INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20140214

D15: Tertipu dengan aliran


Bermula dari aliran samawi(ugama nabi-nabi dahulukala dari iskandar zulkalnai)telah meresap aliran hindu, buddaha dan adat semata- mata (-----), kemudiannya bertukar kepada (islam)aliran ahli bait dan meresap pula aliran wahdatu ujud oleh(dikatakan dari ahli sufi) dan selepas dari itu diperbetulkan oleh aliran ahli sunnah waljamaah sehinggalah sekarang. 

Sebab itu lah aliran samawi , aliran ahli bait dan aliran wahdatu ujud tidak berapa kedengaran buat masa sekarang, walaupun aliran-aliran ini masih ada, tetapi tidak berapa kerat dikalangan mereka yang beramal dengan nya kerana mereka yang betul-betul ahli sahaja yang memegangnya dan tidak tersebar atau tidak diumumkan, kerana dibimbangi, mereka yang ingin berlajar aliran yang tersebut, tersalah pembawaannya dan boleh menyebabkan mereka terkeluar dari landasan agama islam atau murtad.

Orang yang mengambil aliran (ilmu) yang tersebut dengan cara segera (jalan pintas dan belajar separuh jalan ,tidak habis) dan sewenang-wenangnya lah (untuk kegunaan dunia semata-mata) yang selalunya menjadi kan diri mereka termasuk kedalam ajaran salah atau ajaran songsang sekarang ini(bukan ilmu atau ajaran yang salah tetapi tuan diri yang  atau pengamal yang menyalah gunakan ilmu yang tersebut) untuk tujuan dunia semata-mata.

Tuan dan puan ahli waris sekalian, dalam islam tidak kira aliran apa sekalipun asas pokoknya tetap sama tetapi ke taasuban dan kegilaan orang untuk mendapatkan ilmu dan mertabat tinggi dengan cara segera yang menyebabkan mereka melanggar tatacara  pembelajaran agama islam dan menjadi terpesong akidah mereka. Yang sebenarnya mereka menipu diri mereka sendiri dan diperalatkan oleh iblis yang dilaknat oleh ALLAH (mereka lebih kepada dunia semata-mata).

1 comment:

Anonymous said...

salam tuan@puan...
sekali peristiwa, sedang rasulullah saw. duduk-duduk dalam majlisnya dimasjid, tiba-tiba datang tiga orang. dua antaranya menuju ke majlis rasulullah saw.,maka salah seorangnya mendapat tempat kosong lalu ia pun duduk. seorang lagi terus duduk dibelakang orangramai. manakala yang ketiga oleh kerana penuh sesaknya majlis itu, ia pun pulang meninggalkan majlis itu.
setelah selesai majlis itu, maka rasulullah saw., pun berkata; bolehkah saya memberitahu tentang ketiga-tiga orang yang datang tadi?
yang pertama telah memperlindungkan dirinya kepada allah, maka allah pun melindunginya.
yang kedua merasa malu kepada allah dan allah pun turut malu kepadanya.
manakala yang ketiga telah membelakangkan allah, maka allah pun membelakangkan zatnya daripada orang itu...salam...inshaallah.