INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[CETAK dan SEMAKAN DAFTAR PENGUNDI]

20170310

Masjid Kampung Ketam, Temerloh. Pahang. Malaysia 10hb Mac 2017 (Jumaat)

Masjid Kampung Ketam, Temerloh. 10hb Mac 2017 (Jumaat)

Imam tua telah membacakan khutban berikut:

"Berbaiklah dengan agama Allah sebagai mana Allah berbuat baik kepada engkau. Allah tidak sukakan orang yang merosakkan.

Umat Islam adalah bersaudara.Islam ibarat sebuah bangunan yang kukuh. Saling tolong menolong.

Islam mengalakkan zakat dan sedekah.

Islam tidak meghalang mencari kekayaan asalkan dia mengambil kira dengan menjaga agama.
Islam meletakkan asas yang kukuh.

Mencari kekayaan adalah syariaat dalam Islam.

Dalam Islam kadang kala mencari kekayaan menjadi wajib jika usaha yang dilakukan untuk keperluan diri serta keluarga dan mengelakkan diri dari meminta-meninta. Menjadi sunah jika usahan itu untuk nafkah keluarga atau dengan tujuan membantu golongan fakir miskin dan menyambung silaturahim.

Mencari kekayaan dengan niat seperti ini lebih utama dari beribadah, mencari kekayaan adalah harus, jika untuk memberikan tambahan dalam keperluan ia menjadi makruh jika untuk tujuan berbangga walaupun harta yang dicari dengan cara yang halal. Apatah lagi jika mengunakan cara yang haram seperti riba, rasuah, menipu dan seumpamanya.

Islam telah mengariskan beberapa panduan yang perlu diikuti agar segala kemajuan dan limpahan rezeki yang diperolehi sentiasa dilindungi oleh Allah. Antaranya adalah niat yang ikhlas dalam mencari rezeki yang halah dan berbelanja dijalan yang baik. Janganlah menjadi hamba kepada harta. Janganlah lalai dari mengingati Allah.

Umat Islam mesti membantu satu sama lain dan meningkatkan ekonomi umat. Kita mesti mengutamakan produk umat Islam berbanding dengan produk yang lain. Produk umat Islam perlu didahulukan dari produk lain, walaupun terdapat sedikit perbezaan harga.

Maka ramailah umat Islam yang kaya raya. Akhirnya kekayaan ini menjadikan kutipan zakat akan bertambah seterusnya kesemuanya akan mengurangkan kemiskinan.

Dan hendaklan kamu bertolongan untuk berbuat kebajikan dan takwa dan janganlah kamu bertolongan membuat dosa."

Seterusnya imam mengingatkan makmum supaya selalu berjemaah. Kerana amat besar pahala bagi mereka yang solat berjemaah.

--------------------------------------
Masjid Kampung Ketam ini telah mula dibina pada 12 Julai 2012 dan siap sepenuhnya pada 26 Februari 2017 dengan kos RM4,383,000.00.

Ianya sebuah masjid dua tingkat dan banyak laluan bertangga.

Rujukan:
1. phg.icu.gov.my
2. jkr.pahang.gov.my

1 comment:

Anonymous said...

salam,

kias kepada nya;

seperti seseorang yang meminta kerja atau memohon masuk u.
mereka bersungut,susah nak dapat kerja susah nak masuk u;sebab, macam-macam alasan.

dan bila ditanya kepada mereka;

dah mohon ke?; dah, jawabnya.

dah isi borang ke?; dah, jawabnya.

dah hantar ke?;baru nak hantar atau belum lagi atau hantar dah semalam.

dengar cakap siapa, susah nak dapat kerja atau susah nak masok u tu?

orang cakap,jawapnya.

orang tu dapat cerita dari siapa?

dia dengar cakap orang,jawapannya.

maka,orang juga yang dapat nama, untuk disandarkan alasan mereka,dan mengesahkan atau bertanya sendiri tidak, habis tu macammana.


inshaallah.