-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20150729

hang tuah atau nama lainnya?

salamun,,, tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara... kilaf@kiasnya kepada... hang tuah atau nama lainnya? waris keturunannya sendiri tidak pernah mengenal dan tidakpun tahu yang diri mereka berketurunan hang tuah kerana dia hanya berbini seorang sahaja dan anak lelakinya hanya seorang dan yang lainnya semua perempuan. dan warisnya memang ada di serata tanah melayu hingga ke pattani. baik-baik tuan@puan bila menyusun susur keturunan nya. kena tahu sejarah hang tuah,namanya,keturunannya,asal negerinya. bukan setakat boleh mengaku sahaja. bukti berketurunan bukan terletak pada keris,atau perkakas lain miliknya, sebaliknya kepada sanad darah keturunan dan sejarah pewarisannya. kilaf@kiasnya kepada... paramiswara@bathin saridun.dan sultan muhammad melaka@sultan muhammad pagar ruyung. waris kanan keturunan ini memang disuruk@dihilangkan dari sebutan sebagai keselamatan keatas mereka,kerana mereka ini adalah pemagang amanah sekarang ini kepada tanah melayu.tuan@puan tidak akan

 on Bahtin Saridun
Anonymous
on 12/29/14

15 comments:

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait2ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

tentang apakah mereka saling bertanya-tanya?[ayat1]

tentang berita yang besar[ayat2]

yang mereka perselisihkan tentang ini[ayat3]

sekali-kalitidak;kelak mereka akan mengetahui[ayat4]

kemudian sekali-kali tidak; kelak mereka mengetahui[ayat5]

bukankah kami telah menjadikan bumi itu sebagai hamparan [ayat6]

dan gunung-gunung sebagai pasak?[ayat7]

dan kami jadikan kamu berpasang-pasangan[ayat8]

dan kami jadikan tidurmu untuk istirehat[ayat9]

dan kami jadikan malam sebagai pakaian[ayat10]

dan kami jadikan siang untuk mencari penghidupan[ayat11]

dan kami bina diatas kamu tujuh buah yang kokoh[ayat12]

dan kami jadikan pelita yang amat terang[ayat13]

dan kami turunkan dari awan airyang banyak tercurah[ayat14]

supaya kami tumbuhkan dengan air itu biji-bijian dan tumbuh-tumbuhan[ayat15]

dan kebun-kebun yang lebat?[ayat16]

sesungguhnya hari keputusan adalah suatu waktu yang ditetapkan[ayat17]

surah an nabaa(berita besar)[ke78,40ayat].

................

adakah tanda-tanda itu(kejadian bumi dan alam) tidak mendatangkan keyakinan di hati dan akal tuan@puan.
dan apakah diperlihatkan akan kematian dan maut baru keyakinan dihati percaya, maka telah ter lambat lah semasa itu.
waktu yang telah diberi dan dipergunakan sebelumnya ,tidak akan dikembalikan.

ibarat sampah yang dihanyutkan oleh air sungai. dan seperti burung yang melepaskan najisnya semasa terbang, maka diambil orang sebagai baja semata dan yang tidak berkenaan dibiarkan saja berlalu.

dan kun fayakun disebut sekali sahaja, dari permula kejadian sehingga akhir kejadian seperti yang tertulis dari sejak azali dan tidak diulang sebut lagi buat kali kedua.

kejadian kiamat,perkiraan dipadang mashar,melintas titi siratul mustakim,balasan neraka@syurga adalah dengan sebutan kun fayakun yang tunggal itu lah juga.



Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

demi yang mencabut dengan keras[ayat1]

dan yang mencabut dengan lemah-lembut[ayat2]

dan yang turun dari langit dengan cepat[ayat3]

dan yang mendahului dengan kencang[ayat4]

dan yang mengatur urusan[ayat5]

surah an naazi'aat(malaikat-malaikat yang mencabut)[ke79,46ayat].

........................

inilah yang dikatakan menjalankan pentadbiran bagi pihak kerajaan allah yang dikendalikan oleh mereka-mereka itu. didunia, diakhirat, dalam alam ini, diatas muka bumi ini. dan semasa dipadang masyar nanti setelah kiamat.

dan manusia itu diajar dan menyamai cara yang dijalankan pemerintahan dan mentadbirkan menyerupai kerajaan allah yang telah diajarkan kepada nabi adam. dan nabi adam mengajar pula kepada isterinya (hawa dan anak-anak nya).

dan tidak adanya manusia itu dengan sendiri pandai atau tidak semene-menenya reti memerintah. ayat yang mana dari dalam al quran dan al hadis ,yang mereka-mereka itu hendak buang(menidakkan) mengenai nabi adam diberi pengetahuan dari allah melebihi mahluk-mahluk yang lain.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait2ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

dia bermuka masam dan berpaling[ayat1]

kerana telah datang seorang buta kepadanya[ayat2]

tahukah kamu barangkali ia ingin membersihkan dirinya[ayat3]

atau dia mendapatkan pengajaran, lalu pengajaran itu membari manfa'at kepadanya?[ayat4]

adpun orang yang merasa dirinya serba cukup[ayat5]

maka kamu malayaninya[ayat6]

padahal tidak ada atasmu kalau dia tidak membersihkan diri[ayat7]

dan adapun orang yang datang kepadamu dengan bersegera[ayat8]

sedang ia takut kepada allah[ayat9]

maka kamu mengabaikannya[ayat10]

sekali-kali jangan!. sesungguhnya ajaran-ajaran tuhan itu adalah suatu peringatan[ayat11]

surah abasa(ia bemuka masam)[ke80,40ayat].

..................

siapalah kita,ibarat mentimun dengan durian,bergolek luka kena golek pun luka. (apa yang bercangah diantara dengan ayat surah diatas dan peribahasa itu).

dan yang mana mereka-mereka itu yang nak ikutkan; ikut surah atau ikut peribahasa.

nyawa-nyawa mereka itu letaknya di tangan siapa?.kalau mereka memikirkannya berkali-kali.

kenapa mereka-mereka itu menbiarkan dari kalangan mereka ada yang membuat kemungkaran ,kezaliman,pembaziran, ketamakan,keegoan dan kerosakan diatas muka bumi, hanya dijeling dengan ekor mata sahaja.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait2ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

apabila matahari digulung[ayat1]

dan apabila bintang-bintang berjatuhan[ayat2]

dan apabila gunung-ganang dihancurkan[ayat3]

dan apabila unta-unta yang bunting ditinggalkan[ayat4]

dan apabila binatang-binatang liar dikumpulkan[ayat5]

dan apabila lautan dijadikan meluap[ayat6]

dan apabila ruh-ruh dipertemukan[ayat7]

apabila bayi-bayi perempuan yang dikubur hidup-hidup ditanya[ayat8]

kerana dosa apakah dia dibunuh[ayat9]

dan apabila catatan-catatan dibuka[ayat10]

dan apabila langit dilenyapkan[ayat12]

dan apabila neraka jahim dinyatakan[atar13]

dan apabila syurga didekatkan[ayat14]

maka tiap-tiap jiwa akan mengetahui apa yang telah dikerjakannya[ayat15]

surah at takwiir(menggulung)[ke81,29ayat].

.................

pejam celik,pejam celik dan sedar tak sedar,bahawa kita ini telah sampai kelingkungan masa akhir zaman.sebaliknya mereka-mereka itu walaupun berilmu tinggi tetapi masih berhayal dalam dunia abdi mereka sendiri-sendiri, yang mereka merasakan mereka telah serba cukup dan mereka merasa ego dengan ilmu serba cukup mereka itu.

dan ada diantara mereka itu, mempertikaikan urusan ilmu yang allah berikan kepada sebahagian dari mereka dan kepada diri mereka sendiri.

dari kalangan ayat allah, yang mana dalam al quraan dan al hadis yang mereka itu bertikai dan tidak yakin,yang mana diri dan nyawa mereka sendiri itu pun duduknya dalam genggaman allah.

alasan atau jawapan yang mana yang mereka itu hendak bawa@gunakan bila berhadapan dengan allah. bagi melepaskan diri mereka itu nanti.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

apabila langit terbelah[ayat1]

dan apabila bintang-bintang jatuh berselerakan[ayat2]

dan apabila lautan dijadikan meluap[ayat3]

dan apabila kuburan-kuburan dibongkar[ayat4]

maka tiap-taip jiwa akan mengetahui apa yang dikerjakan dan yang dilalaikannya[ayat5]

hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu terhadap tuhanmu yang maha pemurah[ayat6]

yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan mu seimbang[ayat7]

dalam bentuk apa saja yang dia kehendaki, dia menyusun tubuhmu[ayat8]

bukan hanya durhaka saja, bahkan kamu mendustakan hari pembalasan[ayat9]

surah al infithaar(terbelah)[ke82,19ayat].

......................

tidak yakin itu salah satu daripada yang disebut durhaka dan bercakap bermain-main dengan tanpa tujuan sebenar itu pula,salah satu daripada yang disebut mendusta.

kalau yakin dan percaya,mengapa pula pahala dan dosa,segelintir dari mereka jadikannya sandarannya dan cagarannya, apabila hendak membuat sesuatu perkara dan urusan.

CONTOH sahaja;

kalaulah solat dan berjemaah itu tidak berpahala dan berganda pahalanya, adakah tuan@puan akan kerjakan nya?

kalaulah solat dimasjidil haram,mekkah dan dimasjidil nabi madinah tidak diberitakan,pahalanya 1000 kali ganda dan 500 kali ganda pahalanya. sudah tentu tiada seorangpun yang kesana menunaikan solat.

segelintir dari mereka itu, mencanangkan pahala dan dosa sebagai imbuhan kepada kerja kebaikan dan kerja kejahatan. sehinggakan perkara fekah lain di cuaikan lalu di tinggalkan tanpa diperdulikan.urusan fekah lain itu, kerja dan tanggungjawab orang lain, bukannya kerja dan tanggungjawab kita dan ada diantara mereka berpegang kepada; minyak dan air tidak bercampur.kubur kita lain-lain dan masing-masing punya dan dosa pahala masing-masing punya, orang lain apa peduli dan apa sibuk-sibuk. dan bila buat kebaikan yang banyak akan ada dan terkumpullah saham akhirat.mereka jadikan urusan fekah seperti pasaran saham,kalau nak untung banyak,labur lah banyak-banyak, dan untung itu hak milik persendirian sebagai pusaka diri sendiri.

contoh sahaja;

kerja salah dan dan (seperti ditunjukkan dalam tv itu), akan di balas dengan dosa semenjak di atas dunia lagi. dan konon dijadikan ibarat dan tauladan kepada masyarakat.

jangan perkara yang mengaibkan jenazah dijadikan contoh tauladan kepada ramai,walaupun hanya sebagai cerita kiasan semata-mata. perkara yang seperti itu bukan mendatang kan kebaikan sebaliknya lebih kepada mendatangkan fitnah yang lebih buruk dalam masyarakat.

kalaulah mereka-mereka itu menggunakan akal untuk berfikir dengan berkali-kali.(segelintir dari mereka-mereka itu dengan sengaja dan tidak sengaja@[tanpa sedar]telah mencabar al quraan dan al hadis itu sendiri).

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

selepas adam dan hawa di keluarkan dari syurga dan di letak di bumi dunia. dan adam dilantik menjadi khalifah seperti yang diberitakan allah kepada mahluk lain sebelumnya[sebelum adam di jadikan].

dan hawa pula diamanahkan menjadi pengamanah bagi pihak adam.
hawa telah mengandung sebanyak 20 kali[9 bulan10 hari pada setiap kali mengandung].maka hawa menjadi pemegang amanah kepada adam sebanyak 20 kali bagi mengendungkan amanah yang dibawanya didalam rahim perutnya.

yang dengan itu, barulah jawatan khalifah yang dianugerahkan kepada adam terlaksana, dengan adanya anak-anak dan cucu-cucu dan cicit-cicit dan berkampung dan bermasyarakat dan bernegeri dan bernegara dan ber umat manusia diatas muka bumi dunia ini.

dan pentadbiran itu, silih berganti dari zaman kezaman dan telah disebutkan dari antara mereka ada yang patuh dan ada yang ingkar. dan diantara mereka akan dimatikan dan diberikan anggan-anggan bagi pehidupan mereka. dan diantara dari mereka itu mana yang iklas, akan diberikan kebajikan. dan diantara dari mereka itu mana yang ingkar, akan dihumbankan keneraka. sebagai balasan kepada keingkaran mereka.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

kecelakaan besarlah bagi orang-orang yang curang[ayat1]

orang-orang yang apabila menerima takaran dari orang lain mereka minta dipenuhi[ayat2]

dan apabila mereka menakar atau menimbang untuk orang lain, mereka mengurangi[ayat3]

tidakkah orang-orang itu menyangka, bahwa sesungguhnya mereka akan dibangkitkan[ayat4]

pada suatu hari yang besar[ayat5]

hari manusia berdiri menghadap tuhan semesta alam[ayat6]

sekali-kali jangan curang, kerana sesungguhnya kitab orang yang durhaka tersimpan dalam sijjin[ayat7]

surah al muthaffifiin(orang-orang yang curang)[ke83,36ayat].

.......................

seperti yang tersebut itu, ia bukan setakat tujuannya kepada timbangan dalam perniagaan, ianya lebih besar sandarannya, kerana ianya ditujukan kepada perangai umat manusia, yang apabila memberi,mereka takut menjadi miskin dan papa jika memberi banyak dan berkira-kira dalam memberi, sebaliknya
apabila diberi dan menerima, mereka kalau bolehnya diberikan kepada dirinya seorang sahaja dan orang lain tak payah.mereka menjadi terlalu tamak.

apabila perjalanan mentadbir alam dunia@bumi ini tidak mengikut jalan@laluan fekah yang diperintahkan oleh allah,maka gelincirannya sedikit-demi sedikit akan membawa kepada gaung yang besar dan luas. dan apabila gaung yang besar dan luas itu telah menjadi dalam,maka caranya untuk menutupnya adalah dengan mengambus supaya ganug itu menjadi rata semula.

maka didatangkan gempa bumi dan lain-lain fenomena alam dan bencana bagi memperbetulkan keadaan yang dirosakkan oleh manusia itu.

bagi mereka-mereka, kedua-dua yang baik dan ingkar akan bersama dirasakan malapetaka itu.dugaan itu diperlihatkan untuk melihat,siapa diantara mereka-mereka itu yang kembali kepada tuhannya serta bersyukur.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

apabila langit terbelah[ayat1]

dan patuh kepada tuhannya, dan sudah semestinya langit itu patuh kepada tuhannya[ayat2]

dan apabila bumi diratakan[ayat3]

dan dilemparkan apa yang ada didalamnya dan menjadi kosong[ayat4]

dan patuh kepada tuhannya, dan sudah semestinya bumi itu patuh[ayat5]

hai manusia, sesungguhnya kamu telah bekerja dengan sungguh-sungguh menuju tuhanmu, makapasti kamu akan menemui nya[ayat6]

surah al insyiqaaq(terbelah)[ke84,25ayat].

...................

sebahagian dari mereka itu, bekerja dengan sungguh-sungguh sehingga menjadi kegilaan kepada mereka;
contoh kepada;

firaun zaman nabi musa
hamman menteri kepada firaun
qorun bendahari kepada firaun

seorang gila dengan kuasa memerintah
seorang gila dengan kuasa ilmu
seorang gila dengan kuasa harta

sehingga mereka menyangka yang mereka akan tetap teguh diatas bumi dan tidak akan kembali menemui tuhan pencipta mereka, mereka ego dengan diri mereka sendiri.

dan perempuannya;
contoh;

anak perempuan firaun [zaman nabi musa]
zulaika [isteri wazir zaman nabi yusuf]
ibu namrud [zaman nabi ibrahim]

kegilaan yang mereka-mereka buat itu menyebabkan mereka lupa diri. mereka melanggar peraturan dan mereka tidak perduli lagi dengan akibat yang akan mereka kena dari sebab gila nya mereka dengan dunia. mereka sendiri yang mencampak dan terjun kedalam jurang gaung kemusnahan.

contohnya;

abu lahab dan isterinya[zaman nabi muhammad saw].

egonya dan gilanya mereka atas diri sendiri itu yang menjerumuskan mereka dan dijadikan contoh dalam al quraan.

dan apabila ajalnya sampai,sesalnya mereka tiada berguna lansung kepada diri sendiri.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

demi langit yang mempunyai guusan bintang[ayat1]

dan hari yang dijanjikan[ayat2]

dan yang menyasikan dan disaksikan[ayat3]

telah dibinasakan orang-orang yang membuat parit[ayat4]

yang berapi kayu api[ayat5]

ketika mereka duduk disekitarnya[ayat6]

sedangkan mereka menyasikan apa yang mereka perbuat terhadap orang-orang yang beriman[ayat7]

surah al buruuj(gugusan bintang)[ke85,22ayat].

.................

didalamnya ada dikisahkan kepada cerita empat zaman riwayat 'parit';

pada zaman nabi ibrahim.
pada zaman nabi musa.
pada zaman nabi isa.
pada zaman nabi muhammad.

kami tidak mahu bercerita disini berkenaan kisah-kisah kejadian empat zaman itu.

tuan@puan mentelaah lah al quraan dan al hadis dan karangan@penjelasan dari kitab ulama dahulukala.

dan atau dari kitab sejarah bangsa israilliah atau nasraniliah.

...................

segelintir dari mereka itu, mahu dicarikan@diberitahu yang benar kerana yang benar itu hanya boleh dilihat melalui mata hati bagi yang maha mengetahui, dan selama ini apa yang dicarikan, semuanya kepada satu bentuk alam kepada susur galur sahaja.

dan semua yang pentingnya adalah isinya.kalau dapat kulit tapi tiada isinya tiada guna apa-apa. ada rumah tapi tak berpenghuni ibarat nampak dimata gelab dihati.

mereka-mereka itu tidak mahu bersusah payah mencari, dan mencari jalan mudah. kami hanya akan berkilaf dan berkias sahaja dalam blok ini dan tidak akan membuka kisah sebenar.seperti juga kilaf dan kiasnya ayat-ayat al quraan dan al hadis.

imam bukhary dan imam muslim dan mereka-mereka yang menulis kitab dahulunya telah bersusah payah berjalan dan mengembara pergi mendapatkan pemegang-pemegang hadis dan penghafal al quraan dan juga penyimpan sejarah serta waris-waris kepada rasulullah dan waris para sahabat untuk mendapatkan ilmu dan pengesahan berita dan cerita yang mereka dengar dan dapat. dan begitu juga kami,walaupun berita dan ceritanya kami dapat dalam intenet, dalam akbar,dalam tv dan dalam lain-lain alat perhubungan moden sekarang ini,tapi kami masih tetap perlu bergerak@diarahkan mencari orang pemegang amanah bagi urusan pengesahan berita@cerita yang kami perolehi dan bukan memandai memakai khabar-khabar dan cerita-cerita yang tidak disahkan.

ada berita kami bukan dengan kilaf dan ada berita kami tutup sebagai jalan selamat.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

demi langit dan yang datang pada malam hari[ayat1]

tahukah kamu apakah yang datang pada malam hari itu?[ayat2]

bintang yang cahayanya menembus[ayat3]

tidak ada suatu jiwapun melainkan ada penjaganya[ayat4]

maka hendaklah manusia memperhatikan dari apakah dia diciptakan?[ayat5]

surah ath thaariq(yang datang dimalam hari)[ke86,17ayat].

....................

kadangkala kita sebagai manusia ini perlupa akan diri kita, segelintir darinya buat-buat menyombong kepada diri sendiri;masa itu dia sihat dan segarbugar serta muda remaja:masa ini dia dah uzur dan berpenyakit serta tua tak rut.

maka dia berkirsis dengan dirinya sendiri;dengan jasadnya;dengan batinnya;dengan rohnya;dengan masanya;dengan kematiannya;dengan umurnya; dan dengan lain-lain dengan lagi.

kekaburan mata yang tua, dan telinga yang tua, telah menggangu hari-hari hidupnya dan nafasnya yang semakin semput lagi lelah mendatangkan airmata yang bergenang ditepi matanya,tidak diketahui apa sebenarnya yang dia ingat serta fikirkan sehingga temenung jauh memandang sayup-sayup kehujung ekor matanya.

dalam malam kelam, mulutnya kumat kamit, sekejap lancar dan sekejap kelu lidahnya tanpa bunyi dia bercakap dengan hatinya, sambil matanya sementara pejam semantara celik dalam kesunyian dirinya sendiri.

kelahiran telah lama berlalu, zaman kanak-kanak,remaja,muda lela,umur matang,separuh abad, telah berlalu dan sekarang telah menjadi tua, adakah mati esok lusa atau menjadi beban kerana tua bangkanya dia.

ingin dia merasa duduk dalam kandungan ibu semula;katanya disitu tempat yang selamat,maka tidak mungkin;yang dia akan merasa dan pasti merasa duduk dalam kandungan lahad kubur,kembali kepada asalnya dirinya kejadianya manusia.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

sucikanlah nama tuhanmu yang paling tinggi[ayat1]

yang menciptakan, dan menyempurnakan[ayat2]

dan yang menentukan kadar dan memberi petunjuk[ayat3]

dan yang menumbuhkan rumput-rumputan[ayat4]

lalu dijadikan nya rumput-rumput itu kering kehitam-hitaman[ayat5]

kami akan membacakan kepadamu maka kamu tidak akan lupa[ayat6]

kecuali kalau allah mengkehendaki. sesungguhnya dia mengetahui yang terang dan yang tersembunyi[ayat7]

dan kami akan memberi kamu taufik kepada jalan yang mudah[ayat8]

oleh sebabitu berikanlah peringatan kerana peringatan itu bermanafaat[ayat9]

orang yang takut akan mendapat pelajaran[ayat10]

orang-orang yang celaka akan menjauhinya[ayat11]

surah al a'laa(yang paling tinggi)[ke87,19ayat].

.........................

sekumpulan kanak-kanak yang bermandi-manda di sungai, ada yang menbuat terjun tunggit dari atas pokok yang tinggi, ada yang tengok saja, ada yang mandi di gigi air, mereka berseronok dengan bermacam permainnan, dengan diperhatikan aje oleh orang dewasa dan orang tua dari kejauhan dan sesekali menjeling kearah kanak-kanak yang sedang berseronok itu.

mereka yang terjun dari atas poko yang tinggi ditebing sungai itu sememangnya ,mereka telah biasa dan mahir dengan keadaan disitu dan pandai berenang dan menyelam.

kadang kala terjunan mereka jatuh telentang,jatuh tertiarap,adamasa kepala dulu dan ada masa kaki dulu mencecah air. memang terasa sakitnya , sebaliknya mereka tetap mandi berkejaran sehingga kepetang atau sehingga dikejar dan dimarah oleh mak bapak dengan rotan dan batang kayu sebab tak reti-reti nak naik dan ablik rumah.

dikalangan mereka itu ada diantaranya mereka itu bukannya pandai berenangpun tapi ego dan lagaknya aje. nak tunjuk yang mereka itu boleh buat dan berani tapi berani tak bertempat.

terjunan mereka kedalam sungai dan apabial timbul akan timbul disebalah hilir tempat mereka jatuh kerana dihanyutkan dik air yang mengilir, jadi mereka akan mendarat naik djauh dari tempat mereka bermain dan mandi,mereka akan berjalan dan berlari kehulu ketempat pokok mereka mandi terjun dan mula memanjat dan berterjun berulang kali sampai merah matanya.

dan yang tidak pandai berenang ada masanya diselamatkan oleh kawan-kawan dan ada masanya di gelakkan oleh kawan-kawan, dan adamasanya mereka itu terjun dan tak timbul-timbul tersangkut dibawah pungkor kayu atau akar dan adamasanya hanyut terus kehilir entah kemana dan terpaksa berkampung orang mencari mereka.

mereka yang mandi dan bermain digigi air itu tahu yang mereka tidak berani dan tidak pandai berenang.maka bermandi mandalah mereka seadanya berhampiran tebing.

