INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20120904

5 jenis ilmu

1. Ilmu yang boleh diajar
2. Ilmu yang boleh ditunjuk
3. Ilmu untuk keluarga sahaja
4. Ilmu untuk diri sendiri sahaja
5. Ilmu untuk disimpan sahaja.

Ilmu yang boleh diajar
Untuk memiliki ilmu ini kita perlu ada izin dari guru kita. Guru memutuskan kita telah sempurna ilmu dan boleh mengajar. Boleh ada anak murid. Tetapi mengajar bidang atau perkara yang dibenarkan oleh guru sahaja. Kalau guru kata 'yang ini awak boleh ajar orang', maka yang ini sahaja. Perkara lain jangan diajar tetapi boleh ditunjuk atau dicerita sahaja.

Ilmu yang boleh ditunjuk
Pemilik ilmu ini mungkin sama tarafnya dengan pemilik 'Ilmu yang boleh diajar'. Bezanya dia tidak mendapat izin dari gurunya untuk mengajar. Bermaksud tidak boleh ada anak murid. Tidak boleh menjadi guru. Tetapi boleh menceritakan atau menunjukkan ilmu tersebut kepada orang ramai dengan tujuan untuk berkongsi. Pendengar tidak boleh menggunakan atau mengamalkannya. Untuk mengamalkannya perlu mendapatkan dari sesiapa yang mendapat ijazah sebagai guru ilmu tersebut.

Ilmu untuk keluarga sahaja
Pemilik ilmu tidak boleh mengajar kepada orang ramai kerana tidak mendapat ijazah untuk mengajar dari gurunya. Tetapi sebagai pemimpin keluarga beliau perlu mem,bimbing keluarganya dengan ilmu yang ada.

Ilmu untuk diri sendiri sahaja
Pemilik ilmu ini tidak boleh mengajar atau tunjukkan atau ceritakan kepada orang lain selain dari orang yang bertaraf guru. Apa yang difahaminya mungkin tersilap dengar atau tersilap faham. Boleh menyebabkan orang lain sesat kerana dia sendiri sedang belajar.

Ilmu untuk disimpan sahaja.
Kadang-kadang kita rasakan ilmu yang kita ada adalah pelik, rumit atau istimewa. Kita perlu mendapatkan hidayah dari Allah SWT bagi memahami ilmu atau rahsia tersebut.

Hairan juga saya, kenapa ada ilmu yang boleh ditunjuk tetapi tidak boleh diamalkan. Kalau elok tentu boleh diamalkan. Jawapannya saya dapat dari Encik Fauzi Batu Papan. Kita boleh bagi tahu orang bahawa itu adalah wayer letrik. Kita boleh ceritakan mecam-macam perkara tentang pendawaian lertik. Kita tunjukkan tentang jenis-jenis arus letrik. Akhir sekali kita kena kata 'boleh tengok sahaja jangan usik'. Kalau silap usik nanti terkena karan, buruk padahnya.Orang yang mengajar dan menunjukkan perihal letrik tidak boleh dipersalahkan. Pasal dah diingatkan 'boleh tengok dan boleh belajar tetapi jangan pegang'.

No comments: