INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20140420

Anak Wali Tujuh Tanah Melayu

Maharaja Perba Jelai yang pertama tu bukan dari Kota Minangkabau.

Dia keluar dari Pagar Ruyung sebelum tertubuhnya Suku Minangkabau.

Dia salah seorang dari anak Daik Tujuh Beradik (Wali Tujuh Tanah Melayu)
daripada
13 wali (enam lagi adalah puteri).

Dia ada nama lain dengan gelaran Tok Rompin.

Dia ada tiga bini;
satu di Bukit Betong (Jelai).
satu di Semantan.
satu di Rompin.

Anaknya ada sembilan orang.
waris keturunannya merata dalam Pahang

5 comments:

Anonymous said...

Salam,

'satu di Rompin'

Mohon pencerahan dari pihak tuan...


Terima kaseh tuan....

Anonymous said...

Mohon Tuan Satu Di Rompin nyatakan:

1. Mitos yang disimpan oleh moyang-moyang-moyang 'satu di Rompin'

2. .....

Bagi menyemak .......

Jika Tuan Satu Di Rompin memilih untuk sembunyikan diri kerana takutkan ....., pihak kami tiada masalah.

Satu di .......
Satu di .......
Satu di .......
Satu di .......
Satu di .......
Satu di .......

Boleh terus menutup diri masing-masing. Maaf kerana berterus terang. Sekarang masa timbang tara. Bukan lagi masa menyedarkan yang belum sedar.

'Once Upon a Time'

Sekian.
bp NeGuai.

Anonymous said...

Tiada mitos atau cerita daripada moyang-moyang...

Bila ditanya kepada nenek (sebelah bapa) mengenai asal usul:

'Moyang (datuk kepada nenek) berasal dari seberang'

Itu sahaja maklumat yang diperoleh...

Anonymous said...

salam...tuan@puan,,
satu dirompin,,,

bukan satu dirompin tetapi,,,seorang isterinya dirompin yang ada anak tiga orang dan waris ini telah bersemenda dengan waris lain seluruh tanah melayu.
mitosnya dirompin,,,kalau pernah dengar dan perlu disahkan serta dirujuk dengan orang tua,,,isterinya bernama tok senduk yang menghalau lanun dari menyerang kuala rompin@endau dan termasuk pulau tioman dengan hanya bersenjatakan senduk sahaja dan menyebabkan semua lanun lari.
dan kaji semula cerita apa dan siapa lanun pulau bintan dan pulau bintan tu dimana.(ini tidak membabitkan pulau bintan indonisia).
kaji cerita rakyat berkenaan kisah kepulauan tioman.
inshaallah tuan akan mendapat *satu di rompin* yang tuan tanyakan tu,,,,salam.

Anonymous said...

Kepada Tuan Satu Dirompin,

Kalau "'Moyang (datuk kepada nenek) berasal dari seberang' Itu sahaja maklumat yang diperoleh... "

Tidak dapat nak dikaitkan terus dengan 'Anak Wali Tujuh Tanah Melayu ' dan 'satu di rompin'.

Kami faham pendirian dan maksud tuan disini.

Maaf banyak-banyak, tak mampu kami nak bantu. Kerana pihak tuan lebih tahu perkara sebenar.

Kepada 'satu di lain2' terserah kepada tuan/puan untuk jalankan amanah dengan cara masing-masing.

Pihak kami cuma membuka jalan supaya semua 7 waris 'satu di ...' boleh bertema untuk kembali kepada amanah asal.

Pihak kami cuma tolong semak ikut ilmu kami mengenai jalur tersebut supaya tidak tersalah susun dan tersalah masuk jalur orang lain.

Akibatnya moyang orang lain dikatakan moyang sendiri.

Jika tujuh-tujuh dan pun bertemu, syukur. Jika belum, terserah.

Sekian.

Abu Mansor