INFO YANG DITERBITKAN MUNGKIN SEADANYA PADA TARIKH DITULIS. TARIKH DITULIS TIDAK SAMA DENGAN TARIKH DITERBITKAN. PERTAMBAHAN ATAU PERUBAHAN TERHADAP INFO TERSEBUT DITULIS DAN DITERBITKAN PADA TARIKH-TARIKH YANG SETERUSNYA. Contoh: 'ORANGNYA' DITERBITKAN DAHULU TETAPI 'CERITANYA' DITERBITKAN KEMUDIAN. SILA BANTU MEMBANTU SESAMA SENDIRI dalam MENCARI keturunan, keilmuan dan ketuhanan.
SIAP 3/26/15 rUKUN iSLAM (Kulit)
SAMBUNG 3/26/15 tUJUH cONTOH fITNAH
[Belajar Al Quran]

20150822

DPMP: Wadah Perjuangan Penulis Pahang oleh Tn.Hj Syed Ahmad Syed Abdullah

DPMP: Wadah Perjuangan Penulis Pahang oleh Tn.Hj Syed Ahmad Syed Abdullah
Seminar: Persuratan Pahang Menjejak Warisan Pahang 27-28 OKT 2001

DPMP ditubuhkan pada 17 Mei 1957 di Sekolah Laki-laki Temerloh. Kira-kira seratus orang penulis, peminat, guru-guru, ustaz merupakan tenaga awal penubuhannya dan mereka inilah yang hadir pada hari yang bersejarah itu.

Antara objektif penubuhannya ialah menyatukan penulis-penulis, peminat sastera dan penggiat budaya ke dalam suatu organisasi yang berperlembagaan.

Sebelum itu Pahang telah mempunyai penulis yang menulis bersendirian seperti Dato' Shihabudin Zainal Abidin (ulama) yang banyak menghasilkan karya agama dalam genre syair.

Dalam kurun kelima belas hingga ketujuh belas tradisi menulis terus menerus disambung pula oleh Cikgu Ahmad Kotot, Hikayat Percintaan Kasih Kemudaan diterbitkan tahun 1928. Cikgu Ahmad adalah bekas penuntut Maktab Perguruan Melaka sebelum berpindah ke Tanjung Malim.

Selepas itu timbul pula penulis IBHY iaitu Ibrahim Haji Yaacob yang banyak menulis rencana-rencana tentang nasib dan perjuangan orang-orang Melayu. Beliau merupakan pelajar Sultan Idris Training College Tanjung Malim yang tamat pada tahun 1931.

Pak Sako Ishak Haji Muhammad, Keris Mas, Pak Zek, Ibrahim Omar semuanya telah menulis sebelum DPMP diwujudkan. Dato' Mohd. Khairuddin Kawi, Haji Alang Ahmad (wartawan) bergiat selepas penubuhannya.

Sejak penubuhannya DPMP mula bergerak melaksanakan cita-cita yang terkandung di dalam perlembagaannya.
Di antaranya ialah:
• Membina dan mengembangkan bahasa, kesusasteraan, dan kesenian Melayu ke arah mengukuhkan dasar kebudayaan nasional.
• Menyatukan penulis-penulis peminat ke arah meninggikan tarafbahasa dan kesusasteraan Melayu
• Memelihara kesenian Melayu terutama kesenian tradisi dan sastera rakyat.

Pada akhir tahun 50-an DPMP dipimpin oleh seorang tokoh tempatan yang sangat dihormati iaitu Cikgu Mohd Taib Akil dengan Setiausahanya oleh Saudara Jazam Lusah.

Pada tahun-tahun permulaan itu, DPMP berpusat di Temerloh. Antara tokoh yang menggerakkan DPMP ialah Saudara Jaafar Husain yang menghasilkan novel Kebenaran dan Arman Sani, yang sangat produktif dalam bidang penulisan novel dan cerpen.
Selepas Mohd. Taib Akil meninggal, DPMP dipimpin oleh Saudara Jaafar Husain dan Drs. Abdul Rahman Zainal Abidin serta kawan-kawan di Temerloh.

Pada zaman ini mereka telah berjaya menerbitkan Majalah Pedoman. Ini semua berlaku pada awal dan pertengahan tahun 60-an. Pada masa itu kegiatan banyak tertumpu kepada usaha meningkatkan kebolehan menulis.

Aktiviti ini diikuti dengan mengedakan kegiatan perbengkelan, khusus untuk membimbing bakat-bakat muda di kalangan ahli. Selain daripada itu kegiatan berbentuk ceramah sastera, kursus penulisan turut diadakan.

DPMP seringkali menjemput tokoh-tokoh dari Kuala Lumpur seperti Keris Mas, A. Samad Ismail, 1. U. Nasution, Hadzrami A.R., Usman Awang, Abu Hassan Sham, Kemala, dan Abdullah Hussein sebagai penceramah di dalam bengkel dan kursus anjurannya.

Kegiatan mermmpm para penulis muda ini terus menerus menjadi agenda kegiatan DPMP. Kegiatan ini dijalankan hampir semua daerah di Pahang, iaitu Temerloh, Raub, Jerantut, Kuantan dan Bentong.

Perlembagaan DPMP yang berorientasi kegiatan berpusat telah dipinda bagi membolehkan penubuhan cawangan di setiap daerah. Kaedah ini difikirkan boleh memperkasakan lagi DPMP. Pindaan perlembagaan ini dilaksanakan semasa DPMP dipimpin oleh YM Tengku Alauddin bin Tengku Abdul Majid.

Sehubungan dengan itu, pentadbiran DPMP dipindahkan dari Temerloh ke Kuantan dengan Setiausahanya Rahman Haji Yusof, seorang penulis yang mula menyerlahkan bakatnya dalarn genre cerpen dan novel.

[SENARAI NAMA PENULIS-PENULIS PAHANG TERKINI]

SUMBER:
http://pustaka2.upsi.edu.my/eprints/323/

RUJUKAN:
http://eresources.nlb.gov.sg/newspapers/Digitised/Article/beritaharian19680216-1.2.92.aspx

No comments: