-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20181018

Cerita-cerita dongeng oleh Pak Hussein Gagah dari Chenor.

Penulis adalah Saifullah KN yang lahir di Ipoh Perak. 1963 menjadi pemberita sambilan The Straits Times Ipoh. Banyak menyumbang rencana untuk Warta Negeri, Saturday Post, Utusan Sarawak, Penerbitan Kumulan Utusan Melayu, Berita Minggu dan The Sunday Star.

Telah menghasilkan tiga buan buku cerita-cerita rakyat Keris sakti bersama Rosley Johar. Seterusnya menghasilkan sendiri buku Peti Hikmat dan Isteri Raja Naga.

Pada tahun 1993 Saifullah KN telah menerbitkan buku Nelayan Bersisik Ikan yang diedarkan oleh Progressive Products Supply.

Dalam PROLOG buku Nelayan Bersisik Ikan ini, Saifullah KN menulis:

Cerita-cerita lisan sering diturunkan kepada keluarga empunya cerita. Apabila ahli-ahli keluarga itu pupus, cucu-cicit mereka pula melanjutkannya. Dalam proses ini, penyampaian cerita mungkin tidak dapat meluahkan cerita itu dengan sepenuh aksi dan tepat seperti cerita asalnya.

Saifullah KN juga menulis juga tentang tokoh pencerita beliau iaitu Encik Hussein bin Maarof atau dikenali sebagai Pak Hussein Gagah.

Pak Hussein Gagah adalah bekas Sarjan Askar Melayu Pertama. Buku Nelayan Bersisik Ikan ini telah diterbitkan pada tahun 1993 dan pada tahun tersebut Pak Hussein Gagah berumur 74 tahun.

Antara cerita dongeng yang diceritakan oleh Pak Hussein Gagah kepada Saifullah KN adalah:

Burung punai dengan pemburu,
Hantu sejarang gigi,
Musang menipu harimau,
Nelayan bersisik ikan,
Mawas menyelamatkan manusia,
Bertunang dngan arnab,
Musang dengan kolam ajaib,
Lembu ganjil,
Tikus membelasan harimau bintang dan
Sebab kambing gurun menjadi pupus.

Kebanyakan ceritanya berkisar di Bukit Bota Chenor, Tanjung Keledan, Kening, Sekara, Batu Boh, Paya Luas Seberang Chenor, Sungai Kening, Kampung Huma Luas.

Serta Pantai Pelindung, Deserah, Batu Hitam, Sungai Karang, Balok, Sungai Ular, Pantai Cherating, Jengka, Kota Gelanggi dan Paya Cicak.

No comments: