KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20141026

Perpindahan orang-orang Rao dan Minang

1. Kita harap tidak terlambat untuk menyumbang sama ada maklumat @ kisah2 lama yang termampu dalam blog tuan.

2. Apalah sudi kiranya (jika ada) dikongsi maklumat mengenai perpindahan orang-orang Rao @ Minang akibat tentangan dari pihak kolonial Inggeris.

Di Gombak dan Setapak terdapat ramai yang mana keturunan2 dahulu bermaustautin setelah melarikan diri dari Pahang akibat peperangan.

3. Kami juga masih mempunyai keluarga di Raub @ Gali @ Ulu Dong.

Ikhlas Zul Tahir
   
oleh gorilla
10/26/14

1 comment:

Anonymous said...

salam,

bab sejarah ni tidak pernah terlambat,jika kita masih bernyaw,yang dikatakan terlambat apabila nyawa kita berrada dikerongkong.

insya allah,jika tuan memberikan maklumat,kami akan sambungkan cerita atau kisah mereka itu ,jika di izinkan allah kepada kami untuk urusan itu.

sebaliknya kami tidak menjanjikan apa-apa yang boleh menarik perhatian dalam menceritakn sejarah mereka. dan kesemua kisah sedih dan aib akan kami tutup serapat-rapatnya,mengelak dari bencana fitnah keatas mereka.