Berikut adalah khutbah yang disampaikan oleh Imam Masjid Al Fattah Batu 3 Kuantan.
Allah berpesan janganlah sekali-kali kita menghiraukan segala bentuk bentuk arahan atau ugutan-ugutan dari pihak musuh dan perangilah mereka dari golongan-golongan yang memerangi agama Allah swt.
Bukan sahaja kita diperintahkan supaya jangan tunduk kepada golongan-golongan yang lalai hatinya daripada mengingati Allah, jangan tunduk kepada golongan-golongan yang mengajak kita kepada dunia dan meninggalkan akhirat memengingatkan dunia jangan tunduk kepada musuh-musuh yang sentiasa memberikan ugutan. Allah juga memerintahkan juga supaya menyediakan segala kekuatan dan kelengkapan untuk memeringi musuh-musuh Allah SWT. Supaya dengan kekuatan itu ia akan mengerunkan musuh-musuh Allah dan musuh-musuh kita.
Allah SWT tetap akan sempurnakan janjinya untuk tidak mensiakan-siakan terhadap apa yang kita korban kepada Allah swt. maka disana kita melihat bagaimana kewajipan untuk kita mengabungkan diri mereka dalam saf perjuangan Islam bagi tujuan untuk memberikan kekuatan kepada jemaah Islam.
Allah sangat mengasahi akan hambanya yang berjuang dalam satu saf atau jemaah atau organisasi seperti sebuah bangunan yang terbina dengan berberapa anasir.
Begitulan juga setiap kalangan individu muslim menpunyai kekuatan-kekuatan yang Allah swt berikan kepada kita. Setiap individu muslim mempunyai kelebihan-kelebihan yang dikurnikan oleh Allah swt.Maka hendaklah kita gunakan kelebihan-kelebihan tersebut dalam apa juga sudut dan apa juga bidang bagi tujuan untuk kita menambahkan kekuatan perjuangan dengan tujuan memberikan kegerunan kepada musuh dan akhirnya dapat mengalahkan musuh Allah swt.
Sebagaimana dengan kehadiran himpunan RUU355 pada baru-baru, daripada ratusan ribu umat Islam yang hadir ini adalah menunjukkan komitment umat Islam bahawa umat Islam di Malaysia mahukan pada satu perubahan mahukan undang-undang jenayah syariah dilaksanakan. Bagaimana himpunan ini sangat mengerunkan musuh-musuh Allah swt.
Kami mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga diatas kesungguhan kehadiran muslimin dan muslimat yang dibawa bersama bagi menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa inilah menunjukkan kepada parti-parti politik yang lain bahawa inilah kehendak rakyat Malaysia yang insy allah kita yakin akhirnya undang-undang syariah dapat dilaksanak dalam negara kita oleh kerana itu dengan firman-firman Allah swt yang dibaca tadi marilah kita terus istiqamah untuk menambah kekuatan bagi membina perjuangan musuh-musuh Allah swt yang akhirnya memaksa mereka laksanakan undang-undang syariat dalam negara kita yang menjadi matlamat kepada perjuangan Islam.
Demikianlah khutbahnya.
Sama-samalah kita ambil manafaatnya supaya kita tidak bermusuhan sesama Islam.
Masjid Al Fattah Batu 3 Kuantan berhampiran dengan Perumahan Tanah Putih, SK Batu Tiga dan Nirwana Batu Tiga.
3 comments:
salam,
baca betul,niat tergelincir.
sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.
kerbau dipegang pada tali;kias nya kepada,
manusia mengharapkan kepada allah bagi menyempurnakan permintaan mereka,maka adakah manusia telah menyempurnakan tali yang di pegang oleh mereka pada mula perjanjian mereka dahulu.
maka banyak kitab yang diturunkan sebagai peringatan kepada manusia yang diturunkan allah.
dan pada al quraan,ayat pertamanya yang diturunkan adalah:
ALLAH YANG MAHA PENGASIH LAGI MAHA PEMURAH.