mereka yang diatas tebing pula ,hanya memandang orang yang mandi sambil senyum,sengeh dan buat-buat garu kepala dan kaki,dihatinya amat-amat teringin untuk bersama-sama bermain dan mandi, atas sebab takutnya mereka kena marah dan dipukul oleh mak bapak mereka, jadi mereka terpaksa berlakun jadi baik.

dari kejauhan,orang dewasa dan orang tua hanya perhatikan aje gelagak kanak-kanak itu jangan sampai berkelahi dan bertumbuk. memang seronok melihat gelagak tawa kanak-kanak itu.

dan apabila makbapak budak-budak itu sampai datang mengejar anak-anak mereka, mereka yang dewasa danyang tua akan gelak besar, melihat mak bapak dan anak-anak berkejar-kejar, seorang lari dan seorang mengejar sambil rotan atau batang kayu ditangan, sambil memarhi mereka dan adakalanya orang dewasa dan orang tua yang disitu juga kena marah oleh makbapak kanak-kanak yang tersebut.

dan esok lusa, mereka itu masih lagi menjalankan aktiviti yang sama juga, kanak -kanak denga gelagak perangai mereka dan orang dewasa dan tua dengan gelagak perangai mereka pula.

dan diantara mereka itu apabila mengenang masa silamnya mereka, merka akan kembali insaf sebaliknya ada diantara mereka ingin terus berkhayal dengan alam lama itu sehingga keakhir hayat. mereka tidak memberdulikan alam sekeliling mereka.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatar,,,

kilaf@kiasnya kepada...

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

sudah datangkah kepadamu berita hari pembalasan?[ayat1]

banyak muka pada hari itu tunduk terhina[ayat2]

bekerja keras lagi kepayahan[ayat3]


surah al ghaasyiyah(hari pembalasan)[ke88,26ayat].

.......................

kami tidak akan menanya soalan soalan itu kepada tuan@puan sekalian.
orang kata; tepuk dada tanya hati, selera yang mana yang nak diikuti oleh tuan@puan.

kami ini hanya sebagai sebahagian dari mereka yang ditugaskan menyampaikan kilaf@kias sahaja. dan disampaikan kepada ahli-ahli waris ahli bait@ahli waris nusatara,semoga mereka dan kita dan kami memikirkan nya. berpandukan al quraan dan al hadis.inshaallah.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait2ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

demi fajar[ayat1]

dan malam yang sepuluh[ayat2]

dan yang genap dan yang ganjil[ayat3]

dan malam bila berlalu[ayat4]

surah al fajr(fajar)[ke89,30ayat].

.....................

ini adalah kisah dalam sejarah empat zaman nabi;

nabi adam
nabi nuh
nabi musa
nabi muhammad

pada kisah@sejarah malam yang sepuluh.dan apa yang dimaksudkan.
dan apa kisah dan sejarahnya ,maka cari lah oleh tuan@puan sendiri.

....................

alhamdulillah; kesemua tujuh panji-panji telah selamat masuk dan sampai dan telah berkumpul dan berkibar dengan panji kelapan.inshaallah,inshaallah,inshaallah.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan @ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

dengan nama allah yang maha pemurah lagi maha penyayang.

aku benar-benar bersumpah dengan kota ini[ayat1]

dan kamu bertampat di kota mekkah ini[ayat2]

dan demi pabak dan anaknya[ayat3]

sesungguhnya kami telah menciptakan manusia berada dalam susah payah[ayat4]

apakah manusia itu menyangka bahwa sekali-kali tiada seorangpun yang berkuasa atasnya[ayat5]

dia mengatakan:"aku telah menghabiskan harta yang banyak".[ayat6]

apakah dia menyangka bahwa tiada seorangpun yang melihatnya?[ayat7]

bukankah kami telah memberikan kepadanya dua buah mata[ayat8]

lidah dan dua buah bibir[ayat9]

dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan[ayat10]

surah al balad(kota@negeri)[ke90,20ayat].

................

dalamnya mengandungi pengajian ilmu sifat 20.

dan berkisar kepada kisah sejarahnya 20 pasang anak nabi adam@hawa. juga cerita orang 40. dan asal dan usulnya (maksud kepadanya) mekkah.

jika mereka-mereka itu memikirkannya dengan mendalam dan sejauhnya.

Anonymous said...

salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,

kilaf@kiasnya kepada...

dalam bab ini, adakah tuan@puan yakin dengan cerita?, apabila dikatakan yang pokok melaka itu bukan dijumpai oleh rombongan parameswara, tetapi sebaliknya ditanam oleh rombongan mereka itu dan diberi gelaran pokok melaka,yang mana nama sebenar pokoknya itu di sembunyikan dari pengetahuan anak cucu cicit mereka yang ada sekarang ini.

dan di ceritakan seperti cerita sejarah@hikayat yang seadanya sekarang, bagi tujuan melihat yang mana cucu cicitnya mereka terkemudian dari mereka yang dapat merungkai dan membuka akan kebenaran hikayat@riwayat cerita yang mereka tinggalkan sebagai hadiah yang tidak ternilai.

mereka tahu jika ditinggalkan harta yang banyak akan menyebabkan cucu cicit berkelahi dan bergolak.dan dengan berita sejarah dan jurai keturunan pula akan menyebabkan cucu cicit berbangga dan hilang budi bahasa kerana berebutkannya.

sebalik dari itupun, cucu cicit mereka tetap bergolak atas sebab yang tidak munasabah dan hati yang panas baran tiada bersebab.

apa yang mereka tinggalkan itu adalah ilmu, yang mana ianya tidak ternilai harganya berbanding dengan seluruh harta,darjat yang ada di permukaan bumi ini sendiri.

mereka menggunakan perbagai peribahasa sebagai pedoman atau petunjuk bagi cucu cicit mereka, sebagai jalan kaedah mendapatkan ilmu yang mereka suruk itu.sebaliknya cucu cicit hanya bertelagah sesama sendiri dan tidak mahu bekerjasama atau berkongsi bagi mendapatkan manafaatnya.

"hanya jauhari yang mengenal manikam": mereka mahu cucu cicit mereka menjadi jauhari seperti mereka dan bukan nya menjadi johari atau joe, dan mereka mahu cucu cicit mereka mengenal sebenar-benar mengenal akan manikam yang mereka tinggalkan dan bukan main tikam-tikam dan bukan bertikam sesama sendiri sampai menyebabkan cacat dan kematian yang sesia.

dan ilmu yang mereka suruk dan tinggalkan itu pula bukannya ilmu yang pelik-pelik dan bukan ilmu kesaktian,bukan ilmu sihir dan bukan ilmu yang terfikir oleh cucu cicit mereka sekarang ini; boleh kebal,boleh terbang,boleh hilang,boleh itu,boleh ini dan boleh,boleh,boleh dan macam-macam boleh lagi. ilmu itu adalah ilmu fekah@islam yang mereka ikuti jejak moyang mereka rasulullah, para nabi-nabi, para rasul-rasul yang sebelum rasulullah. ilmu mengenal diri dan mengenal allah. agar tidak sesat dipenghujung nyawa@hayat hidup memasing sebagai manusia dan pulang dengan bersih dan tiada dosa kesalahan.

dan bagaimana datangnya kita kedunia ini putih bersih dan pulangnya juga wajib putih bersih bagi mengadap allah,tuhan semesta alam.

tengoklah air sebagai pedoman; mana kulitnya air itu, dan mana isinya air itu. pada kulitnya mengadungi apa sehinggakan tidak nampak ianya sebagai kulit air. dan kepada isinya air itupula, apa bancuhannya atau asuranya sehingga bersebati menjadi yang disebut sebagai air.

bergitu juga kepada api, dan juga kepada angin, dan juga kepada tanah, dan juga akhirnya kepada diri kita sendiri manusia.asura@campuran untuk menjadikan manusia pertama itu,yang dinamakan"adam". oleh allah.

dan nama adam itu dipinjamkan@dihadiahkan oleh allah kepada jasad manusia yang pertama. nama itu nama siapa sebenarnya, kalau kita masih lagi boleh berfikir dengan akal yang telah disempurnakan dengan baik lagi teliti oleh allah. maka fikirkanlah dengan sebaik-baik berfikir dan gunakan lah akal dengan sebaik-baiknya untuk berfikir dalam urusan fekah ini.