-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20180402

Duhai Waris Kuseru Tiap Patah Namamu

Malam

Malam terusik
oleh buih kesiangan
dan gemalai
tapak tangan
bersilang urat
ada tafsiran
tiap satu ceritera
alur naungan

dan mencari
belum ketemui
rahsia tersurat
tersirat
dipagar tiap
pertanyaan

bersimpuhlah
terduduk lagi
rahsia-rahsia
yang dicerita
tiap celahan
dahan yang merimpun

duhai waris
kuseru tiap patah
namamu
agar aku
tidak longlai
bertongkat sendi
biarlah bersambung
kenal erti insani
dibalik rumpun
megah berdiri

terbanglah kersani
terus mencari
terus berdiri
menggengam kukuh
ukiran seni......

Kotasas 2 April 18
Penaluka Kersani is feeling motivated at Gelanggang Seni.

3 comments:

AM said...

Biduk diketuk bukan ditepuk
Tindak tak bertanduk boleh ke masuk
Bukan nak rasuk bukan kena sampuk
Tapi mabuk cuma tak teruk
Mata berhabuk tapi tak mengantuk
Duduk terperuk di hujung ceruk
Lama tak jenguk bukan tak kemaruk
Kadang sibuk kadang merajuk
Sikit-sikit je la kita tunjuk, masa dah suntuk, lain kali pula bila hati terpujuk.......


Aksara Misteri said...
This comment has been removed by the author.
Aksara Misteri said...

Padi bersekam rotan bergelung
Laga ayam bahasanya sabung
Dari semalam siang bersambung
Debar genggam bersilat gayung
Tari kelam gerak tergantung
Gelincir di jeram jatuh di gaung
Samar kalam mengarang lambung
Asam bergaram sukma dilindung
Jejak di dalam raga terpancung
Layar bersulam akal terapung
Perahu karam riuh sekampung
Lemas berendam puas meraung
Kelu tergamam dibaham jerung
Matilah silam anak jerangkung
Lenyap geram tiada lagi mendung
Musnah dendam si dada cembung
Rebah di kolam pengarang jantung
Mata terpejam takbir dilaung
Istana tersergam bawah lembayung
Tanah haram hijau menaung
Sejarah muram raja senandung
Cinta hitam dayang terpasung
Timbul tenggelam nama disanjung
Ratna semayam berbaju kurung
Wasiat terpadam si Tuan Tanjung
Berselang gurindam amanah dijunjung
Hakikat iman di puncak gunung
Seni salam membuka gedung
Pagar Alam di Pagar Ruyung
Paksi Alam Rahsia di Kantung
Panji Alam di negeri Teranung
Aksara Misteri si Intan Payung

* Dimulakan dari surah 1 mukadimah. Bermula Bismillah di surah Al Fatihah.

* Diceritakan dari surah 2 hingga surah 34. Dari surah Al Baqarah hingga Saba'.

* Dikhabarkan surah 35 hingga surah 40. Dari Fatir (Pencipta) kembali kepada Ghafir (Pengampun).

* Dijelaskan pula dari surah 41 hingga surah 50. Dari Fussilat (Dijelaskan) sampai ke puncak Qaf (Gunung).

* Diulangkan di surah 51 hingga 79. Dari Az Zariyat hingga An Naziat.

* Ditekan ulang dari surah 80 hingga surah 114. Dari Abasa hingga An Nas.

* Berteka, bertekak, bertelagah, bertengkar, bertegah, bertegar, bertendang, bertenang, bertelaah, bertemu, berteman, bertelanjang, berterus, berterang, berterima, berteduh, berterikat, berteras, bertempat, bertetap.

Sadaqallahaladzhim. InsyaAllah. Aamiin ya rabbal al aamiin.