasa Empayar Melaka jatuh ke tangan Portugis pada tahun 1511. Melalui perlongsian hidup Tun Teja dengan Sultan Mahmud, pasangan ini dikurniakan seorang anak bernama Amra Dewi.

Selepas 500 tahun, dua adik-beradik dari Masai, Johor, telah muncul. Mereka mengumumkan kepada Akhbar Kosmo bertarikh 3hb November 2007 bahawa mereka adalah keturunan Tun Teja puteri dari Pahang.

Bitah Matlip, 68, dan abangnya, Mahmud Matlip, 60, mengaku mereka adalah waris keturunan Tun Teja.

Kedua-dua mereka menyimpan cerita keturunan mereka ini dari datuk mereka iaitu Abdul Mahmud. Datuk mereka ini telah meninggal dunia pada tahun 1986 dalam usia 111.

Abdul Mahmud mempunyai dua isteri. Isteri muda yang dikenali sebagai Tok Esah dikatakan masih hidup dan tinggal di suatu tempat di Batu Pahat.

Bitah Matlip dan Mahmud Matlip menceritakan bahawa datuk mereka, ketika hidupnys, selalu membuat lawatan makam Tun Teja setiap kali mereka berkunjung ke Melaka. Datuk mereka akan membaca surah Yassin dan menangis di atas kubur, yang terletak di kampung Serkam.

(Selain makam Tun Teja di di Kampung Pengkalan Samak, Merlimau, Melaka, ada juga penduduk mendakwa makam Tun Teja ada di Kesang Laut, Muar, Johor)

Mereka tidak pasti apakah kaitan keluarga mereka dengan makam Tun Teja Tersebut. Tetapi ayah mereka ada memberitahu bahawa itulah kubur moyang mereka.

Bitah berkata mereka berani membuat pengumuman ini kini kerana mahu penuhi hasrat datuk mereka supaya mencari keturunan moyang mereka iaitu Tun Teja.

Sebelum ini mereka tidak berani untuk berkata apa-apa tentang siapa mereka. Mereka bimbang timbul macam-macam tuduhan.

"Tetapi kita hanya ingin mencari keturunan yang lain."

Sebenarnya mereka telah secara senyap-senyap memulakan usaha mencari waris Tun Teja bermula pada tahun 1997. Setelah selama 10 tahun mencari secara senyap-senyap kini mereka meminta bantuan akhbar bagi mengesan lain-lain waris keturunan Tun Teja.

Datuk mereka Abdul Mahmud mempunyai tiga lagi adik beradik iaitu Tok Ismail, Tok Limbing dan Tok Majid.

Links:
1. eforum1.cari.com.my
2. thestar.com.my
.

0 comments: