-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20170308

Padang Saujana Pahang dan Pengembaraan Iskandar Zulkarnai,

salam, teremba dan mitos. lengenda[mitos]

padang saujana dan iskandar zulkarnai,
yang tiada dalam lipatan sejarah kitab bertulis oleh manusia.
[kilafnya hanya dalam al quraan]
dikisahkan sedikit sahaja disini.

yang di ambik dari pemegang amanahnya kisah ini.

asalnya padang saujana itu satu sahaja,
ianya terletak dipahang sahaja.
itu sebelum zaman iskandar zulkarnai.
pada zaman nya iskandar zulkarnai
sampai ke padang saujana,
negara itu telah pun menjadi kucar kacir;

satu dibawah kuasa yang baik
dan satu lagi dibawah kuasa
yang akan bermulanya kuasa jahat,

maka perebutan akan negara tersebut
telah berlarutan lama
sehinggalah sampainya iskandar zulkarnai
ke negara itu
dalam pengembaraan dia
dan bala tenteranya
dalam menegakkan islam
atas perintah allah.

maka sesampainya dia
dan bala tenteranya
ke negara itu,
telah dipinta oleh pihak
yang bertelagah dinegara itu
untuk diselesaikan.

maka petemuan dan rundingan dibuat
dan diterangkanakan bab serta urusan islam.
kedua pihak yang bertelagah

23 comments:

Anonymous said...

salam; teremba dan mitos.


dibaca dalam adab, susunan salasilahnya; amanah kepada nya oleh pemegang nya. ilmu.

muhammd bin abdullah bin abdul mutallib bin abdul manas, dan, bondanya siti aminah keturunan arab qurais.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,

bab sifat 20: salah laku manusia kepada sifat ke 16 dari sifat 20.

manusia dipinjamkan pembayang sifat itu oleh allah sebagai melengkapi kepada sifat kelakuan manusia untuk kemudahan manusia di atas muka bumi. agar manusia tidak merasa jemu.

sebaliknya manusia menukar akan sifatnya itu kepada kejadian jahil dalam diri,maka menjadi bebal lah akal manusia dari memikirkan kebesaran allah.

maka disebabkan jahil dan bebal itu melanda manusia,maka manusia akan sentiasa bergolak dengan hasad dengki,dendam,sombong,takbur dan lain-lain lagi kejahilan yang membawa manusia kepada perkelahian,peperangan dan banyak salah laku.

ingat-ingat sikit tuan puan;dalam sifat 20 itu adanya nama-nama 99 allah.
maka nya jika manusia menyalah gunakan pembayang kepada sifat yang di pinjamkan itu dalam kehidupan,malapetaka dan balabencana yang akan manusia berdepan sebagai hukuman.

manusia di pinjamkan pembayang kepada sifat 20 itu, oleh allah untuk kemudahan manusia. maka jangan disalah gunakan kurniaan allah itu, dengan kerosakan atau salahlaku yang di sengajakan.

inshaallah.

Anonymous said...

salam,
dari neguai;

kami telah menyelak kembali kepada laman soalan,laman pandapat yang terbelakang,dan kami mohon maaf jika persoalan dan pendapat tuan puan tiada jawapan dari kami.
persoalan atau coretan laman pahang ini telah lebih tujuh tahun,maka kami tidak sempat merungkai serta menyemak akan tulisan yang banyak dan kebelakang itu.
maka jika ada kesempatan persoalan catatan tuanpuan itu, di bawa kehadapan,agar dapat kami dan kumpulan kami teliti semula.
harap maklum,

inshaallah.

Anonymous said...

salam,

bab sifat 20:dalam sifat ke 16 dari sifat 20;[sambungan];

dalam sifat ke 16 itu,ada empat nama dari 99 nama allah,yang disebutkan sebagai nama kembar 4.
dan apabila,digunakan untuk zikir,ianya mestilah disebut ke empat-empatnya[mengikut susunan dan tertib],maka cari dan kesanlah apakah empat nama itu,agar menjadi mengerti dan dapat dibetulkan kefahaman dalam diri berkenaan sifat 20 dan 99 nama-nama allah.
[dan bukan sebagai merdu di bibir dan germersik di telinga semata aje,dan kalau bergitu dinamakan; berangan sorang-sorang]

inshaallah.

Anonymous said...

salam,
teremba dan mitos;
waris dan semenda kepada keturunan raja melukut[bukit segumpal][maaf;tidak akan disebut nama sebenar dan asal nya]
^
^
^
kepada waris@semenda koming[@koming mentua] dan gading.

^
awa berkhawin dengan ismail[semantan]//tisan berkhawin dengan komeng[lipis]@[komeng hanyut@komeng menantu]
[dua beradik perempuan]

inshaallah.

Anonymous said...

salam,
teremba dan mitos;
kepada waris dan semenda koming dan gading.

susunan waris semenda kpd;
tisan dan komeng menantu.

^
nong//chang//din//sidek//imam kasim//cu//sam.
[tujuh beradik]

..............


susunan waris semenda kpd;
awa dan ismail semantan.

^
haji alias//haji ishak//da//jahi pin.
[empat beradik]


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
teremba dan mitos.


asalnya kepada bera;
kami telah bentangkan sebelum ini akan kiasan ulat dalam batu itu.


bera itu mengikut kepada pemegang ceritanya mitos adalah; nama seorang perempuan yang tinggal disebelah hulu sungai yang sekarang ini dipanggil kuala bera dan sungai bera.

dia adalah seorang pemerintah masa itu, dan istananya terletak di, sekarang ini dipanggil tasek bera bersama anak lelakinya,dia adalah pemerintah yang lama pada kerajaan zaman yang silam dahulu kala pahang.

dan pada masa zaman itu,sumpahan adalah kebiasaan kepada hukuman yang akan dijatuhkan oleh pemerintah yang bersekali dengan zaman sihir-menyihir.

sejarah kisah mereka adalah sama dengan mitos malim kundang,yang disumpah menjadi batu itu.dan dalam adab kisah mereka hanya di sebutkan dalam bentuk simpulan bahasa sahaja iaitu: seperti ulat dalam batu.

dan selepas dari kejadian sumpahan itu,kerajaan lama itu beransur-ansur lenyap dari muka bumi sejarahnya,cuma yang diperingatkan oleh yang orang tua hanyalah" seperti ulat dalam batu ",sebagai ingatan kiasannya telah adanya mereka-mereka itu di pahang sebelum zamannya melaka, sebelumnya zaman pahang tua lagi.

dan dalam fekah pula seperti ulat dalam batu itu, ianya sabit kedalam perkara sifat 20;salah laku manusia kepada sifat 20.

sumpahan adalah hak milik mutlak allah,dan jika manusia menyalah gunakan dan menggunakan perkara urusan melebihi dari kebenaran yang di izinkan allah,maka hukuman adalah beserta dengan orang yang membuat sumpahan itu.

setahu kami,hanya seorang sahaja yang pernah diberi keizinan oleh allah menggunakan sumpahan sebagai hukum pada zaman manusia: dia adalah nabi sulaiman. dan manusia yang lainnya tiada dalam pengetahuan kami.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
teremba dan mitos,


jalan raya di pahang pada zaman yang lepas.

telah menjadi kebiasaannya zaman yang lepas,sungai menjadi laluan atau lalu lintas bagi perdagangan,dan sungai pahang adalah laluan utamanya dan sungai-sungai cabangnya serta anak-anak dari cabang sungainya menjadi jalan penghubungnya.

telah dari sejak zaman berzaman,dari satu zaman ke satu zaman yang kemudian,laluan sungai itu tetap ujud sehinggalah terhenti pada zaman sultan abdullah dan semasa zaman sultan abu bakar,hanya laluan sungai pahang sahaja yang digunakan,diantara pekan sekarang dengan sehingga lipis,dan laluan sungai kecil atau cabang sungai tidak digunakan lagi dan selepas zaman sultan abu bakar tiada lagi laluan sungai itu, semuanya telah di tutup dan di hilangkan,disebabkan pemandu pelancongnya[jurumudik @ jurumudi atau tok gelaran kepada mereka itu],telah menghilangkan diri bersama-sama mereka-mereka yang meninggalkan pekan disebabkan krisis keluarga di istana.

hanya mereka yang lari itu sahaja yang tahu akan laluan penarik dalam pahang ini,dan dalam semenanjung tanah melayu ini. maka ini adalah salah satu tugas tok mukim zaman zaman dahulu atau tok pentara. atau juak-juak.
[semasa zaman sultan abu bakar laluan ini dipanggil orang yang ramai sebagai bot cukai;perahu besar yang datang setahun sekali mengutip cukai tanah dari kampung-kampung tebing sungai pahang,dan ada banyak lagi nama gelaran dan cembungan kepada laluan yang tersebut itu,mengikut panggilan tempatan daerah dalam pahang].



inshaallah.

Anonymous said...

salam,
teremba dan mitos,


banyak sejarah kerajaan melayu silam yang di suruk dalam ungkapan orang melayu atau peribahasa atau seloka atau pantun atau syair atau atau atau apa-apa lagi lah..

dan urusan itu semuanya di pegang oleh orang yang tua[orang tahu dari kalangan orang tua dan bukan nya orang tua-tua].
kami hanya akan membentangkan mitos riwayat ceritanya apabila sampai masa dan waktunya yang di tetapkan sahaja.hanya dengan izin kebenaran perintah allah sahaja.

sebagai sebahagian darinya;

jong-jong inai dan sepuluh budak hitam: kisah mitosnya yang terjadi di kelantan.
ulat dalam batu:kisah mitosnya terjadi di pahang.
siluncai terjun dengan labu-labunya dan dihanyut dan dibuang kelaut dengan batang pisang:mitosnya terjadi di negeri sembilan.
batu hampar:mitosnya terjadi di selangor.
sang kelembai:mitosnya ada di seluruh semenangjung tanah melayu.
raja bersiang:mitosnya terjadi di kedah.
selah teberau,tanjung puteri,batu pahat minyak beku:mitosnya terjadi dijohor.
hang tuah:mitosnya pada melaka sebenar apa?.
jawi atau huruf jawi:mitosnya sebenar mana?
melayu;mitosnya sebenar mana?
india:mitosnya sebenar mana?
cina:mitosnya sebenar mana?

maka,orang melayu sendiri tak dapat buka sejarah mitos mereka,maka dibinkan kepada bangsa yang lain sebagai merampas manuskrip,sebaliknya mereka bercakap berkenaan sejarah mereka sendiri pada setiap hari pada mulut mereka dalam bentuk pantun dan peribahasa,dan mereka sendiri yang merosakkan sejarah mereka dengan mengubah bait-bait dan perkataan sebutan pada pantun dan peribahasa itu.

dah berapa banyak baris dari bait peribahasa dan pantun di ubah,maka nya macammana tunggang terbaliknya pantun dan peribahas yang di ubah oleh mereka orang zaman sekarang itu,maka bergitu jugalah menjadi tunggang terbaliknya sejarah yang ada dalam kiasan pantun dan peribahasa itu.

dalam kalangan orang yang tua atau ahli sufi atau ahli tasawuh atau ahli fekah,yang mengerti akan maksud dari pantun selokanya, mereka akan mengalirkan air mata atau tersenyum, dan ataupun marah apabila pantun dan seloka yang tersusun mengikut tertib itu di ubahsuai atau ditukarganti oleh cucu cicit mereka.

maka sebab itulah dikatakan orang dan disandarkan kepada hang tuah sebagai berkata:

'takkan melayu hilang didunia':[mitosnya memang ada disekeliling kita ini].

dan sebaliknya,melayu sendiri yang menghilangkan,dan bukannya orang bangsa lain itu.sebab orang bangsa lain itu sendiri pun tidak tahu dimana orang melayu zaman dahulu menulis dan menyimpan sejarah atau cacatan perjalanan sejarah. dan kajian mereka sampai sekarangpun tidak dapat menjejaknya.pening kepala mereka sampai tak tahu macammana yang fikirkan lagi.maka orang melayu pun ikut sama buat pening macam orang bangsa lain itu. pening,pening.pening kan baca ayat macam ni.

Anonymous said...

salam,
teremba dan mitos,

kerajaan asal di slim river;paparan sejarah adik kepada merah silu.

selepas dari kekalahannya kerajaan di grik,maka kedua beradik menyelamatkan diri mereka setelah ibu bapa mereka[raja kerajaan grik] di bunuh[mengikut periwayat mitos itu]oleh tentera kerajaan[maaf tidak dibangkitkan nama kerajaan yang menyerang kerajaan grik itu].

kedua beradik itu melarikan diri sehingga sampai ke kawasan kerajaan [yang sekarang ini dikenali sebagai slim river],maka lalu diambik oleh rajanya tinggal bersama mereka sehingga cukup dewasa.

raja kerajaan slim river itu telah mengahwinkan puterinya dengan adik merah silu[gamoknya adik merah silu itu hensom sikit],manakala raja itu tidak mempunyai putera,maka ditabalkan adik merah silu sebagai pengganti raja selepas raja asal slim river mati.memerintahlah si adik merah silu sebagai yang dipertuan raja kerajaan slim river bersama isterinya.

cerita kehidupan merah silu di slim river tidak akan di coretkan disini[sebab orang lain telah bercerita dalam blok mereka]

selepas permergian merah silu dari slim river itu,setelah beberapa lama kemudian,kerajaan slim river diserang oleh kerajaan yang telah menyerang kerajaan ayahnya di grik sebelum itu. maka pecah peranglah dan kerajaan slim river telah kalah,dan adik merah silu[raja slim]dan isteri dan menteri dan rakyat yang ada telah melarikan diri masuk kedalam hutan menyelamatkan diri serta kerajaan.[menjadi lah mereka kerajaan dalam pelarian]

dalam pelarian diburu oleh tentera musuh itu,maka mereka telah bermusyuarat berpakat,mereka berpecah menjadi empat kumpulan untuk mengelak dari terjejak dan tertangkap seluruhnya.

satu kumpulah diketuai oleh raja sendiri.
satu kumpulan diketuai oleh menteri.
satu kumpulan diketuai oleh pawang.
satu kumpulan diketuai oleh bahtin.[penghulu].

keempat-empat kumpulan itu berpecah kepada empat laluan yang berasingan kepada empat arah tujuan, ke pahang,ke terengganu,ke sempadan perak[grik],ke johor.[sempadan negeri sembilan johor].

semasa kembalinya merah silu ketanah melayu, dalam kumpulan membuka melaka,mereka ada mencari akan adik nya itu, sebaliknya ada masalah yang tertimbul,lalu dibiarkan adiknya dan pengikut adiknya tidak dikacau.
[mereka tahu siapa diri mereka itu]


inshaallah.

Anonymous said...

salam,
teremba dan mitos,

ada udang sebalik batu:[kiasnya kepada;mitos-mitos yang lenyap disebalik peredaran zaman]
kepada kerajaan dan pemerintah dahulu kala yang di lupuskan sejarahnya atas salah laku mereka sendiri melanggar hukum allah.

maka ada kalangan orang yang sekarang mencarinya juga ada yang seperti mereka-mereka itu yang ramai yang ;ada udang disebalik batu. mereka bukan mencari kebenaran jalan dan tali allah, mereka mencari benda,perkara,khazanah yang lain dibumi ini.


inhaallah.

Anonymous said...

salam,
teremba dan mitos,


kepada satu dari kerajaan asli purba atau perba dalam tanah pahang, yang letaknya di tanah merah bersebelahan kampung belimbing pahang[sekarang ini][nama kerajaan yang sebenar tidak akan dibentangkan,cuma akan digunakan sebagai kerajaan perba tanah merah atau belimbing sahaja.

riwayatnya berkenaan salah laku pemerintahnya yang menyebabkan disumpah menjadi ular[atau dipanggil orang dahulu sebagai ular halal[cari dan bacakan semula mitos kejadian dan sumpahan ular halal itu].
[telah ada dibentangkan oleh orang lain dalam blok mereka]

kerajaan mereka-mereka itu telah lama ghaib ditelan dunia dan sejarah zamannya. cuma yang ada di dalam ingatan orang melayu yang tersimpan sebagai atau dalam bentuk mitos,peribahasa dan di sebut sebagai peradaban melayu atau adat dan adab melayu semata sahaja.

