KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20150822

Shihabuddin bin Zainal Abidin bin Sudi Bilang

TUK SHIHABUDDIN (1728-1806), ulama. 
Nama sebenarnya ialah Shihabuddin bin Zainal Abidin bin Tengku Muhammad (Sudi Bilang) bin Sultan Abu Bakar.

Beliau dilahirkan pada tahun 1728 di Temerloh, Pahang.

Tuk Shihabuddin berketurunan raja Pagarruyung, Minangkabau.

Datuknya, Tengku Muhammad atau lebih dikenal sebagai Sudi Bilang terpaksa berhijrah ke Pahang apabila berlaku huru-hara di Minangkabau.

Tengku Muhammad adalah seorang tokoh agama dan telah menjadi pendakwah di daerah Temerloh.Ramai penduduk tempatan telah memeluk agama Islam menerusi dakwahnya.

sumber: prpm.dbp.gov.my

5 comments:

Anonymous said...

inshaallah.kamidan mereka,

saudara kami telahpun berkilaf kepada mereka,sebaliknya mereka masih lagi memakai berita yg salah dan tidak disahkan.apa sebenarnya yg mereka cari dlm hidup mereka.

tok shahibudin bin zainal abidin. [betul
zainal abidin bin suji dibilang. [salah]
ibu tok shahibudin binti suji dibilang. [betul]

bab ini,al quraan telah berkilaf menegur nabi dalam bab anak angkat.
haram hukumnya,anak angkat di bin kan kpd ayah angkat.samalah dgn bab yang diatas,ini bab fekah.

Anonymous said...

inshaallah.kami dan mereka,

apa bila nasab keturunan disusun dengan salah atau sekadar bersangka-sangka,maka akibatnya mereka dan keturunannya yang percaya dan yakin dengan berit itu akan dikenakan kifarah fekah yg tidak dijangkakan dan tidak terkecuali waris mereka yg hafal al quraan ataupun ulama@uztat.

alangkah ruginya mereka dan waris keluarga keturunan itu.

the green heart said...

Assalamualaikum,
tuan Anonymous,
Saya salah seorang keturunan Tok Shihabudin dan saya juga diberi maklumat bahawa ayah Tok Shihabudin iaitu Dato Zainal Abidin adalah anak Suji Bilang, Jika maklumat ini salah, harap dapat maklumkan kami apakah nama ibu Tok Shihabudin agar diperbetulkan nasab dan susur galur.

Nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Suri rumah sepenuh masa. Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Marketing Coach. said...

Tuk Sudi Bilang nama gelaran moyang juga.

Nama pena, Puteri Nur Cahaya @ Cikgu iEta. Suri rumah sepenuh masa. Penulis Lifestyle Blogger berpengalaman Social Media Marketing Coach. said...

Banyak salah maklumat ni. Hati-hati menulis main tulis sahaja tok moyang kami!