-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20100902

Norzibar Enterprise 01Keris

Pada bulan 5 Jun 2010, saya berkesempatan singgah di sebuah kedai berhampiran stesyen bas lama Temerloh. Asal kedai ini menjual alat-alat memancing. Kemudian bertukar kepada kedai menjual parang dan keris. Kebetulan pula saya ada membawa kamera. Maka saya menawarkan diri untuk memasukkan gambar-gambar keris yang di jual dalam internet. Pemilik kedai En. Baha, bersetuju. Disebabkan banyak bahan yang menunggu giliran maka gambar keris Baha ini terlewat dimasukkan dalam internet.

Terdapat 16 bilah alat senjata yang dijual di kedai En. Baha. Saya akan cuba keluarkan secara berperingkat kesemua 16 jenis senjata-senjata tersebut.

Jika sesiapa yang berminat untuk membelinya boleh berkunjung ke:
Norzibar Enterprise, No. A-17, Gerai MDT, Lurah Semantan, Temerloh, Pahang Malaysia.
05
Kata orang, keris ni ada keris jantan ada keris betina. Keris jantan adalah keris yang kita terus ingatkan keris tersebut apabila berlaku satu-satu kecemasan atau ancaman. untuk mengatahui samada keris tersebut keris jantan atau keris betina perlu dilakukan ujian.
04
Keris tersebut perlu dibawa tidur. Simpan bawah bantar. Apabila kita terjaga, kita teris teringatkan keris tersebut yang kita simpan bawah bantal. Itulah keris jantan. Keris ini akan mengiangtkan kita supaya menggunakannya apabila berlaku satu-satu ancaman. (Kononnya)
03
Pasal keris diraja Pahang pula. Terdapat 17 bilah keris yang digunakan oleh Kesultanan Pahang yang bermula dari Almarhum Sultan Ahmad Muazzam Shah(1836-1914). keris-keris tersebut adalah:
1 Keris Rimau Jantan
2 Keris Penyalang
3 Keris Candan
4 Keris Candan Laut
5 Keris Tombak Kuping
6 Keris Lindung Bulan
7 Keris Beruk Berayun
8 Keris Tedung
9 Keris Tok Komang Isi
10 Keris Canang Laut
02
Seterusnya adalah:
11 Keris Lalat Hijau
12 Keris Tok Bidan
13 Keris Mabuk Laut
14 Keris Kilat Senja
15 Keris Keraton
16 Keris Tok Bali
17 Pedang Jalak Lenting
01
LINK PILIHAN:
1. ftmk.upsi.edu.my
2. bendaharazamineran.blogspot.com
3. cikgunasir.blogspot.com

1 comment:

Seruling Senja said...

Assalamualaikum.. masih adakah kedai ini di temerloh?