KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20180313

Mendengar Lunak Suaramu Keluh Resahmu

Selamat Hari Lahir Bondaku

Riak wajahmu
tetap manis
tersenyum
walau bertahun
berlindung
dalam liku-liku
membesarkan aku
dan anak-anakmu yang lain

syukur padaNya
memberi lagi aku kesempatan
membelai tiap jemarimu
mencium tanganmu
melihat seraut wajahmu
bisa berbual
mendengar lunak suaramu
mendengar keluh resahmu
mendengar cerita dahulu
seawal kehidupan keanakanmu
mendengar cerita suka duka
dibalik tirai kehidupanmu

Ya Allah
kau panjangkan umur Bondaku
agar dapat lagi aku
sentiasa ada
sentiasa ada
disisinya

aku tahu
sampai waktu
masa tidak pernah
lewat menjemputku
pintaku biarlah aku dapat
mencium membelai
setiap saat ada disisimu

Selamat Hari Lahir Bondaku
aku aksarakan puisi
diharijadimu
moga diberikan kesihatan yang baik
panjang umurmu
sihat selalu
termakmul doa dan impianmu

aku sayang kamu Bondaku
kaulah cinta pertamaku. ..

Al-fatihah buat ayahandaku...

Penaluka Kersani is feeling loved at KOTASAS.
March 13Kuantan

20180311

4 Dari Kelola ke Sungai Mat Dulang

4
Dari Kelola ke Sungai Mat Dulang,
Hilir singgah di Sungai Duri;
Bilakah Pahang diterokai orang,
Tuhan sahaja Yang Mengetahui.

Rujuk:
Yaakob Isa

20180304

3 Dari Benta ke Tanjung Besar

3
Dari Benta ke Tanjung Besar,
Singgah makan di pekan Budu;
Bukan sahaja negeri terbesar.
Bahkan terkenal dari zaman batu.

Rujuk:
Yaakob Isa

20180228

PANDUAN PEMERIKSAAN AWAL SISTEM PENCEGAH KEBAKARAN

Setiap bangunan dilengkapkan dengan sistem pencegah kebakaran. Tetapi bukan semua bangunan mempunyai kakitangan yang berkelayakan untuk tugas ini. Tugas memastikan sistem pencegah kebakaran berfungsi dengan baik adalah suatu tugas yang penting. Sistem pencegah kebakaran ini direka supaya boleh mencegah kebakaran serta menyelamatkan nyawa dan harta benda.

Sebagai langkah tambahan kepada pemeriksaan berjadual oleh konkrakttor berkelayakan, adalah penting juga pihak pengurus bangunan menjalankan pemeriksaan sendiri. Perlu ada kakitangan yang ditentukan supaya membuat pemeriksaan secara berjadual. Jika ada masalah maka perkara tersebut boleh dirujuk kepada pihak yang berkelayakan lebih awal.

Sumber rujukan:
fireaction.co.uk

Berikut adalah contoh skop pemeriksaan awal.

BORANG PEMERIKSAAN AWAL TINDAKAN MENCEGAH KEBAKARAN

A. PANEL PENCEGAH KEBAKARAN

1. Adakah Panal Pencegah Kebakaran ada anak kunci?
(Ada) (Tiada)
Catatan:

2. Adakah bateri Panal Pencegah Kebakaran masih berfungsi?
(Ya) (Tidak)
Catatan:

3. Adakah lampu Panal Pencegah Kebakaran menyala?
(Ya) (Tidak)
Catatan:

4. Adakah buzzer Panal Pencegah Kebakaran berbunyi?
(Ya) (Tidak)
Catatan:

B. ALAT PENCEGAH KEBAKARAN
(Adakah alat tersebut ada tanda-tanda rosak dan perlu diperiksa oleh kontraktor berkelayakan. Sila nyatakan jumlah alat dan kerosakan yang kelihatan.)

1. Alat pemadam api
Jumlah:
Kerosakan:

2. Alat pengesan asap
Jumlah:
Kerosakan:

3. Alat pengesan haba
Jumlah:
Kerosakan:

4. Alat pengesan asap
Jumlah:
Kerosakan:

5. Alat perenjis air
Jumlah:
Kerosakan:

6. Hoss Reel
Jumlah:
Kerosakan:

7. Breakglass
Jumlah:
Kerosakan:

8. Lampu kecemasan
Jumlah:
Kerosakan:

9. Tanda "KELUAR"
Jumlah:
Kerosakan:

C. PERSEKITARAN BANGUNAN
(Adakah terdapat halangan dan bahan mudah terbakar.)

1. Pintu
Jumlah pintu:
Laluan dihalang oleh:

2. Tangga
Jumlah pintu:
Laluan dihalang oleh:

3. Tingkap
Jumlah pintu:
Laluan dihalang oleh:

D. PEMERIKSAAN DAN LATIHAN

1. Bilakan kali terakhir pemeriksaan oleh pihak bomba?
(Ada) (Tiada)
Nyatakan tarikh:
Catatan:

2. Bilakah kali terakhir pemeriksaan oleh pihak kontraktor berkelayakan?
(Ada) (Tiada)
Nyatakan tarikh:
Catatan:

3. Bilakah kali terakhir pemeriksaan berjadual oleh petugas bangunan?
(Ada) (Tiada)
Nyatakan tarikh:
Catatan:

4. Bilakah kali terakhir latihan kebakaran dijalankan?
(Ada) (Tiada)
Nyatakan tarikh:
Catatan:

5. Dimanakah tempat berkumpul semasa kecemasan?
(Ada) (Tiada)
Catatan:

6. Dimanakah tempat pernah terbakar sebelum ini?
(Ada) (Tiada)
Catatan:

E. ULASAN KETUA

(Adakah memerlukan pemeriksaan oleh kontraktor berkelayakan dan Bomba. Apakah langkah awal yang telah dibuat.)

20180225

2 Dari Telang hilir ke Langgar

2
Dari Telang hilir ke Langgar,
Hilir membawa kayu gaharu;
Negeri Pahang negeri terbesar,
Di Semenanjung Tanah Melayu.

Rujuk:
Yaakob Isa

20180222

arwah tok saya bernama hitam.

assalam..
saya berasal dari terengganu.
mak saya dari marang.
ayah saya dari kemaman.
keturunan ini dari belah ayah saya.

arwah tok saya bernama hitam.
bercerita tentang keturunan nya.
arwah menangis sambil bercerita.
banyak yang tidak jelas.
saya ingin mencari saudara saudari saya.
menjadi tanda tanya
kerana keturunan terpisah.
saya percaya
siapa yang ada dalam keturunan ini
tahu pantang larang
dalam pemakanan keturunan ini.
jika betul ada keturunan itu disini
sila tampil.
mahu tahu lebih lanjut
tentang keturunan saya.

miz fafa said...
on 2/22/18
on Salasilah Keturunan Raja Alam Pagaruyung


1 Dari Pedah mudik ke Mela

1
Dari Pedah mudik ke Mela,
Mudik singgah di Pasir Tambang;
Dengan Bismillah pantun dimula,
Pantun mengisah riwayat Pahang.

Rujuk:
Yaakob Isa

Pantun Nama-nama Tempat Di Pahang oleh Zakaria Hitam

PANTUN NAMA TEMPAT DI PAHANG oleh PAK ZEK

Tokoh Budayawan Pahang, Allahyarham Dato’ Zakaria Hitam (Pak Zek) telah menghasilkan pelbagai karya sastera seperti cerita rakyat, syair, pantun, cerita pendek.

Blog Sejarah-pendidikan telah menerbitkan pantun Zakaria Hitam pada 11.2.2008. Pantun ini amat menarik kerana menggunakan nama-nama tempat yang terdapat di Pahang. Ada antara tempat tersebut sudah hilang dilanda zaman. terima kasih kepada Blog Sejarah-pendidikan.

Rujukan: Yaakub Isa

20180220

Senarai buku/risalah ajaran salah

Seksyen 30 Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991 dan setelah diluluskan dengan sebulat suara oleh Jawatankuasa Syariah menurut subseksyen 33(6) Enakmen Pentadbiran Hukum Syarak (Negeri Sembilan) 1991, maka Mufti Kerajaan Negeri Sembilan bagi pihak dan atas nama Jawatankuasa Syariah, dengan ini mengeluarkan Fatwa seperti yang dinyatakan dalam Jadual.

1. Mana-mana orang atau kumpulan orang yang berpegang kepada ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah berikut :

(a)Qamar Al-Huda
(b)Nukilan Ahli Sufi Allahu Akhbar Encik Bahrin bin Salleh
(c)Risalah kesufian - Anjuran Baharin Salleh
(d)Sebaik-baik makrifah yang dipertunjukkan bagi hati,

2. Mana-mana orang Islam adalah dilarang –

(1) untuk mengajar, mempelajari, mengamalkan, berpegang kepada atau menyebarkan ajaran-ajaran dan fahaman-fahaman yang terkandung dalam buku-buku dan risalah tersebut;

(2)  untuk mencetak, menerbitkan, memiliki, menyiarkan atau mengedarkan buku-buku dan risalah tersebut atau mana-mana bahagian buku-buku dan risalah tersebut dalam –

(i) apa-apa bentuk, versi atau variasi;

(ii) apa-apa terjemahannya dalam apa-apa bahasa;

(iii)   apa-apa bahan publisiti yang bertujuan memberikan publisiti kepada mana-mana buku dan risalah tersebut itu pada atau atas apa-apa bahan sama ada bahan cetak atau elektronik atau selainnya atau melalui apa-apa media; atau

 (3) untuk menjadi ahli, anggota, pengikut atau pemimpin mana-mana kumpulan yang tersebut dalam perenggan 1 atau membantu dalam menghidupkan atau memberi publisiti atau mengembangkan kumpulan sedemikian.

Bertarikh 17 April 1996
[PU/NS (JB) (Agama) 15/92 Jld.1];
[PANS.196(07)220/1 Klt.3.]
DATO’ HAJI MOHD MURTADZA BIN HAJI AHMAD
Mufti Kerajaan Negeri Sembilan

rujukan:
Jabatan Mufti Negeri Sembilan

20180219

Senarai Harga Buku-buku Lama

The Misticism of Hamzah Fansuri - RM1,500
Anugerah Pertama Ramlee Awang Murshid - RM250
Pei Pan Ramlee Awang Murshid - RM300
Debar Pertama Datuk A. Samad Said - RM200
Ranjau Sepanjang Jalan Shahnon Ahmad - RM300
Salina Datuk A. Samad Said -
Konserto Terakhir Datuk Abdullah Hussein\
Warkah Eropah Datuk A.Samad Said - RM100
Hang Tuah terbitan Balai Pustaka - RM250
Arus Balik Pramoedya Ananta terbitan Toer Wira - RM600
Falsafah Hidup Dr. Hamka-

Rujukan:
1. Utusan
2. Buku