-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20101125

Perpustakaan Ubiquitous Library (u-Library)

Kini proses memulangkan buku perpustakaan awam menjadi lebih mudah. Kotak bercermin yang ada dihadapan pintu Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang di Jalan Gambut Kuantan bukanlah mesin ATM untuk keluarkan duit. Mesin tersebut adalah mesin untuk memulangkan buku. Ahli perpustakaan masih boleh memulangkan buku walaupun perpustakaan telah ditutup.

Perkhidmatan ini dinamakan perkhidmatan u-Library.
Apa benda u-Library tu? Perkataan 'u-Library' merupakan singkatan kepada perkataan Ubiquitous Library atau Perpustakaan Ubiquitous. Ubiquitous membawa maksud, bila- bila masa di mana sahaja.

Projek perintis u-Library ni dijalankan oleh Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Malaysia (KPKK) melalui Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM) sudan tentu dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia bersama perpustakaan yang dipilih untuk menjadi anggota Konsortium u-Library.

Konsortium u-Library dianggotai oleh 7 buah perpustakaan terpilih di Malaysia iaitu:
1. Perpustakaan Negara Malaysia
2. Perpustakaan Awam Pahang
3. Perpustakaan Awam Selangor
4. Perpustakaan Awam Negeri Sembilan
5. Pustaka Negeri Sarawak
6. Perpustakaan Kuala Lumpur
7. Perpustakaan INTAN Kuala Lumpur

Sementara Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) pula bertindak sebagai agensi kerajaan yang memantau Projek Perintis u-Library menerusi Pasukan Petugas Pembangunan Kandungan Sektor Awam (ICON).

Turut sama terlibat dalam penyediaan perkhidmatan ini adalah Jabatan Pendaftaran Negara, Touch n Go, Bank Islam, MEPS dan Pos Malaysia. Masing-masing menjalankan tugas berdasarkan bidang masing-masing.

U-Library juga merupakan komponen di bawah Inisiatif Jalurlebar Kebangsaan yang bertujuan menggalakkan penggunaan jalurlebar di kalangan masyarakat melalui pembinaan kandungan tempatan dan pembudayaan ilmu pengetahuan yang boleh dinikmati di mana- mana dan bila- bila masa.

Inisiatif u-Library ini merupakan alat yang terbaik untuk masyarakat menikmati kemudahan lebih 12,000 perpustakaan di seluruh negara. Melalui penggabungan perkhidmatan dan sumber maklumat kerajaan menyediakan prasarana dalam Pelan Jalur Lebar Negara. Berdasarkan salah satu Strategi Pelaksanaan Jalur Lebar Negara (NBP), kerajaan memberikan tumpuan pada perpustakaan sebagai pusat maklumat dan ilmu. Adalah diharapkan dengan matlamat u-Library dapat merangsang minat membaca dengan memanfaatkan sumber maklumat tradisional.

Secara ringkasnya u-library terdiri dari 3 komponan iaitu:
1. Infrastruktur - Jalurlebar, RFID (Radio Frequency Identification), Stesen Kaunter, Sistem Tagging, Kiosk Pelbagai guna dan Gelongsor Buku.
2. Infostruktur - Portal dan Pangkalan Data
3. Perkhidmatan - Penghantaran (Pos Laju), Cashless Payment (MePS & Touch n Go)

Aliran proses permohonan keahlian sebelum menggunakan perkhdmatan u-Library:
1. Pendaftaran Keahlian adalah percuma untuk: -Ahli walk-in u-Member atau -Ahli Atas Talian Untuk membuat pendaftaran klik DISINI.
2. Pengesahan melalui akaun emel
3. Tempahan bahan perpustakaan secara online
4. Penghantaran bahan perpustakaan yang dipinjam melalui Pos Laju dengan caj yang dipersetujui
5. Pemulangan semula bahan ke perpustakaan melalui Pos Laju dengan caj yang dipersetujui

Untuk pergi ke portal U-Library klik DISINI. Anda boleh memilih Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris. Akhir sekali anda jangan lupa 7 perpustakaan sahaja yang menyediakan perkhidmatan ini pada masa sekarang.

No comments: