-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20110302

Tibicos Mushroom

Memproses air 'Tibicos Mushroom' atau air dari kulat Tibicos adalah kerja sukarela yang dilakukan oleh Encik Baha. Setelah kurang aktif dalam Majlis Belia Pahang belliau aktif pula dalam menghasilkan air 'Tibicos Mushroom'.
10
Asalnya 'Tibicos Mushroom' ini diterima daripada Kol. (B) Zulkifli Abd Rahman yang bersara dari 7 RRD (Rejimen Renjer Diraja).
09
Kol. (B) Zulkifli Abd Rahman memberikan 'Tibicos Mushroom' sebanyak tiga sudu sahaja kepada Encik Baha. Ibu 'Tibicos Mushroom' tersebut kini telah berkembang kepada 3 balang. Makin lama 'Tibicos Mushroom' ini akan membiak makin banyak.
08
Air 'Tibicos Mushroom' sesuai untuk diminum oleh sesiapa sahaja. Sesuai juga diminum oleh anak dara dan mak dara untuk menguruskan badan. Rasa air 'Tibicos Mushroom' ada sedikit masam.
07
Sebelum diminum, air ini perlu ditapa selama 48 jam sebelum airnya boleh diminum. Kalau terlajak tapa sampai 72 jam air ini akan menjadi cuka.
06
Bila dan jadi air cuka tentulan tak sesuai untuk diminum. Tetapi air yang dan terlajak tapa sampai 72 jam ini boleh dibuat:
05
1. Air jeruk lada.
04
2. Air cuci muka untuk membersihkan kulit dan menghilangkan jerawat.
03
3. Air untuk cuci kudis.
02
4. Boleh juga digunakan untuk menyiran pokok. Pokok yang disiranm dengan air ini akan meluruh daun yang ada sebelum tumbuh pucuk baru.
01
Encik Baha teertarik dengan 'Tibicos Mushroom' apabila mendengar cerita seorang pesakit kanser di Kuala Teriang. Pesakit ini telah disahkan boleh hidup 2 tahun sahaja lagi oleh doktor di HTA.. Kuantan. Terasa marah dengan kenyataan doktor di HTAA Kuantan, pesakit ini terus mencari keadan lain untuk berubat. Akhirnya beliau bertemu dengan kulat 'Tibicos Mushroom'.

Beliau telah memproses air kulai ini setiap hari sehingga beliau kembali sihat. Setalah lama tidak menyambung rawatan, HTA.. Kuantan telah menghubungi beliau. Beliau tidak mahu menyambung rawatan. Pihak HTA.. Kuantan meminta beliau menghantar laporan perubatan terbaru ke HTA.. Kuantan. Beliau telah meminta sebuah klinik swasta di Bera menyediakan laporan perubatan yang diperlukan oleh Hospital Kuantan.

Pihak Hospital Kuantan terkejut dengan laporan yang diberikan oleh pesakit. Pihak Hospita juga telah menghubungi klinik swasta tersebut untuk mendapatkan kepastian. Pihak klinik swasta tidak tahu bahawa pesakit tersebut menidap penyaki kanser kronik.

Jika ada kesempatan saya dijanjikan oleh Encik Baha untuk dipertemukan dengan pesakit ini.

No comments: