KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20150821

Soalan oleh MASH: panglima hitam dua beradik hasan dan husin

Assalamualaikum...
saya ingin bertanya adakah keturunan
panglima hitam dua beradik
bernama hasan dan husin
yang kabarnya membuka perkampungan
di sekitar kampung padang, kuantan, pahang.

Hampir seluruh penduduk asal kampung padang
dikatakan keturunan hasan dan husin
iaitu keturunan panglima hitam dari brunei.

Bolehkah saya dapatkan penesahan ini.
Kalau benar saya ingin mencari susur galur waris di brunei.
Untuk makluman saya adalah cucu kepada
almarhum awang mohd yusof
keturunan hasan dan husin...

saya amat berbesar hati kira
ada yang dapat membantu...
terimakasih

on H05 PANGLIMA HITAM TIGA SERANGKAI
mash
on 4/18/15

2 comments:

Anonymous said...

salam. tuan puan,

panglima hitam ni gelaran nya aje.dan pada setiap zaman kesultanan, gelaran panglima hitam diberikan kepada sesiapa yang dilantik dan layak atas jawatan (?).

maka cari dulu gelaran panglima hitam atas jawatan apa dan pada zaman raja@sultan siapa dan pada negeri@negara mana.

sebabnya disebelah arab dan eropah nun pun ada gelaran panglima hitam.
pecaya atau tidak,tengok pada permainan catur,yang orang kita panggilnya sebagai kuda hitam.

Anonymous said...

Salam

Nama tu adalah merujuk kepada gelatan nama syeh husin al qubro.
Anaknya berkhawin dgn anak raja di brunai.
Pendapat klu nak dengar,tak perlu dicari susur dibrinai,org di brunai tidal Alan buka mulut.