Banyak cerita kesabaran dan kegigihan yang kita boleh dapat dari sejarah Islam. Pada kali ini mari kita ikuti gambaran maksud sabar dan gigih dari sudut pandangan orang putih.
sumber gambar: imdb.com
Ada sebuah film yang mungkin anda pernah tengok yang berjudul ”Door to door”. Film ini sebenarnya kisah benar kehidupan seorang pengidap "Cerebral Palsy". Saraf pipi kanannya telah rosak dan menyebabkan pesakit susah bercakap.
Tangan kanannya tidak berfungsi dengan baik yang menyebabkan pesakit berjalan sedikit membongkok.
Filem Door to Door ini mengisahkan bagaimana Sabar dan Gigih, Bill Porter (1932) seorang pesakit "Cerebral Palsy" mahu mencari pendapatan. Juga bagaimana ibunya (Irane Porter) sabar dan gigih dalam memotivasikan anaknya yang cacat yang sepatutnya tidak mampu melakukan macam-macam kerja.
Akhirnya pesakit "Cerebral Palsy" ini mampu menjadi Top Salesman di Watkins dan Salesman Of The Year. Lelaki itu bernama Bill Porter.
Pesan Ibu
Film ini bermula seorang lelaki sedang bersiap didepan cermin untuk memastikan penampilannya kemas. Sebagai persiapan untuk untuk memohon kerja sebagai jurujual.
Ibunya menghampirinya sambil mengingatkan ”Berikan ruang dan waktu supaya orang boleh mengenali kita. Maka hendaklah sabar dan gigih”.
Kemudian anak beranak ini berangkat ke tempat temuduga.. Setibanya di sana, Si ibu membiarkan anaknya pergi sendirian. Si ibu menunggu dalam kereta sambil membaca akhbar.
Si Pesakit Cerebral Palsy melangkah masuk ke pejabat dan bertemu dengan pengurus.
Si Pengurus menerangkan bahawa jurujual perlu ”Membawa beg berat yang berisinya produk yang harus mereka jual, kadang-kadang bukan satu tapi dua. Perlu pula berjalan dari satu rumah ke rumah. Memandangkan keadaan awak, sudah tentu tidak mampu melakukannya. Dan aku rasa kamu mengerti apa yang saya katakan. Maafkan saya”. Kata Si Pengurus yang berkias menolak permohonan Bill Porter untuk menjadi jurujual Watkins.
Bill Porter keluar pejabat dengan wajah menunduk, perasan amat kecewa. Saat dia berdiri di depan pintu pejabat Watkins. Dia memandang dari kejauhan ibunya yang berdiri disebelah kereta buruknya sambil membaca akhbar. Pada wajah ibunya terpancar harapan agar anaknya mendapat pekerjaan. Bill Porter berhenti melangkahkan kakinya sejenak dan memikirkan sesuatu.
Lalu, dia berpusing semula masuk kembali ke dalam pejabat untuk berjumpa semula dengan Si pengurus.
Bill Porter berkata,
”Tuan Hernandez”.
”Berikan saya kawasan pasaran yang paling sukar ditembusi. Berikan saya kawasan yang tak ada jurujual mahu pergi. Apa ruginya bagi tuan? Jika saya boleh menjualnya, tuan akan menjadi hebat”.
Dia berkata sambil tangan kiri menyapu pipi kirinya dengan sapu tangan.
”Tuan Porter”. Kata Si Pengurus.
”Jujur sebenarnya, ini pekerjaan yang sangat memerlukan kekuatan fizikal. Dan awak cacat. Saya tidak boleh bayangkan bagaimana...”
Tuan Hernandez terdiam, lalu tiba-tiba berkata
”Apa?”
Karena seorang wanita, pegawai Watkins yang berdiri sebelah kanannya telah memijak kakinya sambil memberi isyarat supaya memberi peluang kepada Bill Portet.
Akhirnya Bill Porter diterima menjadi jurujual pada hari itu dan membawa sebuah bekas yang berisi produk Watkins.
Perjuangan Kedua Akan Bermula
Ibu Bill Porter mengantar anaknya ke kawasan yang telah ditentukan menggunakan kereta tuanya. Sampai di tujuan, Bill Porter diturunkan di kawasan perumahan.
Kata-kata Ibu Bill Porter,
“Jadi apa yang kamu tunggu? Mengharap pelanggan datang ke kereta inil? Terus mulakan jualan”.
