INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20120606

Majlis Tahlil Di Tapak Bersejarah Masjid Tok Mengkarak

MAJLIS TAHLIL TERBUKA DI TAPAK BERSEJARAH MASJID TOK MENGKARAK
(Kawasan Perkuburan Islam Kampung Mengkarak)

Tarikh:
14 Julai 2012 (Sabtu)

Masa:
8.00 pagi hingga 12.30 tengahari

Tempat:
Perkuburan Islam Kampung Mengkarak. Bersebelahan Masjid Kampung Mengkarak, Bera, Pahang.

Anjuran: Perkim Daerah Bera Usahasama: JKKK Kg. Mengkarak dan AJK Masjid Kg. Mengkarak

ATURCARA
8.00 pagi -  Pendaftaran peserta/waris Tok Mengkarak

8.45 pagi -  Ketibaan tetamu jemputan - Pegawai Daerah Bera, Pegawai Agama Islam Daerah Bera, Pengerusi Perkim Daerah Bera, Penghulu, Ketua Kampung Mengkarak, Pengerusi AJK Masjid Mengkarak

9.00 pagi -  Tahlil bermula (Diketua oleh Pegawai Agama Islam Daerah Bera)

9.30 pagi - Jamuan ringan

10.00  pagi - Gotong-royong membersih kawasan kubur Tok Mengkarak

12.30 tengahari - Majlis Tahlil dan gotong-royong bagi menghargi Tok Mengkarak Tamat
Sumber gambar: mediaguai.blogspot.com

TUJUAN
1. Mengenang jasa dan perngobanan Tok Mengkarak dan kumpulan ulamak dan pendakwah zaman dahulu dalam menegakkan dan menyebarkan Islam.
2. Mengeratkan siratul rahim dan ukhwah Islamiah dikalangan waris Tok Mengkarak secara khusnya dan umunnya orang Melayu
3. Mengumpul senarai nama waris-waris keturunan Tok Mengkarak supaya dapat menyediakan dokumen senarai waris-waris keturunan Tok Mengkarak.
4. Mengumpul cerita-cerita lisan tentang Tok Mengkarak supaya dapat ditulis oleh mereka yang berminat..

Penganjur mengalukan-alukan kedatangan semua waris Tok Mengkarak yang berada di Bera, di Pahang, di Malaysia, di Nusantara dan diseluruh dunia.


SUMBANGAN
Penganjur juga sudi menerima bantuan ikhlas, Sumbangan derma boleh disalurkan ke:

AKAUN BANK RAKYAT: JKK KAMPUNG MENGKARAK
no akaun : 22-010-105754-1).

Atau

Ketua Kampong/Tok Empat Kampong Mengkarak iaitu ENCIK ROSLI BIN MOHD YUNAN  (no tel:019-9762553) Atau setiausaha JKK Kampung Mengkarak ENCIK MOHD SARIF BIN SULAIMAN.
-----------------------------
JURAI KETURUNAN TOK MENGKARAK

Sultan Baa Kilap Alam pagar ruyung. Ada dua anak dari ibu. (     ).sultan Muhammad@suji dibilang dan adik perempuan(                 ).
*sultan baakilap dan parameswara adalah berwaris
#Sultan Muhammad@suji dibilang
##Adik beradik perempuan (               )

#Sultan muhammad@Suji dibilang khawin dengan anak perempuan batin saridun temerloh.ada anak perempuan (        ) kawin dengan zainal abiding (kepayat negara)[isteri ke3]. Ada 3 anak, shabudin, sharudin dan maradah.

*sultan zainal abidin (Kepayat Negara).isteri 
[1] siti zubaidah. Ada anak,  Isteri
[2] waris jelebu. Ada anak .

+++orang besar berempat indera pahlawan dari susur keturunan zainal abiding kepayat Negara.

Shahbudin khawin dengan mardiah anak perempuan hj. Ismail bugis@tok bangau(2)

*tun@raja@hj. Ismail bugis (anak raja makasar)@tok bangau(2) khawin dengan anak tun selehudin@tok bangau(1) bin tun abd samad@bendahara pettani (3).[susur dari tun perak@bendahara Melaka]

Shahrudin kawin 
isteri [1]waris toksetia kerdau. Tiada anak. 
Isteri [2] waris bukit segumpal chenor.ada anak (              ).

Maradah khawin dengan panglima bagus bin dato matang [perak].

*panglima bagus bin dato matang [perak] bersusur kepada tun telanai bin tun perak@bendahara Melaka.

##adik perempuan(                 ) khawin dengan gurunya syekh hasim@nur bayan. Ada anak, dzol bayan@tok mengkarak[1]
*nur bayan  ini ayah nya arab(ahli bait) dan ibunya (          )
Dzol bayan@tok mengkarak[1]Khawin (           ).ada anak lima orang, 
tok mengkarak[2],tok adam, imam muda mamat,seri kampung dan seri pagi@bulan.

Tok mengkarak [2] kawin dengan (           ),  ada anak disengkarak.( cari susur orang tiga beradik negeri Sembilan)

Tok adam kawin dengan (                ), ada anak, khatib buruk.susur turunnya panglima maman

Imam muda mamat@keramat buntut pulau khawin dengan (              ), ada anak, tok paus//tok awas@orang besar berempat, indera sengara yang pertama]

Seri kampong khawin dengan tok jambi. Ada anak, (                   )

Seri pagi@seri bulan khawin dengan tok malik, ada anak, (                      )

*tok malik bin tun abd samad@bendahara pettani [3],dia membuka kubang pasu dikedah.

+++Orang besar berempat indera segara dari susur keturunan tok kebayan@tok mengkarak [1]

Tok batin sungkai @imam sahadan@ panglima dewa sahadan adalah sepupu kepada tok mengkarak dua. Dia adalah ayah kepada puteri hijau yang berkhawin dengan raja acheh.

Panglima Abdullah@dollah kancil adalah dari susur  imam sahadan.
-----------------------------

Sumber gambar: saja53.blogspot.com

HARAPAN
Marilah waris-waris semua berkumpul dengan semangat satu hati.

Kalau ada yang terguris hati ... buangankan
Kalau ada yang menyimpan dendam ... buangankan
Kalau ada yang rasa terkilan ... buangankan
Kalau ada yang bermegah ... buangkan
Yang jauh atau dekat ... kita sama sahaja
Yang besar atau kecil ... kita sama sahaja
Yang kaya atau miskin ... kita sama sahaja
Yang berpangkat atau bertongkat ... kita sama sahaja

Banyak kita satukan
Satu kita banyakkan

LINKS RUJUKAN
(padam)

MAKLUMAN KEHADIRAN
Melalui makluman kehadiran, pihak penganjur dapat membuat jangkaan jumlah ahli waris yang akan hadir. Mungkin dapat disediakan sedikit makan minum dan mungkin juga ada sedikit cenderahati kenangan untuk dibawa balik

Boleh nyatakan dibawah (klik pada 'comments') jika anda atau kumpulan anda berminat untuk hadir. Anda boleh nyatakan (1) Nama kumpulan (2) Dari mana (3) Jumlah kehadiran.

Sekian, Terima kasih.

1 comment:

Mazru Majid said...

salam..

ade beberapa ahli group Cakna anak pahang yg berminat untuk turut serta dlam majlis tahlil ini..insyaAllah nt akan di update mengenai berapa ramai ahli yang betul2 nak pergi..