INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20120415

8 Sultan Ahmad (Budu) dengan Batin Budu

Cerita 8
Sultan Ahmad (Budu) dengan Batin Budu yang zalim dan naga.

Setelah melepaskan pentadbiran Pahang kepada anaknya, dia telah membawa diri ke hulu Pahang.

Ceritanya bergini lebih kurang:

Dibudu ada seorang raja@batin (asli atau deli) yang zalim pada masa itu. Bilang tahun dia akan merngobankan seorang anak dara sunti untuk diberikan kepada naga dihulu sungai budu,sebagai makanan sinaga agar tidak mengamuk.

Naga ini amat berbisa air liurnya (beracun), sehinggakan air sungai yang bercampur dengan air liurnya dihilir tidak boleh digunakan langsung dan boleh membawa maut jika diminum.

Berbalik kepada raja dan pengikutnya. Mereka berenti rehat dan orang suruhan tadi turun ke sungai untuk membasuh muka, tak kala disapukan air kemuka maka mengelupurlah sipengikut ditebing sungai. Apabila dilihat akan keadaan itu siraja dengan segera menawarkan (mengubati) sipengikutnya dan didapati air sungai itu beracun.(cerita dia menawarkan racun, itu satu cerita lain).

Disiasatkan @diceritakan oleh orang dikawasan itu akan peri hal yang tersebut(raja dan naga).

Maka dikumpulkanlah siraja berberapa anak muda bagi membunuh sinaga dan melawan siraja budu yang zalim itu.

Selepas sudah bersedia dengan persiapan dan pada hari menghantar korban,dengan menyamar, siraja telah menukar sidara sunti dengan budak yang diasuh dengan ilmu pendekar, semasa sinaga mengangakan mulutnya maka siraja dengan segera melancarkan budak asuhannya yang mengegam ditangannya belati yang tejam kedalam mulut sinaga. Lancaran siraja itu telah menembusi dan mengoyakkan badan sinaga yang menyebabkan sinaga itu mati. (cerita budak diasuh dengan ilmu itu, itu satu cerita lain).

Selepas matinya naga, siraja melancarkan serangan keatas batin yang zalim itu pula.

Istana batin budu ini letaknya diatas pokok yang besar dan tinggi (pokok terolang) dan dikawal oleh pahlawan-pahlawannya(bersumpit) yang ramai. Untuk naik keatas bukannya perkara mudah,inikan pula untuk menyerang, menawan dan mengalahkannya.

Sebelum serangan dibuat, siraja berpesan kepada anak buahnya, supaya jangan pandang atau berundur kebelakang walau apapun sekali yang terjadi. maka ramailah yang mati didalam serangan itu, apabila siraja dapati anak buahnya semakin sedikit maka dilancarkan (hantar) pasukan kedua iaitu kumpulan tebuan yang banyak bagi menyerang pengawal yang berada diatas pokok itu. Serangan kedua ini lah yang menyebabkan pengawal sibatin jatuh dari atas pokok dan mati dan dari itu kalahlah sibatin yang zalim itu. Batin budu itu melarikan diri lalu dikejar oleh siraja sehingga dapat dibunuhnya batin budu dan dikatakan batin budu yang zalim itu dibunuh di (sekarang ini dipanggil sri jaya) dekat kuala sentul dan kuburnya ada disana…waallahhualam.

**Maksud firman(az-zumar:3)

“KETAHUILAH BAHAWA AGAMA YANG MURNI ITU HANYA KEPUNYAIAN TUHAN. DAN ORANG-ORANG YANG MENGAMBIL PELINDUNG-PELINDUNG SELAIN ALLAH ITU, (DENGAN BERALASAN):KAMI TIDAK MENYEMBAHNYA MELAINKAN UNTUK MENDEKATKAN KAMI KEPADA TUHAN. SESUNGGUHNYA TUHAN MEMUTUSKAN PERKARA DI ANTARA MERAKA MENGENAI HAL-HAL YANG MEREKA PERSELISIHKAN. TUHAN TIDA MEMBARI PIMPINAN KEPADA PEMBOHONG YANG TIADA TAHU BERTERIMA KASIH.”

5 comments:

Mazru Majid said...

menarik cerite ni..1st time koi dengor..

Laman Pahang said...

Ini adalah usaha Neguai, mengumpul cerita-cerita lisan. Koi tukang terbit.

My Two Cents said...

Basin budu ni ke yg menyebabkn nama kg budu kuala lipis tu

My Two Cents said...

Basin budu ni ke yg menyebabkn nama kg budu kuala lipis tu

lamanpahang said...

Ada cerita mengatakan memang asalnya dari nama Batin Budu (Batin Badu).

Ada yang mahu berpegang pada asalnya dari "Iyyakana'budu".

Tetapi ramai yang bersetuju bahawa ianya tiada kaitan dengan makanan yang bernama BUDU.

Sama-sama kita mencari.