Mahu tau dimana lokasi makam ini klik DISINI.
11
Sebelum sampai zaman Raja Muhammad bin Sultan Mansur Shah (1470-1475), pahang telah diperintah oleh zaman yang dipanggil:
-Pahang Di Zaman Bahari
-Pemerintah Pahang di Zaman Majapahit (1365)
-1.Pemerintahan Maharaja Tajau (1378)
-2.Pemerintahan Maharaja Tasik Cini (1411-1416)
-Pemerintah Pahang di Zaman Taklukan Siam (1436- 1454) 3.Maharaja Dewa Sura
10
Pemerintah Pahang di Zaman Taklukan Melaka bermula dengan pemerintahan
09
(4) Raja Muhammad bin Sultan Mansur Shah (1470-1475)
08
Sebelum Raja Muhammad memerintah Pahang, Negeri Pahang di perintah oleh wakil raja Melaka yang bernama Dato Seri Bija Diraja. Kedudukan beliau ketika itu di Pahang seperti raja.
07
Raja Muhammad sepatutnya mengantikan ayahndanya Sultan Mansur Shah sebagai Sultan di Melaka, akan tetapi apabila berlaku peristiwa sepaktakraw yang mengenai kepala baginda,langsung di bunuhnya anak bendahara kerana peristiwa itu,maka baginda dihantar menjadi raja di Pahang.
06
Beliau dilantik menjadi raja Pahang pada tahun 1470 dengan gelaran Sultan Muhammad Shah.
05
Wilayah kekuasaan baginda dari Sedili hingga ke Terangganu. Baginda bersemayang di Tanjong Langgar Pahang Tua, Pekan, terdapat banyak makan raja Melaka di Pahang Tua.
04
Dengan tertaaluknya Pahang ke bawah kekuasaan Melaka,maka dengan resminya Pahang sudah menjadi sebuah negara Islam ketika itu.
03
Maka rakyat jelata yang sudah ramai memeluk Islam menyambut baik kedatangan raja Melaka yang membebaskan mereka dari cengkaman Siam yang beragama Budhha.
02
Kedatangan orang Melaka bukan sahaja mengubah corak pemerintahan dan politik, akan tetapi membawa bersama mereka Hukum Kanun Melaka dan Hukum Kanun Laut Melaka yang berasaskan perundangan Islam dan bermazhab Syafiee.
01
SUMBER:
sejarahislampahang.blogspot.com
2 comments:
salam tuanpuan,
itu cerita dari dalam buku,dan cerita sebenarnya mana?
[sebab nama-nama itu kebanyakannya gelaran kepada mereka,nama sebenar mereka menceritakan kisah sebenar sejarah melayu].
salam,tuanpuan.
bila masa pulak pahang jadi takluk melaka.nak bercerita dengan sejarah,kenalah tahu,bukan main-main salin dari catatan orang aje.
berita atau cerita sejarah adalah satu kisah yang diberita dalam bentuk kias,ianya seperti sebutan dalam al quraan itu,berkhilaf.kena buka atau hurai khilafnya baru jumpa cerita atau beritanya yang sebenar. kalau tidak berita itu dipanggil versi semata.
raja muhammad itu bendahara sahaja,dan tidak pernah menjadi sultan atau raja pahang. sepak takro itu cuma wayangnya aje,untuk dijadikan ceritanya.tiada siapa yang kena bunuhpun.
islam dah ada dipahang sebelum melaka lagi. melaka itu diwujudkan bagi menggabungkan negeri-negeri seluruh tanah melayu.[kesemua negeri tanah melayu memang dah islam sebelum gabungan bawah melaka diwujudkan lagi].
zaman pahang bahari tu apa dia?[buka dan semak maksudnya dari dalam al quraan akan maksudnya bahari tu].
Post a Comment