KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20150722

seri menanti dan bukit payung

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara... kilaf@kias nya kepada... seri menanti dan bukit payung... negeri bukit payung itu adalah kerajaan yang ditubuhkan oleh seorang dari wali tujuh tanah melayu, sebelum dari seri menanti dan sebelum dari negeri sembilan[undang sembilan@panglima sembilan].negeri ini ujud@ditubuhkan sebelum kerajaan melaka.disitulah perang pertama negeri sembilan[semasa itu raja nya adalah tok gombak dan kerajaan ini adalah sebuah kerajaan islam] waris kanan kerajaan ini masih ada dan sekarang ini adalah sebagai pemegang amanah kerajaan@waris sahaja. kilaf@kias nya kepada... minangkabau@jambi@samudra pasai@pulau sumatra. pulau jawa@bali. filipina@makasa@boneo@brunai. termasuk negeri tua tanah melayu. seluruh kerajaan nusatara. pemegang amanah@waris kanan negeri ini masih ada. mereka ini diletak dibawah jagaan pemegang amanah kanan melaka@pagar ruyung.

on Bahtin Saridun
Anonymous
on 12/30/14

20150715

satu pasukan dari timur

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara... kilaf@kiasnya kepada... yang adat perlu disandarkan kepada urusan fekah... maksud terjemahan kepada satu hadis[akhir zaman];... satu pasukan dari timur yang akan menumbangkan dan meruntuhkan tembok disebelah barat.mereka ini akan mendapat harta rampasan perang yang banyak [itulah harta yang dibawa*yang dikata oleh sebahagian manusia,sebagai dicuri oleh penjajah dari nusatara] harta yang di bawa balik ke eropah itu bukan milik kita. harta itu adalah milik pasukan tentera akhir zaman[pasukan panji-panji hitam dari timur]. tak payah susah-susah hati dan buat pening kepala menuntut harta tu.itu harta kerajaan melaka dan tantera melaka akhir zaman yang akan mengambil samula harta tu. kalau nak juga, mohonlah pada allah dan rasullullah, untuk menjadi pasukan akhir zaman[kalau panjang umur].

on Bahtin Saridun
Anonymous on 12/30/14

20150708

kitab tok kenali yang diharamkan

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara... kilaf@kiasnya kepada... fitnah [angapan semata tanpa pengesahan]. kitab tok kenali yang diharamkan oleh meraka;...tiada siapa yang membincangkan perkara ini. adakah kitab ini dicetak salah, atau kitab ini diciplak oleh musuh islam. berapa ramai murid kepada tok kenali yang terlibat dan terfitnah akibat dari urusan yang dibuat tanpa ada perbahasan. apabila disabitkan kepada tok kenali,,,urusan ini akan melibatkan tok jangut,,,akan melibatkan syeh kadir jalaini. dan melibatkan keseluruhan waris-waris ahli bait dan ahli waris nusatara. baik-baik apabila perkara yang berat diumumkan kepada masyarakat. bala@dugaan yang berat akan sampai kepada tuan@puan. jikalau ianya menjadi satu fitnah fekah. mereka ini pemegang amanah fekah@adat@ilmu@sejarah@keturunan. kilaf@kiasnya kepada... "parameswara selepas memeluk islam menggunakan gelaran sultan muhammad shah"...[disebut dalam khubah jumaat]. paramiswara itu menggunakan gelaran on Bahtin Saridun

20150705

kami dari keturunan Pagar Ruyung.

alamualaikum.

Saya cumalah anak muda yang ingin tahu susur galur keturunan saya.

Nama saya Zolfadzli Syah Bin Zohaime Bin Muhamad Sori. Asal Masjid Tanah Melaka.

Ayah saya ada pernah cakap kami dari keturunan Pagar Ruyung.

Tapi saya tak bertanya apa-apa tentang susur galur ini.

Saya harap pihak tuan tuan dan puan puan boleh membantu saya kerana saya ingin tahu. Ni email saya: zolfadzlisyah@gmail.com

Terima Kasih. Harap membantu sangat
   
dari Anonymous
5/7/15

20150701

susur dari tanah jawa

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara... kilaf@kiasnya kepada... susur dari tanah jawa,atau cucu kepada patih gajah mada... ibunya ratu majapahit[anak patih gajah mada][berkhawin dengan anak patih udara][patih udara ini bukan orang tanah jawa tetapi bersaudara kepada patih gajah mada][mereka ini adalah berketurunan tiga beradik atau di gelar gunung daik bercabang tiga nusatara atau anak-anak kepada maharaja bukit seguntang]. radin mas merah [yang sulung berkhawin dengan raja abdullah pagar ruyung]. radin tengah[nama][berkhawin dengan sultan mansur shah melaka. radin bongsu[nama]menjadi ratu majapahit, menggantikan tempat ibunya.[keluarga ini berkhawin pula dengan keluarga wali sogo] yang asalnya mereka sememangnya sudah bersaudara. 
 
 
Anonymous
on 12/31/14
 

20150630

berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut

Tidakkah Allah yang menciptakan sekalian makhluk itu mengetahui (segala-galanya)? Sedang Ia Maha Halus urusan PentadbiranNya, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya!

Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat).

Dan sekiranya Ahli Kitab itu beriman dan bertaqwa tentulah Kami akan hapuskan dari mereka kejahatan-kejahatan mereka, dan tentulah Kami akan masukkan mereka ke dalam Syurga-syurga yang penuh nikmat.
Dan kalau mereka bersungguh-sungguh menegakkan (menjalankan perintah-perintah Allah dalam) Taurat dan Injil dan apa yang diturunkan kepada mereka dari Tuhan mereka (Al-Quran), nescaya mereka akan makan (yang mewah) dari atas mereka (langit) dan dari bawah kaki mereka (bumi). Di antara mereka ada sepuak yang adil, dan kebanyakan dari mereka, buruk keji amal perbuatannya.

"Sehingga aku berkata (kepada mereka): `Pohonkanlah ampun kepada Tuhan kamu, sesungguhnya adalah Ia Maha Pengampun.

"(Sekiranya kamu berbuat demikian), Ia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah, kepada kamu;
"Dan Ia akan memberi kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak-pinak; dan Ia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman, serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai (yang mengalir di dalamnya).

Bagi tiap-tiap seorang ada malaikat penjaganya silih berganti dari hadapannya dan dari belakangnya, yang mengawas dan menjaganya (dari sesuatu bahaya) dengan perintah Allah. Sesungguhnya Allah tidak mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki untuk menimpakan kepada sesuatu kaum bala bencana (disebabkan kesalahan mereka sendiri), maka tiada sesiapapun yang dapat menolak atau menahan apa yang ditetapkanNya itu, dan tidak ada sesiapapun yang dapat menolong dan melindungi mereka selain daripadaNya.

(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri. Dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui.

Oleh
 zulkefli ahmad razali

Imam Don

nur hasanah said...

    Assalamualaikum . sy cicit kpd Imam Don . atok sy Mat Tahir & Rokiah. seronok bila baca salasilah keturunan mahira ni :)

Farah Kamarudin said...

    nur hasanah : kita dari moyang yang sama. nenek awak wanteh kiah tu adik atok mamat saya. kita dua pupu lah kan :)

20150624

orang perba jelai yang pertama

salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara... kilaf@kiasnya kepada...
 orang perba jelai yang pertama atau tok rompin ini adalah orang yang sama dan di semantan dia memakai gelaran lain. dia adalah adik beradik kepada

raja melukut@tok bukit segumpal,tok gombak@raja bukit payung@raja tanah adik[diperak], tok sulong@raja kelantan@raja tanah abang[diperak],tok mekong@raja pattani@tok siam,tok johor@raja johor@tok hitam dan tok muda gunung semanggul@raja anak bukit[dikedah

.[wali tujuh tanah melayu]dan [gelaran]puteri tujuh itu adik perempuan dia termasuk ibunya[pemerintah dipulau sumatra]. ayah nya adalah maharaja rumbak[saudara kepada maharaja bukit seguntang]permeritah@pemegang amanah kepada istana pagar ruyung serta tanah tadbir dinusatara.

kesemua mereka mempunyai gelaran SYED di depan nama sebenar mereka[NAMA FEKAH].dan yang disebut di atas adalah nama adat sahaja. on Bahtin Saridun

Anonymous
on 12/31/14

20150531

Seperti orang yang pengsan semasa hampir mati

Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh, dan cabang pucuknya menjulang ke langit.

Dia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya. Dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran).
Dan bandingan Kalimah yang jahat dan buruk samalah seperti sebatang pohon yang tidak berguna yang mudah tercabut akar-akarnya dari muka bumi; tidak ada tapak baginya untuk tetap hidup.
Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri); dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendakiNya.

Kemudian, kalau mereka tidak dapat menerima cabaranmu (wahai Muhammad), maka ketahuilah, sesungguhnya mereka hanyalah menurut hawa nafsu mereka; dan tidak ada yang lebih sesat daripada orang yang menurut hawa nafsunya dengan tidak berdasarkan hidayah petunjuk dari Allah. Sesungguhnya Allah tidak memberi pimpinan kepada kaum yang zalim (yang berdegil dalam keingkarannya).
Sesungguhnya Allah mengetahui akan orang-orang (munafik) yang menghalangi di antara kamu, dan orang-orang yang berkata kepada saudara-saudaranya: "Marilah bersatu dengan kami", sedang mereka tidak turut berperang melainkan sebentar sahaja.

Mereka bersikap bakhil kedekut terhadap kamu (wahai orang-orang mukmin untuk memberikan sebarang pertolongan); dalam pada itu apabila datang (ancaman musuh yang menimbulkan) ketakutan, engkau melihat mereka memandang kepadamu (wahai Muhammad, meminta pertolonganmu) dengan keadaan mata mereka berputar seperti orang yang pengsan semasa hampir mati. Kemudian apabila hilang perasaan takut itu, mereka mencela kamu dengan lidah yang tajam, sambil mereka tamakan kebaikan (yang diberikan Allah kepada kamu). Mereka itu tidak beriman, lalu Allah gugurkan amal-amal mereka. Dan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah melaksanakannya.

Dan Kami turunkan dengan beransur-ansur dari Al-Quran Ayat-ayat Suci yang menjadi ubat penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman kepadanya; dan (sebaliknya) Al-Quran tidak menambahkan orang-orang yang zalim (disebabkan keingkaran mereka) melainkan kerugian jua.

Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang mengembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

Dan tuturkanlah perkataan kamu dengan perlahan atau dengan nyaring, (sama sahaja keadaannya kepada Allah), kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang terkandung di dalam dada.

Oleh
zulkefli ahmad razali

20150519

Pertandingan Kucing Sempena Karnival Kuantan Berekreasi 2015 di Cherating

Pertandingan kucing akan diadakan pada 23 Mei 2015 (Sabtu) di tapak Karnival Kuantan Berekreasi dan Mesra Komuniti bertempat di Pantai Cherating Kuantan Pahang Darul Makmur.
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 22 Mei 2015 dengan bayaran penyertaan sebanyak RM15.

Sila klik untuk mendapatkan Borang Penyertaan dan Syarat-syarat Pertandingan.