BACALAH,
BACALAH DENGAN NAMA TUHANMU YANG MAHA.....,
inshaallah.
salam,
jauh perjalanan,banyak pengalaman. kiasnya kepada:
tuan puan yang budiman sekalian; maksudnya lebih kurang sama kepada: berbudi kepada tanah; sebaliknya kebanyakan dari mereka sekarang ini telah merosakkan perjalanan atau langkah mereka sendiri;mereka bukan mendapatkan limu atau pengalaman sebaliknya mengharubirukan perjalanan,pengalaman dan budi,tanah.mereka tidak lagi berbudi kepada tanah,sebaliknya mereka merosakkan tanah.
maka dengan ketiadaan pengalaman dan tanah yang telah rosak,tiada hasil yang baik lagi molek yang diperolehi oleh mereka.
perjalanan mereka jauh dimata sahaja,dan diperahnya tanah untuk kaya dan mewah.menjadikan tanah bumi ini sebagai buruh paksa bagi mengeluarkan hasil.
dengan hasil yang mereka perolehi itulah mereka berjalan sejauh yang boleh,tetapi mata mereka terkebil-kebil,seperti kanak-kanak yang kehilangan ibu didalam sarkes,tiada arah tujuan dan pedoman pencarian. semuanya penuh dengan lautan manusia.
maka bergitulah dalam fekah;dimana permulaannya,dimana pangkalnya,dimana tengahnya,dimana penghujungnya dan dimana penamatnya.alih-alih dah jadi..???
inshaallah.
salam,
baca betul,niat tergelincir;
sebagai renungan,jika salah betulkan tanggapan yang salah itu.
buat baik berpada-pada,buat jahat jangan sekali-kali;kiasnya kepada:
tuan puan; berhati-hatilah apabila menterjemah dan mentafsirkan ayat-ayat dalam al quraan dan ayat-ayat dalam al hadis @ al sunnah.tidak kiralah kedalam bahasa apa-apa sekalipun.dengan sengaja,dan ataupun, walaupun dengan tidak disengajakan.
perkara ini,duduknya dalam urusan ghaib[rukun iman].
penafsiran yang tergelincir,akan menyebabkan orang yang ramai menjadi tunggang terbalik,dan al quraan serta al sunnah mengcerca kepada orang itu,dan denda akan di kenakan kepada orang itu dan kepada orang yang bersekokol dengannya itu oleh allah. kerana kesalahan mengtafsir atau menterjemah akan mendatangkan kemurkaan allah.kemarahan kepada rasulullah saw,malaikat-malaikat,al quraan serta al sunnah itu sendiri,dan kepada seluruh makhluk ghaib serta nyata seluruh alam.[seluruh;rasul-rasul,nabi-nabi,wali-wali:tumbuh-tumbuhan serta haiwan-haiwan yang mengetahui hal serta urusan itu]
tidak ada tolak ansur atau sandaran lindungan kepada ulama-ulama[kitab-kitab yang di tulis@dikarang oleh]sebagai melepaskan diri.[contohnya:saya,aku atau kami hanya bacakan sahaja dari kitab yang ditulis oleh ulama sekian-sekian;bukan kami yang tulis,bukan kami yang sebut,ulama itu yang sebut]ada akai ke?.
inilah yang dikatakan sebagai susunan salasilah ilmu dari diri kita kepada @,dan kepada @,dan kepada@,dan kepada rasulullah saw,kepada malaikat jibril,kepada allah.[dalam kata yang lain yang ramai sebagai menyebutkan:sanad bait'ah]
dan kalau dah diri sendiri dah tergelincir atau salah terjemah atau mentafsirkan ayat @ ilmu allah ,maka nya,mana ada sanadnya[sanadnya dah terputus di tempat yang salah terjemah itu diantara penerima dan pemberi sanad].jadinya dah tak boleh nak sandarkan kepada ulama-ulama yang lepas lah..[contohnya: mereka sandarkan diri mereka kepada tok kenali/kepada tok jangut/tok gajah/bahaman/mat kilau/syed kadir/ulama fekah/ulama hadis]
dan jangan salahkan mereka yang telah lepas itu dari sebab salah laku dan kelalaian diri sendiri[zaman mereka telah lepas].maka diri kita ini yang berakal yang diberi izin serta kebenaran oleh allah.maka pilih dan betulkan yang betul serta betulkan yang salah atau yang tersalah yang telah lepas itu.agar allah mengampunkan diri kita dan mereka yang telah lepas dari zamannya itu].
dan jangan jadi seperti kata orang yang ramai zaman sekarang:
bodoh tak boleh di ajar,dan cerdik tak boleh di ikut. itu lah yang dikatakan; cerdik bodoh sombong.
inshaallah.
Post a Comment