Bila kita sudah berani mengungkapkan "Saya Nak Kurus" tiba-tiba kita berhadapan dengan masalah tidak fokus. Malah pada hari pertama perjuangan kita nak kurus kita sudah kalah. Kita kalah bukan kerana orang lain paksa kita makan tetapi kita merasakan "Saya Nak Kurus" boleh ditangguhkan kepada hari esoknya.
Maka perkara ini berulang dan berulang dan akhirnya kita lupa ungkapan "Saya Nak Kurus".
Kita selalu hilang fokus.
Kalau kita nak teruskan perjuangan "Saya Nak Kurus" kita pelu pastikan kita tidak hilang fokus. Perkara ini terjadi kerana kita belum membuat keputusan:
Kenapa "Saya Nak Kurus"
Sebab apa "Saya Nak Kurus"
Mengapa "Saya Nak Kurus"
BUKAN Bila "Saya Nak Kurus"
BUKAN Bagaimana "Saya Nak Kurus"
Untuk mengelakkan hilangnya fokus "Saya Nak Kurus" kita perlu mempunyai alasan yang benar-benar kukuh, logik dan boleh dicapai. Alasan ini akan menjadi 'renjetan letrik' apabila kita hilang fokus. Berapakah kadar renjetan letrik tersebut bergantung kepada berapa mendalam alasan yang kita pilih.
PENAFIAN: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ Ini koleksi Pengurusan Ilmu peribadi kami untuk pendidikan & pembelajaran, bukan perdebatan. Allah SWT beri ruang bertanya & berbincang. Perlu ada sabar & cerdik supaya tahu, kenal, faham, mengerti dan pasti dengan dalam iman. Inilah dakwah kecil (الدَّعْوَةُ الصَّغِيرَةُ) kami. Moga Allah SWT jauhkan kita dari keburukan, kerugian, kehinaan & kesombongan melalui apa yang dikongsi di sini. آَمِيْن.
KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN
PERTAMA Kaedah kajian adalah : Peluasan Epistemologi Pemikiran (Tajdid) dan Analisis Sosiohistoris (sejarah kemasyarakatan) dalam meneliti terjemahan Al-Quran Secara Kritis serta Analitis; satu Tugasan Ilmiah bagi Memahami Kelompok Ayat Yang Jelas (Muhkam) dan Yang Samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki.
No comments:
Post a Comment