-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20240913

Pendekatan 120: Dapat dua nikmat iaitu zahir dan batin. Bermaksud dapat dua keperluan dunia dan akhirat.

Apabila Allah telah jadikan kamu 

dari lahirnya perlu menurut perintahNYA. 

Dalam hatimu menyerah bulat kepadaNYA 

maka Allah beri kepadamu 

sebesar-besar nikmat kurniaNYA. 


Sebesar-besar nikmat kurnia Allah

kepada kamu ialah jika Allah 

beri taufiq hidayat kepada kamu 

untuk lakukan segala perintahNYA. 


Kemudian ditambah dengan 

kekuatan kamu untuk berserah bertawakkal 

kepada Allah dalam batin kamu. 


Seseorang dengan dua nikmat 

lahir dan batin itu 

bermaksud telah capai 

keperluan dunia dan 

keperluan akhirat sekaligus. 


Manusia hanya diperintah 

supaya beribadat dengan tulus ikhlas 

menuju kepada Allah. 


Tentang segala kepentingan hajatnya 

sudah dicukupi oleh Allah. 

Maka jangan menurutkan 

hawa nafsu 

yang tidak pernah puas. 


7 comments:

Anonymous said...

salamun,
kias,
dalam rukun iman,dan dalam bacaan talkin di sebutkan sebagai; al quraan adalah imamku.

terang-terang disebutkan al quraan itu adalah imam dan sebagai ikutan panduan kepada manusia.

dah terang lagi bersuluh;macam dialog cerita nujum pak belalang tu.

kitab lain tu yang di tulis oleh para ulama tu,hanya sebagai huraian[penghurai menerangkan dan memberi kefahamannya aje]

yang masing-masing tinggalkan al quraan,dan bersandar kepada kitab karangan manusia tu buat apa?

rujuk le dan turut le al quraan,berpandu kepada hujah rasulullah saw,dan untuk memahamkannya,semak le pendapat para sahabat dan para ulama.

baru le betul,di sebut;betul meletak hukum,dua pahala,dan tersilap letak hukum satu pahala;dan kembalikan hukum itu kembali kepada al quraan serta allah.

pada fekah;hanya ada dua hukum; betul dan salah.
pada adat; selain dua hukum;betul dan salah,ada hukum budibicara.
pada adab; selain dari hukum-hukum yang tersebut,ada hukum kias khilaf berdasarkan ilmu[boleh digunakan atau tidak;dan kalau digunakan juga][budibicara kejadian yang disandarkan kepada sejarah silam].

selain darinya;tuanpuan buka lah minda[akal]tuanpuan,dan fikir le sejenak dua. jangan menjadi pakmak turut tanpa pengetahuan serta permahaman kepada ilmu[menurut membuta tuli]

disebabkan nila setitik,rosak susu sebelanga;masa tu jangan dok salahkan syaitan dan iblis,sebab bubur dah basi.[nasi dah jadi bubur ,boleh lagi dimakan,sebaliknya bubur dah basi,habis di lingkupkan oleh orang kelongkang dengan bubur dan belanganya sekali.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

lipatan pada serban dan juga pada tengkolok[tanjak];[mengenal keilmuan orang melayu]

pada lipatan kedua-duanya itu ada sersisip haknya siapa empunya lipatan.

dan padanya menunjukkan tingkatan ilmu yang ada pada sipemakai dan empunya diri.

sebagai contoh;

kalau sipemakai itu bertingkatan satu senawi,lipatannya tak sama dengan lipatan orang yang bertingkatan empat senawi.

dan lilitannya akan mengikut siapa orang atau guru pertama empunya lilitan serban.

tak perlu ditanya kepada pemakai dia murid kepada siapa,cara dan kaedah pemakaian serban cukup menjadi penunjuk sipemakai dari aliran mana dan siapa gurunya[[kepada siapa yang mengetahuinya lah],dan dia menduduki senawi berapa[ketinggian ilmunya]

maka;hati-hati lah dengan kaedah pemakaian orang zaman ini,yang meniru tanpa ilmu.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

keris;

keris itu bukan senjata,ianya adalah satu simbol sandaran kepada bahasa orang melayu yang ada maksudnya yang di kumpulkan dari dalam al quraan dan dijadikan satu sebutan melayu['keris'.

tidak digunakan untuk bertikam dan tidak juga untuk berperang.
menyalahgunakannya sebagai senjata perang dan senjata hukum,merosakkan simbolnya kepada melayu.

setiap keris ada menunjukkan darjat si pemilik dan jawatannya,dan asalnya,dan juga siapa pembuatnya[ditempa oleh situkang besi mana]

maka,mata keris tidak akan merubah asalnya,walaupun ulu dan sarungnya bertukar ganti.

contohnya;
keris pagar ruyung; mata kerisnya lurus,tiada berlok.
kalau sipemedang atau pemiliknya memiliki satu keris sahaja,ia bermaksud sekian,[tugasannya]
dan kalau pemiliknya memiliki tiga bilah keris lurus,ianya bermaksud sekian.[mempunyai beberapa tugasan yang wajib di pikul diselesaikan;fekah, adat, adab].

bangga tu bangga lah pada adat melayu[jangan berbangga yang bersalahan ilmu],sebaliknya jangan salah ilmu kepada perkaranya fekah,adat adab orang melayu.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

versi; keris dan tanjak;

keduanya ada ilmu didalamnya yang pada ilmu islam ada bermaksud dengannya.
maka ilmunya dikeluarkan dari al quraan dan dialih sebutan bahasanya kedalam bahasa melayu[dalam ejaan jawi][bukan dalam ejaan rumi].
bermaksud apa kepada ulu keris
bermaksud apa kepada mata keris
bermaksud apa kepada sarung keris

dan bermaksud apa sebenar kepada tanjak[tanjak mesti bersekali dengan pakaiannya beserta samping,baru lengkap.

tanyakan kepada pandai keris
tanyakan kepada pandai tanjak
dan tanyakan kepada ulama atau tuanguru yang mengetahui pada ilmunya.

jangan pakai tangkap muat tanpa ilmunya kedua perkara keris dan tanjak.

rosak keris dan tanjak,maka rosak lah melayu.

keris ada tiga bahagian

ulunya
matanya
sarungnya

salah satu atau dua darinya tiada,itu dinamakan cacat dan rosak.
wajib di perbetulkan.[dilengkapkan] baru boleh di sebut 'keris'

maka bergitu juga kepada tanjak;[tiga bahagian juga;
1.tanjak@tengkolok
2.persalinan atau pakaian atau busana
3.samping

hati-hati dalam berilmu,jangan disebut orang sebagai;yang mana hujung yang mana pangkal[macam dalam cerita nujum pakbelalang tu];
sebatang kayu,di raub elok-elok,yang mana hujung,yang mana pangkal.;
jawab le hai nujum pak belalang.[ahli nujum negara]

jangan jadi peribahasa mengatakan;yang di kejar tak dapat,yang di kendong keciciran. atau menang sorak,kampung tergadai.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

untuk makluman;

mereka telah menemukan kubur tok demu di kuala lipis[kawasan yong atau tanjung yong sebelah sana padang tengku.[dengan beberapa kubur keluarganya]

rujuk kepada keluarga di kuala lipis.

inshaallah.



Anonymous said...

salamun,
kias,

versi; tok demu berasal dari perak.
dan di beritakan oleh mereka tok demu adalah cucu kepada hang tuah.

rujuk keluarga di kuala lipis.

inshaallah.

Anonymous said...

salamun,
kias,

apa khabar mak ayah di kampung, sudah makan ke mereka, ingat lah kepada mereka bila menyuap makanan kedalam mulut,dan jengok lah mereka selagi ada hayat di badan.

maka;bergitu juga kepada mak ayah yang dah arwah,apa khabar mereka disana,sempit ke atau lapang ke. ingat lah akan mereka apabila solat.

siapa kita kalau tiada mereka[ mak ayah].

inshaallah.