Dan Dia lah yang Berkuasa atas sekalian hambaNya (dangan tadbir dan
takdir); dan Dia lah Yang Maha Bijaksana serta Amat Mendalam
PengetahuanNya.
Dan (setelah Yusuf dijualkan di negeri Mesir),
berkatalah orang yang membeli Yusuf kepada isterinya:
"Berilah dia
layanan yang sebaik-baiknya; semoga ia berguna kepada kita, atau kita
jadikan dia anak".
Dan demikianlah caranya kami menetapkan kedudukan
Yusuf di bumi (Mesir untuk dihormati dan disayangi), dan untuk kami
mengajarnya sebahagian dari ilmu takbir mimpi.
Dan Allah Maha Kuasa
melakukan segala perkara yang telah ditetapkanNya, akan tetapi
kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Wahai orang-orang yang beriman,
sahut dan sambutlah seruan Allah dan seruan RasulNya apabila Ia menyeru
kamu kepada perkara-perkara yang menjadikan kamu hidup sempurna; dan
ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah berkuasa mengubah atau menyekat di
antara seseorang itu dengan (pekerjaan) hatinya, dan sesungguhnya
kepadaNyalah kamu akan dihimpunkan.
Mereka kekal di dalamnya selagi
ada langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki oleh Tuhanmu.
Sesungguhnya Tuhanmu, Maha Kuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.
Kemudian,
apabila mereka (hampir) habis tempoh idahnya, maka bolehlah kamu pegang
mereka (rujuk) dengan cara yang baik, atau lepaskan mereka dengan cara
yang baik; dan adakanlah dua orang saksi yang adil di antara kamu
(semasa kamu merujukkan atau melepaskannya); dan hendaklah kamu (yang
menjadi saksi) menyempurnakan persaksian itu kerana Allah semata-mata.
Dengan hukum-hukum yang tersebut diberi peringatan dan pengajaran kepada
sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat; dan sesiapa yang
bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan
laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari
segala perkara yang menyusahkannya),
Serta memberinya rezeki dari
jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah
diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk
menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan
segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan
masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.
Oleh:
zulkefli ahmad razali
PENAFIAN: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ Ini koleksi Pengurusan Ilmu peribadi kami untuk pendidikan & pembelajaran, bukan perdebatan. Allah SWT beri ruang bertanya & berbincang. Perlu ada sabar & cerdik supaya tahu, kenal, faham, mengerti dan pasti dengan dalam iman. Inilah dakwah kecil (الدَّعْوَةُ الصَّغِيرَةُ) kami. Moga Allah SWT jauhkan kita dari keburukan, kerugian, kehinaan & kesombongan melalui apa yang dikongsi di sini. آَمِيْن.
KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah:
PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.
No comments:
Post a Comment