KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

PERTAMA Kaedah kajian adalah : Peluasan Epistemologi Pemikiran (Tajdid) dan Analisis Sosiohistoris (sejarah kemasyarakatan) dalam meneliti terjemahan Al-Quran Secara Kritis serta Analitis; satu Tugasan Ilmiah bagi Memahami Kelompok Ayat Yang Jelas (Muhkam) dan Yang Samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki.

20170321

Saya nak kurus tapi susah nak sekat makan

Bukan senang untuk semua orang untuk ucapkan perkataan ini "Saya Nak Kurus".

Ramai rakyat Malaysia dan Rakyat Pahang dibesarkan dengan Jalan-jalan Cari Makan. Apabila keluar sahaja makanan baru, ramai orang akan tergila-gilakan makanan tersebut. Orang sanggup beratur panjang untuk membeli dan menikmati sesuatu makanan yang hebat. Orang akan memilih kedai yang ramai dan padat dengan pelanggan. Orang akan memilih kedai yang menjual pelbagai hidangan. Orang akan bertanding masakan semasa majlis perkahwinan.

Sebab itulah bukan senang nak ucap perkataan "Saya Nak Kurus".

Jika anda sudah berana kata "Saya Nak Kurus" maka itu hanyalah langkah kecil. Cabaran paling besar adalah memberikan tafsiran sebenar kepada ungkapan "Saya Nak Kurus" ini. Ramai yang tidak berani menyebut perkataan ini kerana mereka membuat tafsiran kalau "Saya Nak Kurus" saya perlu SEKAT nafsu makan saya.

Inilah kesilapan yang menyebabkan uaha "Saya Nak Kurus" ini gagal.

Ramai antara kita telah memberi tafsiran yang salah kepada ungkapan "Saya Nak Kurus".

Perkataan yang lebih tepat adalah apabila "Saya Nak Kurus" saya perlu KAWAL nafsu makan saya BUKAN SEKAT.


Sekat bermaksud kalau kita selalu makan Chicken Chop RM5 di Teluk Cempedak Kuantan setiap minggu maka untuk "Saya Nak Kurus" kita jangan lagi makan Chicken Chop RM5.

Kawal pula bermaksud  kalau kita selalu makan Chicken Chop RM5 di Teluk Cempedak Kuantan setiap minggu maka untuk "Saya Nak Kurus" kita kawal jadi setiap bulan. Dari empat kali sebulan jadi satu kali sebulan.

Duit yang tiga kali lagi tu, kita boleh senyap-senyap buat sedekah.
Maka bersambunglah cerita Jom Kurus Moh Kurus kepada Jom Berjumat Moh Bersedekah.

No comments: