INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20120620

1 Orang Besar Perba Jelai

ASAL DAN SUSUR WARIS ORANG BESAR [KAYA] PURBA JELAI

TUN OMAR[ bendahara petani (2)]

>TUN ABD SAMAD [bendahara petani (3 )]

>WAN MUHAMMAD[buka jelai]

>TUN ADB LATIF[tok raja jelai (1)]

>WAN MUHAMMAD[tok raja muda]

> WAN ISMAIL[tok raja wan sarah (2)]

>TOK RAJA WAN DERIS (3)

>TOK RAJA WAN MAMAT( 4)

>TOK RAJA WAN CEK (5)

>TOK RAJA WAN ALI( 7)

>TOK RAJA WAN BADUIZZAMAN (9) // TOK RAJA WAN TANJUNG( 6 )

>TOK RAJA WAN IBRAHIM( 8)

>TOK RAJA WAN ABD RAHMAN (10)
 
**DARI orang kaya [besar] jelai 5,6,7,8,9,10; kedudukan mereka akan berganti secara bersilang antara dua keluarga adik beradik iaitu Wan Cik (5) dan Wan Tanjung(6).

 Sumber gambar:
1. rajaperbajelai.blogspot.my
2. wzwh.blogspot.my

42 comments:

Anonymous said...

Tok Raja Perba Jelai sekarang Sepupu arwah mak kas..siti yam binti teh..duduk di kuala retang kuala tembeling..kalo di tembeling sebut nama tok lui atau nama betol alwi semua org kenal..pok de nor ank tok lui ni pn dh meninggal dunia..dh payah dh nk cari salasilah keturunan yg lain2..ramai kerabat skrg ada dok di kg batu balak,kg pasir durian dan kg gemuruh..cuma kami generasi baru ni tak berapa knl dh dgn kaum kerabat ni sbb org tua2 dh xde..

Laman Pahang said...

Terima kasih saudara Anonymous kerana berkongsi cerita.

Warisan Perba said...

Salam Laman Pahang. Terima kasih kerana anda telah membicarakan dan memperlihatkan struktur waris ganti Sri Maharaja Perba@Maharaja Perba. Sebahagian besar struktur itu tidak bercanggah dengan salasilah yang ada dalam simpanan KELUARGA MAHARAJA PERBA sekarang, tetapi sebahagian yang ada kesilapan susunan itu memerlukan penelitian dan rujukan silang.

Sehingga kini masih belum dapat ditemui jawapan yang memuaskan mengenai SRI MAHARAJA yang berasal dari KOTA LIMA PULUH MINANGKABAU itu, dan bagaimana persemendaan berlaku antara beliau dan keturunan yang dilakar oleh Laman Pahang.

Paling tidak, beberapa versi salasilah yang ada sekarang mempunyai persamaan, dan ada juga yang berbeza. Wallahualam.

Laman Pahang said...

Terima kasih Waris Perba kerana berkongsi maklumat ini. Apa yang kami dapat kami akan keluarkan. Kalau dirasakan akan ada orang yang akan marah, kami akan keluarkan secara kiasan atau secara berselindung. Kalau ada orang yang tak faham, harap bertanya kepada orang yang faham. > Kerap terjadi orang melenting dan marah yang amat sangat apabila disebut satu-satu nama. > Kami tak mahu cerita kami menjadi punca orang memanjangkan dendam sesama keluarga dalam satu keturunan.

Warisan Perba said...

Salam Laman Pahang. Pensejarahan yang saudara paparkan di laman ini amat besar maknanya kepada kita semua kerana ia menjelaskan yang kabur, menyaring fakta yang kurang tepat, dan mengingatkan siapa diri kita.

Para pengunjung blog memerlukan bacaan luas dan rujukan silang yang berterusan untuk menemukan fakta yang sebenar. Mereka tidak perlu beremosi kerana sejarahwan atau peneliti sejarah menjalankan kerja-kerja sosial seumpama yang saudara lakukan adalah secara sukarela dan penuh ketelitian.

Teruskan usaha anda kerana anda tentu mempunyai rujukan silang dan asas yang kukuh untuk memperkatakan sesuatu yang berusur sejarah. Cuma anda perlu mengemukakan sumber primer untuk mengukuhkan hujah anda.

Sila hubungi saya melalui emel : wanamirzamp@yahoo.com atau hp 012-280 3685 untuk bertukar-tukar informasi agar sesuatu yang mirip fakta yang hilang itu dapat dihasilkan. Wallahualam.

Laman Pahang said...

Kebanyakan bahan telah dikumpul awal dan dijadualkan terbit berperingkat. Ada bahan yang telah tidak sesuai ketika kami terbitkan tetapi kami terbitkan juga. Pembetulannya kami terbitkan juga berperingkan. Harap pembaca dapat menyemak keseluruhannya. Sekian.

Anonymous said...

mencari ahli waris yang menetap di sekitar kuala lipis.....

Laman Pahang said...

Harap-harap ahli Orang Besar Perba Jelai yang menetap disekitar kuala lipis boleh nyatakan diri.

Tuan Anonymous12:14 sedang mencari anda semua.

Kepada Tuan Anonymous12:14, mungkin tuan perlu nyatakan jalur tuan. Supaya mereka yang menjadi waris Orang Besar Perba Jelai tahu mereka mengaku waris kepada siapa.

Ramai yang masih bimbang. Kerana masih ramai yang ada benci/ marah/ dendam/ terkilan terhadap waris waris lain atau sesama wari sendiri.

Sebab tu ada yang takut nak tunjukkan diri.

Dengan niatyang ikhlas kami doakan supaya Tuan Anonymous12:14 berjaya menemui waris Orang Besar Perba Jelai yang menetap disekitar kuala lipis.

Bagi waris yang masih bersembunyi ....... sampai masa kita perlu keluar. Berserah sahaka kepada Allah SWT.

Anonymous said...

Kepada Anonymous12:14.

Waris tuan ada ramai di kg telok ira temerloh. kubur moyang tuan pun ada disana.

Anonymous said...

Yang rahsia tetap rahsia...anak cucu x paham sumpah janji org dulu...tambah ilmu baru paham ape yang deme penah sumpah janji dulu...kas pemegang amanah

Laman Pahang said...

Betul sangat.
Yang rahsia tetap rahsia.
Bukan semua orang boleh faham dan boleh terima. Termasuk anak cucu sendiri. Kalau dibukakan boleh jadi gaduh jadi kelahi dan jadi hilang punca.

Sesiapa yang ikhlas dan tiada dendam MUNGKIN akan dibukakan oleh Allah SWT 'Yang Rahsia' tersebut.

Bukan senang amanah menyimpan 'yang Rahsia'.

Terima kasih kepada tuan Pemegang Amanah kerana berterus terang.

Anonymous said...

Kepada pemegang Amanah 'Orang Besar Perba Jelai':

Adakah ini susunan tuan:

Wan pahang
Tun Abdul Samad
Wan Daud
Tok Abu Wa
Khatib Bone
Imam Barat
Orang Kaya Haji
Wan Semaun
Tun Salehuddin
Saudagar Min
Khatib Arif

Anonymous said...

Harap tuan pemegang amanah telah jalankan tugas sebagai pemegang amanah. Apabila tiba masanya nanti tuan tentu tahu apa tugas dan tanggungjawab tuan.

Kami doakan agar tuan dapat jalankannya dengan sempurna.

Harap juga tuan telah tahu siapa petugas dan pelapis tuan.

asshariarip said...

AAssalamulaikum.... saudara
Mudah2an diberi rahmat.Nikmat & Keberkatan hendaknya olleh Sang Pencipta...
Saya cuma ingin mengetahui..Susur Jalur Salasilah dari Tok Maharaja Indera Poalih ( Tok Alek) yang berkahwin dengan Tok Maimunah dari Kuala Cheka ( seperti yg diberitau tidak pasti nama sebenar )
Anak-anaknya adalah 1. Tok Basir 2.Tok Hassan 3.Tok Umar 4. Tok Dohamat 5.Tok Lohor 6.Tok Subuh 7..... 8. Tok Muda Ngah dan Waris dari sini telah melahirkan generasi Moyang 16... seperti mana Catitan yang ada di Kg Mengkasar dimana di panggil Keluarga Besar di Daerah Pekan...mohon info untuk saya dapatkan maklumat...
Salam dari Pewaris Tok Umar....

LP said...

Terima kasih kepada Tuan Asshariarip kerana berkongsi maklumat. Pihak kami akan menyemak maklumat ini.

Anonymous said...

tok maimunah[ulu ceka] tu adik beradik kepada katib arif dan saudagar min ke?.

Anonymous said...

nama sebenar tok alek @ maharaja perbaindera poalih; tuan boleh bertanya kepada keluarga diraub(keluarga allahyaham datuk mazlan)dan tok malmunah pula; boleh bertanya kepada keluarga dibudu.

Anonymous said...

kas pemengang amanah;...elok sangatlah, dapat berhubung dengan pemegang amanah.ada seramai lebih kurang 124,000 orang[satu ratus dua puluh empat ribu]pemegang amanah yang koi tahu[termasuk yang telah mati dan telah diganti],,, tuan pemegang amanah yang keberapa.anak cucu tak paham sebab kadang kala moyang dan aki[pemegang amanah pun lebih kurang tak faham juga]. bergerak dan tegurlah sikit-sikit.belakang parang kalau diasah, lama kelamaan tajam akhirnya.sumpah mana yang tuan meksudkan.1]sumpah moyang 16 di masjid malim yunus pulau tawar atau 2]sumpah dibawah nyor gading cabang dua depan rumah tok gajah imam rasul pulau tawar.atau sumpah@bait kepada muhammad rasulullah dan khalifah al rasidin yang empat,,, abu bakar, umar, othman dan ali. menambah ilmu dan memberi ingatan tu mesti berjalan serentak, tiada yang dulu kendian urusannya. perkara wajib dan hak allah perlu dilaksanakan.

Anonymous said...

salam... utk maklumat waris-waris {versi].tun adb samad[bendahara pattani 3] dan orang besar maharaja perba jelai dan waris-waris yang lain yang terlibat.

tun abd samad ada lima orang anak[semua laki-laki].[tidak mengikut susunan]

1.tun muhammad [jelai,lipis]
2.tun salehuddin [temerloh,bangau,telok ira]
3.tun@tok malik [kubang pasu]
4.tun abdullah [chenor, jengka]
5.tun kudus [ulu cheka,kaw sekitar]

cari dan sila sahkan dengan pemegang amanah
waallahualam.

Warisan Perba said...

Salam Kepada Anonymous. Terima kasih kerana anda meneliti sejarah zaman silam keturunan Sri Maharaja Perba@Maharaja Perba Jelai. Saya kurang pasti saudara mempunyai sumber asli SALASILAH SRI MAHARAJA PERBA@MAHARAJA PERBA JELAI yang dihubungkan dengan TUN ABDUL SAMAD seperti yang saudara sebut itu.

Sukacita jika saudara menghubungi saya diemel : warisanperba@gmail.com agar saya dapat (1) melihat SALASILAH LAMA itu, dan (2) bagaimana berlaku the MISSING LINK - TUN ABD SAMAD (BANGSAWAN MELAKA), dan SRI MAHARAHA PERBA (BANGSAWAN MINANGKABAU). Wassalam

asshariarip said...

Salam dan terima kasih kepada saudara anonymous dan warisan perba atas maklumat...mudah-mudahan diberi rahmat,nikmat dan keberkatan hendaknya atas segala usaha....Insyallah

lamanpahang said...

Terima kasih Tuan Asshariarip.

mudah-mudahan diberi rahmat,nikmat dan keberkatan hendaknya atas segala usaha tuan....Insyallah

Jangan lupa dapatkan amanah dan tugas masing-masing.

Anonymous said...

salam... tuan@puan,,,
maharaja perba jelai yang pertama tu bukan dari kota minangkabau.dia keluar dari pagar ruyung sebelum tertubuhnya suku minangkabau. dia salah seorang dari anak daik tujuh beradik(wali tujuh tanah melayu)daripada 13 wali(enam lagi adalah puteri).
dia ada nama lain dengan gelaran tok rompin.
dia ada tiga bini;
satu dibukit betong/jelai.
satu di semantan.
satu di rompin.
anaknya ada sembilan orang.
waris keturunannya merata dalam pahang.

Anonymous said...

SALAM...
MOYANG 16;..Hanya didua tempat sahaja dalam pahang yang mempunyai moyang 16,,,
1.moyang 16 bukit segumpal,chenor...
Bin AWANG SIN bin ???maaf.tidak boleh disiarkan.
2.moyang 16 baduk,semantan...Bin tok sikal@muhammad sikal ???maaf.tidak boleh disiarkan.

utk itu kena jumpa pemegang amanah waris.

Anonymous said...

salam...
KOTA LIMA PULUH MINANGKABAU,,,
kenapa 50 je kotanya, yang 4 kota lagi pergi kemana hilangnya?

Anonymous said...

salam tuan@puan...

pagar ruyung tu bukannya negara atau negeri tapinya ia adalah istana bagi kerajaan@empayar nusatara bagi... istana pentadbir(istana pusat@kerajaan pusat,macam putrajaya lah sekarang ni bagi Malaysia) bagi 54 kota@negeri dalam lingkungan pemerintahan dan menjadi tempat rujukan dan bersidangnya semua raja-raja dahulu-kala.(itu sebablah semua raja-raja dahulu bersaudara)

Anonymous said...

salam tuan@puan...

teremba yang tuan@puan nak lihat tu berada dalam diri tuan@puan dan waris-waris(ianya teremba hidup,,,bukan tertulis dimana-mana),,,oleh itu tuan@Puan perlu menjelajah dan bertemu dengan waris-waris lain.kata pembuka atau kunci bagi melengkapkan teremba keturunan adalah melalui;kitab teremba,mitos,hikayat,kata sumpah,sejarah,pantun,kitab ulamak dahulu,cerita kiasan,cerita fitnah dan barang simbolik...ini adalah sebahagian darinya yang dipegang oleh waris pemegang amanah.teremba itu hanya sebagai asas penunjuknya sahaja,,,yang lainnya adalah ditunjuki oleh allah(disandar kembali kepada fikah)...inshaallah.
koi sendiri hanya di beri teremba yang tidak lengkap oleh orang tua-tua dan yang lainnya ,koi diberi cerita mitos,cerita dongeng purbakala,kata-kata sumpah,cerita kiasan,cerita sejarah purbakala dan utk itu, koi perlu mencari serta mengadap pemegang amanah lain untuk(jawapan) di rungkai dan dihurai maksud sebenar di sebaliknya,,,
contoh-contoh; cerita dan sumpah raja bugis...cerita dan fitnah ditanah melayu...cerita kiasan ditanah jawa...cerita-cerita rakyat di tanah sumatera...cerita pelarian dahulukala dari india,arab,jepun,china dan benua lain.

Anonymous said...

Salam Tuan Admin,

Dulu2 wan kawan selalu cerita pasaltok aki dia yg dipanggil Tok Imam Perang 7 lapis... semoga Tn.Admin dpt membuat pencerahan tentang kewujudan nya..Tq

Anonymous said...

Tak lah tahu sangat.Panglima 7 lapis ni moyang Allahyarham King Ghaz ni.Panglima ni terlibat dalam perang menentang Inggeris pada zaman penjajahan dulu.Beliau digelar Panglima 7 Lapis kerana satu peristiwa dimana beliau berjaya menghambur melepasi 7 lapis kubu semasa diserang oleh Inggeris.Panglima 7 Lapis ni merupakan salah seorang Imam Perang(ketua perang)di Pahang.

Anonymous said...

Pada ketika Perang saudara di Selangor, ramailah orang orang dari Lipis yang dikerah untuk membantu termasuklah Imam Perang Rasu ( Tok Gajah). Seorang lagi daripadanya ialah datuk kepada Dato' Abdul Razak bin Atur, bernama Tujuh Lapis ( Ibrahim ) Tok Ibrahim dikatakan melompat dengan sekali hambur sahaja hapus kubu yang yang dibina
sebanyak tujuh lapis demi untuk membantu dan menyelamatkan Pengelima Mat Tahir yang terkorban. Itulah asal nama Tujuh Lapis sedangkan nama sebenarnya ialah Tok Ibrahim. Manakala Atur itu nama sebenarnya ialah Mokhtar lalu dipelatkan menjadi Atar dan akhirnya Atur

lp said...

Kepada Tuan Waris Tok Imam Perang 7 Lapis"

Terima kasih kerana berkongsi cerita dengan kami.

"Dulu2 wan kawan selalu cerita pasaltok aki dia yg dipanggil Tok Imam Perang 7 lapis... semoga Tn.Admin dpt membuat pencerahan tentang kewujudan nya..Tq 13:40"

"Tak lah tahu sangat.Panglima 7 lapis ni moyang Allahyarham King Ghaz ni.Panglima ni terlibat dalam perang menentang Inggeris pada zaman penjajahan dulu.Beliau digelar Panglima 7 Lapis kerana satu peristiwa dimana beliau berjaya menghambur melepasi 7 lapis kubu semasa diserang oleh Inggeris.Panglima 7 Lapis ni merupakan salah seorang Imam Perang(ketua perang)di Pahang. 13:46 "

" Pada ketika Perang saudara di Selangor, ramailah orang orang dari Lipis yang dikerah untuk membantu termasuklah Imam Perang Rasu ( Tok Gajah). Seorang lagi daripadanya ialah datuk kepada Dato' Abdul Razak bin Atur, bernama Tujuh Lapis ( Ibrahim ) Tok Ibrahim dikatakan melompat dengan sekali hambur sahaja hapus kubu yang yang dibina
sebanyak tujuh lapis demi untuk membantu dan menyelamatkan Pengelima Mat Tahir yang terkorban. Itulah asal nama Tujuh Lapis sedangkan nama sebenarnya ialah Tok Ibrahim. Manakala Atur itu nama sebenarnya ialah Mokhtar lalu dipelatkan menjadi Atar dan akhirnya Atur. 13:58 "

Anonymous said...

Tarikh Peristiwa : 11-12-1937

Pada hari ini dalam tahun 1937, surat Perjanjian Penyerahan Jelai Benar kepada Kerajaan Negeri Pahang ditandatangani. Perjanjian ini telah ditandatangani oleh Datuk Ornag Kaya Maharaja Purba Jelai Tok Raja Wan Ali bin Tok Raja Wan Chik, pihak yang berkuasa ke atas daerah jelai Benar dan John V. Cowgill iaitu pemangku Residen British bagi pihak kerajaan Inggeris di negeri Pahang.



Jelai Benar adalah satu kawasan seluas 200,00 ekar di daerah Jelai di negeri Pahang yang telah dianugerahkan buat selama-lamanya oleh Sultan Pahang Sultan Ahmad Al-Muaazam Shah Ibni Almarhum Bendahara Wan Ali kepada Datuk Orang Kaya Maharaja Purba Jelai, Wan Muhammad dan waris-waris gantinya. Penganugerahan ini telah dibuat oleh Sultan Ahmad melalui satu ’Surat Kurnia’ yang bertarikh 20 Ogos 1887. Kurniaan Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang ini adalah kerana mengenang jasa dan khidmat Datuk Orang Kaya Maharaja Purba Jelai wan Muhammad.



Apabila kuasa Inggeris bertapak kuat di negeri Pahang, pihak berkuasa Inggeris tidak mahu melihat pembesar-pembesar tempatan mempunyai kuasa. Oleh itu Inggeris telah menggunakan kuasa Sultan untuk menarik balik hak istimewa yang telah dianugerahkan oleh Sultan kepada pembesar-pembesarnya. Atas dasar ini waris ganti Datuk Orang Kaya Maharaja Purba Jelai wan Muhammad iaitu Tok Raja Wan Ali bin Tok Raja Wan Chik yang mewarisi Purba Jelai dalam tahun 1935 telah menerima surat dari pihak Inggeris yang mengatakan bahawa Jelai Benar adalah hak milik kerajaan negeri. Inggeris memerintahkan agar Jelai Benar dikembalikan Kerajaan negeri, jika tidak Sultan akan melucutkan jawatan Maharaja Purba Jelai Tok Raja Wan Ali bin Tok Raja Wan Chik itu.



Atas desakan Inggeris ini maka pada hari ini dalam tahun 1937, Tok Raja Wan Ali pun menandatangani surat menyerahkan semula kuasa Jelai Benar kepada kerajaan negeri Pahang. Sebagai sagu hati Tok Raja Wan Ali telah dibenarkan memiliki 1,000 ekar tanah di mana-mana kawasan di daerah Jelai Benar, kenaikan gaji sebanyak $300 sebulan serta wang tunai berjumlah $8,000 sebaik sahaja Tok Raja selesai menandatangani surat perjanjian tersebut.



Dengan ini bermakna ’pesaka turun menurun’ yang telah diwasiatkan oleh Sultan Ahmad supaya dikekalkan menjadi milik Maharaja Purba Jelai buat selama-lamanya telah bertukar tangan akibat campurtangan Inggeris di negeri Pahang.

Anonymous said...

Tn. admin... mohon pencerahahan... adakah kawasan Jelai benar ini sama dengan kaw. ulu pahang seperti yg dicatat di bawahb :

Rantau Hulu Pahang pernah suatu ketika terpisah dari pemerintahan Sultan Pahang di Pekan apabila tanah daerah tersebut dibeli olaeh Seri Maharaja Perba yang pertama itu daripada Sultan Abdul Ghafur Mohaidein Shah iaitu Sultan Pahang terakhir dari keturunan Melaka (1567-1614) dengan harga “ segantang ulang aling emas, satu dasar bali isi emas dan sesuku tangan baju isi emas” Disebabkan itulah Maharaja Perba Jelai sangat dihormati oleh rakyat Hulu Pahang suatu ketika dahulu sehingga terkenal dengan gelar “Raja Bukit Betong” atau Raja di Bukit “ kerana sememangnya beliau berasal dari keturunan raja Pagar Ruyung.

Anonymous said...

Terima kasih kerana berkongsi info yang amat menarik ini.

Abu Mansor.

Anonymous said...

salam tuan@puan,,,
panglima tujuh lapis tu, anak sedara kepada bahaman. dia ni berbini disetiap tanjung(bini ramai),dari lipis hingga ke pekan dan nama dan gelarannya pun banyak dan nama sebenarnya(disuruk).tok ibrahim tu nama lain dia dan bukan nama sebenar...maaf.



salam tuan@puan,,,
seri maharaja purba jelai pertama tu, telah ada sebelum wan ahmad memerintah lagi....wan ahmad tu kalau nak ikutkan waris jenerasi yang boleh dipanggil piut kebawah.
dan sultan abd ghafur mohindin shah tu waris keturunan dan cucu-cicit dia lah. macammana pulak moyang beli dengan cucu-cicit.(mereka berdua tu seorang moyang dah lama mati dan seorang lagi cucu-cicit baru hidup)

OrgUluPahang said...

Salam tuan LM...

Saya berpendapat apa yg di maksudkan oleh anonymous 09:37 tersebut rantau ulu pahang tu telah di beli pada zaman Sultan Abdul Ghafur Mohaidein Shah iaitu Sultan Pahang terakhir dari keturunan Melaka (1567-1614) dengan harga “ segantang ulang aling emas, satu dasar bali isi emas dan sesuku tangan baju isi emas” iaitu adat yg di guna zaman dahulukala oleh maharaja perba jelai yang pertama membuka jelai. Adakah kaw jelai benar itu kaw yg sama dgn kaw ulu pahang yg di beli lebih awal dari sultan abd ghafur tadi?

nazryll hafiz said...

salam semua, saya nak tnya knapa gelaran tok raja brpindah randah slepas tok raja w.muhamad mniggal???bersilih ganti keturunan w.chik ke wan tanjung??? begitulah kitarannya, adakah sebab pda zaman british dlu mahukan mereka yg brumur lbih dr 18thn baru boleh mmegang jwatan tersebut??/

afif osman said...

mencari keturunan...yang terakhir cuma tau nama arwah aki Jaafar..lepas tu ahli keluarga dah tak tau..kubur arwah aki di kechau tui.

Fadhill Fadhill said...

Assalam... Mahu kn kebenaran tntang sistem perintahan beraja Pahang..yg benar2 shaja..jgan diselindung sejarah yg dahulu..kadang2 waris2 ni tak nak tunjuk bukti2 org dulu2...

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

maharaja perba jelai yang pertama tu adalah salah seorang dari wali tujuh tanah melayu, dia membuka semula pahang istana nya di bukit betong jelailah dan dia ada istana di semantan dan ada istana rompin.nama sebenarnya, maaf, belum masa untuk di buka.

susunan silih berganti antara wan cik dengan wan tanjung memegang tampuk...itu bagi mengelak perebutan kuasa dalam memerintah di jelai.dan kalau nak tahu cerita sebenarnya ,cari dan bertanyalah kepada waris wan daud@raja haji.

sistem pemerintahan ber raja pahang ni yang sebenarnya mestilah mengikut sistem ber raja melaka atau sistem ber raja samudra pasai atau sistem ber raja acheh dan mengikut sistem khalifah dalam islam. tapi disebabkan tak faham dan ada kesukuan maka sistem itu bertukar jadi sistem berserabut.

sebab itulah pahang ada orang besar berempat yang sepatutnya membantu bendahara memstabilkan suasana dalam negeri.

Warisan Perba said...

Salam LAMAN PAHANG. Terima kasih kerana banyak yang anda perturunkan apa yang anda tahu mengenai SEJARAH NEGERI PAHANG terutama berkaitan dengan SALASILAH KEKERABATAN PAHANG zaman silam.

Jika anda ada maklumat - elok sampaikan sbb menyembunyikan sesuatu fakta sehingga hilang begitu sahaja akhirnya tidak dapat dimanfaatkan oleh sesiapa.

Yang penting - sejarah mengajar kita agar tidak mengulangi kesilapan dan kita yang masih ada sekarang perlu mencipta sejarah yg lebih gemilang daripada nenek-moyang kita.

LAMAN PAHANG yg banyak info sejarah perlu menulis dalam mana-mana2 jurnal sejarah agar ia dapat dibaca dan dirujuk oleh sesiapa sahaja - itu lebih baik.

Wallhaualam.

Anonymous said...

Salam. saya baru dapat tahu saya salah sorg dari keturunan wan muhamad.

boleh saya nak dapat maklumat anak2 wan muhamad yang telah di bawa lari ke negeri kedah dan ke selatan thailand.

dari generasi saya jadi seperti ini.


saya dari keturunan wan abdullah yang di bawa lari ke utara setelah wan muhamad di tembak dengan peluru emas.

adik2 wan abdullah ialah:

wan maryam ( ditukar nama ke nama munah ) wan idrus ( di tukar nama ke yatim) (sekarang keturunan mereka berada di tanjung mas thailand)

ikut flow keturunan salur galur kepada saya seperti ini:

temenggung abdul jalil -> wan muhammad -> wan abdullah -> wan idris -> wan timah -> ibu saya -> saya

mohon pencerahan