Kemudian Bill menyusuri perumahan sambil mengendong bekas berisi produk Watkins di tangan kirinya. Dia berjalan tersengguk-sengguk.
Rumah Pertama
Saat dia hendak mengetuk pintu. Bukannya pemilik rumah yang keluar tetapi, seekor anjing besar yang berrantai di leher menyalak dan Bill berlari tersengguk-sengguk.
Selepas Pengalaman Pertama
Ramai dikalangan kita yang sudah putus asa. Tidak sabar dengan dugaan pertama. Tidak gigih untuk menghadapi dugaan kedua yang mungkin makin buruk.
Rumah Kedua
Tetapi pengalaman pertama ini tidak melunturkan semangatnya. Bill Porter menuju rumah kedua. Seorang lelaki berbadan besar berbaju baju tidur dan dalam keadaan mabuk membuka pintu. Pemuda itu meghempas pintu apabila Bill hendak memperkenalkan dirinya sambil menjawab,
“Macam peminta sedekah”
kepada perempuan yang berteriak dari dalam rumah
“Siapa itu?!”.
Rumah Ketiga
Dia meneruskan ke rumah selanjutnya. Di rumah ketiga, belum sempat bercakap, penghuni terus meninggalkannya. Sebab penghuni rumah sedang bertengkar dengan jirannya kerana pokok kesayangan jirannya telah merosakkan merusak atap rumah mereka.
Masih Sabar dan Gigih
Matahari semakin menunjukkan kepanasannya dengan berada tepat di atas ubun-ubun. Namun, Bill Porter belum berhasil menjual apa-apa. Kemudian dia memutuskan untuk berihat di taman perumahan. Dia duduk di kerusi panjang dan membuka bekal makan yang telah dipersiapkan oleh Watkins.
Nafasnya termengah-mengah akibat letih berjalan dari satu rumah ke rumah yang lain.
Ketika itu ia masih ingat, kata-kata ibunya ibunya “Pasti memerlukan waktu bagi orang-orang untuk mengenalimu. Tapi ingat: sabarlah dan gigih anakku.”
Rumah Keempat
Setelah makan, dia kembali bangkit dan berjalan terhuyung-huyung menghampiri rumah selanjutnya. Di sana ia disambut oleh perempuan langsing agak tinggi. Di mulutnya ada sebatang rokok. Wanita ini mengenakan baju berwarna pink. Ketika itu dia sedang berteriak kepada dua anaknya.
Sejenak kemudian, anjing peliharaan si perempuan keluar rumah. Lalu dia meninggalkan Bill begitu saja. Lebih parah lagi, dia meminta Bill untuk mengejar anjingnya yang telah lari.
Lelaki pengidap cerebral palsy ini pun berlalu pergi sambil tersenyum.
Rumah Kelima
Di rumah berikutnya ia diterima masuk dan menjelaskan produk yang dijualnya. Tuan rumah rumah menolak untuk membeli, tetapi mengatakan, “Saya menghargai usahamu,” sambil memberi sedikit duit.
Jiwa salesman sejati sangat terlihat di sini. Bill bukannya menerima. Malahan dia merasa kasihan kepada si tuan rumah yang sofanya kotor. Bill langsung berdiri dan berkata, “Saya tidak memerlukan belas kasihan, tetapi anda perlu pembersih untuk sofa anda yang kotor!”
Rumah Keenam
Setelah meninggalkan rumah Kelima itu mengetuk rumah seterusnya. Di rumah ini dia disambut hangat oleh seorang wanita cantik dan anggun. Dia mendengar dengan khusyuk penjelasan Bill Porter sambil melihat katalog yang ditunjukkan.
Kemudian sang wanita bangun dari sofa menuju ke belakang untuk menyiapkan minum kepada Bill. Sambil jalan dia kata, saya mahu dua dan satu yang besar besar. Bill terkejut, sampai terucap dari mulutnya ”Benarkah?”.
Hari itu, Bill berjaya menjual dan mendapatkan duit komisi sebanyak $4,25.
Berkat Sabar dan Gigih
Pada tahun 1989 Bill Porter meraih penghargaan dari Syarikat Watkins sebagai orang yang paling banyak jualan.
Ciganjur, Oktober 2012
sumber teks: spvagoongmanfaat.wordpress.com
No comments:
Post a Comment