sejarahnya lebih kurang atau jalan ceritanya seperti mana jalan cerita malim kundang atau sitanggang,cuma disebutkan orang yang tua sebagai; 'ular halal'.kejadian sebelum melaka di tubuhkan.[kejadian di hilir chenor]

dan ada dua lagi kejadian pada dua kerajaan; satunya sebelum melaka dan satu lagi selepas melaka yang belum masanya di bentangkan untuk tatapan orang yang ramai,,kedua-duanya kerajaan dalam pahang ini;kerajaan yang runtuh atas sebab salah laku pemimpin pemerintahnya yang melanggar hukum allah.[maka ada orang berkata dahulu dalam blok lamanpahang ini:( tunggu dan lihat ) dan ( batu telah timbul).

maka inilah dia kepada mitos-mitos batu-batu yang timbul itu.[mitos-mitos melayu yang lama yang telah hilang dan tidak bertulis dalam mana-mana kitab atau manuskrip sejarah melayu;yang mana yang menyebabkan banyak kerajaan dan rajanya hilang ghaib disebabkan salah laku derhaka kepada allah][sumpahan memakan diri sendiri][yang ada hanyalah kilaf dalam al quraan sahaja sebagai pedoman sandaran beritanya]



inshaallah..

Anonymous said...

salam,

bab sifat 20;salah laku manusia kepada sifat ke 11 dan sifat ke 12 dalam sifat 20.


dalam sifat ke 11 dan sifat ke 12 itu;mendengar dan melihat adalah sifat sempurna allah, dan kepada nama dalam 99;[maksud nama: adalah maha mendengar dan maha melihat],dan itu mutlak kepunyaan allah;maka kepada manusia di pinjamkan bayangannya; dengan nama telinga untuk mendengar dan mata untuk melihat.

sebaliknya manusia menukarkan menjadi sifat pekak kepada telinga dan sifat buta kepada mata, mereka menterbalikkan sifat yang dipinjamkan allah kepada manusia.

dengan terbaliknya sifat itu,,manusia telah menjadi zalim kepada dirinya sendiri dan kepada orang yang lain dan kepada makhluk allah yang lain.

hanya di mulut sahaja mereka berkata[dipinjam peribahasa yang tersebut untuk kiasan penerangan];biar mati anak jangan mati adat,dan sebaliknya dihati mereka,,mereka tidak akan membiarkan anak mereka mati[dihukum walau dijentik telinganya tidak sekali-kali], disebabkan itu darah daging mereka walaupun anak itu derhaka kepada allah.
dan adat itu dianggapkan hanya sebagai resam penghidupan di muka bumi dunia semata. maka hilanglah tatasusila hamba dengan allah dalam diri manusia. maka disebut juga oleh mereka sekarang ini; air dan minyak tak bercampur,
atau lubang kubur masing-masing.

dalam peribahasa lain disebut pekak badak atau pekak air dan buta kayu atau buta tuli; mereka melihat,dan mereka mendengar sebaliknya mereka buat tak reti dengan salah laku yang di sebut: amar makruf nahi mungkar itu.[mereka mendengar tetapi mereka pekak,mereka melihat tetapi mereka buta]mereka memekakkan dan membutakan telinga dan mata hati mereka yang sebenarnnya.


inshaallah..

Anonymous said...

salam,
teremba dan mitos,


tasek chini atau ceni,adalah satu dari leganda di pahang dengan mitosnya naga tasek chini atau ceni. dan memang dahulunya ujud satu kerajaan silam purba yang jauh lamanya sayup-sayup mata memandang di tepi atau dekat tasek itu.

tasek itu sebenarnya mengambik semperna nama pemerintah kerajaan itu,dia seorang perempuan dan sebagai ratu kepada kerajaan,dan tasek itu tempat sang ratu bersiram.

dan hilang dan ujudnya kota atau kerajaan di situ,hanya di gambarkan dengan mitos naga tasek chini itu sahaja,[maka cari dan bacakan lah akan mitos naga tasek chini itu],dan lihat salah laku apa yang terjadi sebagai kiasan hilangnya kerajaan itu. penderhakaan apa yang mereka telah buat menyebabkan allah menghukum merekasehingga tidak ujud lagi mereka itu dan tiada kesan yang ditinggalkan sebagai pedoman,dan hanya mitos sahaja yang ada sebagai kiasan kepada mereka dan kerajaan tasek chini itu.[satu kisah derhaka manusia kepada allah]

kisah mereka telah di gambarkan dalam panggung wayang pada tahun lima puluhan atau enam puluhan dahulu,lakunan nordin ahmad dan siput serawak.

dan nama sebenar kerajaan tasek chini itu tidak akan dibentangkan kepada orang yang ramai,maaf.



inshaallah.

Anonymous said...

salam,
teremba dan mitos,

waris dan semenda tok demu raub;


tok sati binti haji muda berkhawin dengan tok muhammad.

^

par dan mat saleh [dua beradik]



inshaallah.

Anonymous said...

salam,

bab sifat 20;salah laku manusia kepada sifat yang ke 20,dalam sifat 20.


kiasnya kepadanya:

buai laju-laju sampai pucuk atap atau buai laju-laju sampai pucuk sena,
apa dalam baju,.......

sorong papan tarik papan,buah keranji dalam perahu,...........


sifatnya dengan namanya adalah mutlak bagi nya,dan tiada dibenarkan dibuat perbandingan kepada sifat dan nama mutlak itu.yang mereka itu pandai-pandai bubuh atau jenamakan sifat mustahil tu apa dia ceritanya?

sifat mustahil tu duduknya kepada salah laku manusia kepada bayangan sifat yang dipinjamkan allah kepada manusia.maka perbetulkan salah laku atau penderhakaan manusia kepada allah.

manusia pandai berkata-kata atau bercakap; pandai cakap bohong dan belit-belit.
manusia pandai berkata-kata; pandai berkata dengan ayat yang allah tidak perintahkan ,ubah suai kata-kata.

maka dengan sebab itulah manusia semakin menjadi tunganglanggang,ada pedoman depan mata,tapi buat tak pandang atau buat-buat pelik.



inshaallah.

Anonymous said...

salam,

kiasaan kepada;tepuk dada tanya selera.

ada dalam kalangan mereka-mereka itu yang mendabik dada dengan ilmu nya pada diri mereka. sedangkan kepada ilmu itu,[yang mereka pegang],tuan yang menulis akan kitab asalnya itu tidak lah bergitu keadaannya.maka lain yang empunya kitab tulis dan maksudkan,lain pula orang selepas dari nya tulis dan maksudkan.[oleh itu berceramuklah akan orang yang baru belajar dan baru mengenal].bagi orang yang mengetahui,mereka akan senyum aje,dan bagi orang yang ada udang sebalik mee,mereka akan senyum sumbing atau gelok besor dalam perut mereka. dan mereka yang tak tahu dan baru nak tahu,mereka tersenyum juga,tapi senyum sambil garu kepala yang tak gatal.

dan bagi kami dan pertugas lainnya,selepas bertahun-tahun,atau setengah abad umur, baru,pemegang amanah ilmu meng iyakan pelajaran kami,itu pun belum habis lagi.baru sebahagian jalan ilmu sahaja.maka ada sebahagian lagi yang kami perlu cari,berjumpa,serta sahkan dalam pembelajaran syriat serta fekah serta adat serta adab sertanya ilmu.

telah dibentangkan pada yang telah lepas;jangan bertelagah,masing-masinnya kita atau mereka ada kelebihan tersendiri. maka jangan berceramukkan akal dan hati orang yang ramai. jauhar yang sebegitu,tidak mendatangkan faedah kepada masyarakat.seperti kata perpatah; gajah sama gajah berjuang,pelanduk ditengan-tengah menjadi ......,[ikut tuan puan nak maksudkan apadia]
[maksud kepada baik atau maksud kepada jahat,atau maksud kepada takde maksud pun boleh]


inshaallah.

Anonymous said...

salam,


bercakap tentang khawin ramai,maka ramai orang lelaki yang suka dengar,sebaliknya orang perempuan tak suka pula.[mengikut sunnah nabi kononnya lah]

maka ditelitikan dengan betul-betul apa yang akan kami sebutkan;

betul ke orang lelaki ini yang berkhawin ramai itu benar-benar mengikut sunnah nabi,dan kalau benar mengapa langkah pertama dari sunnah nabi itu tidak di ikut oleh mereka yang khawin ramai atau poligami itu.

nabi muhammad saw tidak berkhawin ramai atau tidak berpoligami semasa bininya siti khatijah masih hidup.beberapa tahun selepas bini pertamanya mati barulah nabi berkhawin semula,itu pun dengan perintah yang turun dari allah. sebagai pelajaran kepada orang yang ramai dari kalangan sahabatnya.

saidina othman juga tidak berkhawin atau berpoligami semasa bini pertama dari anak nabi hidup dan selepas dari bini pertamanya mati maka nabi khawinkan dia dengan anaknya yang seorang lagi[itu yang disebut salin tikar]

saidina ali juga tidak berkhawin atau berpoligami semasa bininya siti fatimah anak nabi ada hidup, dia berkhawin hanya selepas siti fatimah mati beberapa tahun kemudian.

maka hati orang perempuan adalah perlu dijaga bagi mengelak dari cemburunya mereka dalam hal kasih sayang.

lihat kepada nabi ibrahim; dia berkhawin dengan bini pertamanya siti sara;disebabkan ketiadaan anak dengan peningkatan umur,maka siti sara melamar siti hajar bagi pihak nabi ibrahim sebagai bini kedua.

atas sebab cenburunya dia,kerana siti hajar mendapat anak dahulu,maka nabi ibrahim dengan perintah allah telah menjauhkan kedua bini pertama dan bini kedua nabi ibrahim itu[sejarah itu telah diterangkan dalam kitab].

dan selepas dari itu barulah siti sara memperolehi anak. dan selepas dari kematian siti sara barulah nabi ibrahim berkhawin dengan bini ketiganya,itupun selepas di pinta oleh ahli keluarganya.

maka dari beberapa orang diatas,ada ke mereka meletakkan bini-bini mereka dibawah satu bumbung atau dalam satu rumah dalam masa yang sama.

dan kepada perempuan-perempuan yang duduk bawah satu bumbung itu pula,adakah mereka lebih [......] dari siti sara isteri nabi ibrahim itu.sedangkan hawa bini kepada adam itu sendiri pun ada cemburunya dalam hati.

jadinya,.......[pikir lah sendiri] betul tidaknya.


inshaallah.

Anonymous said...

salam,

bab sifat 20;salah laku manusia kepada kesemua sifat 20 itu,oleh manusia.

hati-hati dan berteliti dengan huraian yang dibentangkan ini.[rujuk kepada al quraan dan al hadis]


sifat 20 yang wajib kepada allah yang mesti diketahui dan dipelajari oleh manusia.
[lihat susunan senarai sifat 20 yang telah mereka bentangkan].
kesemuanya sifat wajib ini adalah mutlak bagi allah.

apa yang hendak dibentangkan adalah kepada sifat mustahil yang 20 itu.
sifat mustahil itu yang sebenarnya adalah salah laku manusia kepada allah yang wajib 20 itu.manusia diberi pinjam sebanyak 20 sifat sebagai bayangan bagi kegunaan manusia diatas muka bumi ini,sebaliknya manusia menyalahgunakan keseluruhan sifat 20 yang dianugerahkan oleh allah itu sebagai kemudahan hidup manusia.

contohnya kepada:

namrud dan firaun;yang mengaku diri mereka tuhan;maka salah laku mereka itu telah merosakkan sifat kebarapa dari sifat 20.

qorun;yang mengaku kaya atas usaha dirinya sendiri sedangkan dia melakukan penipuan keatas harta khazanah negara;maka salah laku yang tersebut itu telah merosakkan sifat keberapa dari sifat 20.



itu beberapa contoh dari dalam al quraan. dan dalam setiap kisah sejarah dalam al quraan itu bersabitkan kepada salah laku manusia,dan adalah contoh tauladan dan bagaimana manusia merosakkan sifat 20 yang wajib.[buka dan teliti al quraan]


tuan puan, sejarah yang silam atau mitos yang kita baca atau dengar kebanyakannya adalah berkisah kepada[kerajaan lama@kuno yang lenyap ghaib dari atas muka bumi ini],adalah dari sebab kejadian salahlaku dan durhakanya mereka kepada allah,mereka telah merosakkan keseluruhan sifat 20 yang wajib, allah.mereka menterbalikkannya dan menjadikannya sifat mustahil,dan sifat sifat mustahil yang 20 itulah yang mereka pegang dan gunakan ,sehingga menyebabkan mereka semuanya dihukum bala dan dilupuskan oleh allah dari bumi nyata ini sebagai hukuman keatas mereka.


inasaallah.

Anonymous said...

salam,
teremba dan mitos.

dibentangkan satu dari mitos kerajaan yang silam dari zaman yang jauh ditanah pahang yang lenyap di telan masa zaman, maka ghaib tiada terkesan dalam lipatan sejarah melayu.

kepada kerajaan ulu rompin[nama sebenar tidak akan dibentangkan,maaf].
yang ditinggalkan untuk ingatan cucu cicit melayu yang kemudiannya dari mereka hanyalah dalam bentuk bidalan bahasa atau pepatah atau ingatan orang tua sahaja: terlajak perahu dapat diundur,terlajak kata......

dan dalam sifat 20,maka kerajaan ini telah melakukan salah laku yang menyebabkan penderhakaan pemimpinnya kepada allah, kepada sifat ke 17 dalam sifat 20,dan dalam sifat 17 itu ada beberapa nama yang 99 didalamnya,dan mereka telah merosakkannya.


maka jaga-jagalah dengan mulut,jangan berkata-kata atau bercakap menyumpah atau bersumpah yang melebihi dari kebenaran yang allah telah benarkan kepada manusia.

maka berbuat sesuatu kerja atau perbuatan hendaklah dengan ilmunya,dan bukan dengan membuta tuli.jangan jadi dikata orang; bijak tak berakal.

inshaallah.

Anonymous said...

salam,
tuan puan.


maka renung dan tenungkan jauh-jauh akan ayat lapan pada surah duapuluh dalam al quran.



inshaallah.

Anonymous said...

As,salam..Iskandar bukan Zulkarnain..memnurut Ibnu Abbas beliau adalah keturunan Himyar iaitu As Shab bin Zi Muraid..beliau diberi kekuasaan memrintah timur dan barat serta membina tembok yakjuj makjuj..manakala Iskandar adalah lelaki soleh berbangsa Rom yg membina menara dilaut afrika..Menurut Khab Al Ahbar,ulama yahudi yg memeluk Islam,Zulkarnain adalah keturunan Himyar iaitu lelaki dari Yunan iaitu anak Aishu bin Ishak bin Ibrahim Al Khalil

Anonymous said...

w/salam tuanpuan,..

betulke ibnu abbas dan juga khab al ahbar yang keluarkan kenyataan itu. kalau betul tuanpuan boleh pegang kenyataan itu[gegang kuat-kuat dan jangan lepaskan],tetapi tidak boleh sandaran keyakinan dan pegangan itu di letakkan dibahu ibnu abbas dan khab al ahbar. tuanpuan kena jadikannya sebagai pegangan keyakinan tuanpuan diri sendiri.[kena tanggung sendiri dan bukannya orang lain tanggungkan untuk tuanpuan].
[sebab pahala dan dosa semasa di padang mahyar nanti adalah pada diri sendiri-sendiri].[jangan memegang fitnah tanpa ilmunya]

maka tidak dibacakankah surah ke 97,dari dalam al quraan atau tidak memahami apa yang termaksud dalam berita surah itu.

bagaimana tuanpuan,maka,bilang tahun mengejar dan mencarinya pada malam-malam terakhir pada bulan ramadhan[10 malam terakhir].berjaga malam hendak dapat akan nya dan minta allah kurniakan 1000 rahmat kepada diri tuanpuan.sedangkan sejarah kepada hamba allah itu tidak tuanpuan ambil kisah pun,siapa dia,dimana dia,siapa nama dia,dari keturunan mana dia. kerutunannya kebawah lepas darinya.

memang sungguh-sungguh menghairankan perihal tuanpuan sebegitu itu.

yang diberitakan itu adalah mitosnya dalam israiliat.maka mitos itu perlulah dihuraikan akan jawapannya[bukan dipakai atau ditolak bulat-bulat].

dan kalau siapa israil,tuanpuan tidak mengenali akan nya ,bagaimana tuanpuan hendak mengenali iskandar zulkarnain.[jangan mengelirukan hatidiri sendiri tanpa ilmunya].

kalau nak mengenali akan nya,maka kenalah berilmu mengenali keluarga nabi ibrahim dengan sah sebenar-benar sah dan yakin.

maka kami telah bentangkan dalam ruangan yang lepas.


inshaallah.