Soalan
Saya berhasrat untuk memfailkan perceraian
fasakh di mahkamah kerana suami saya tidak bersetuju untuk menceraikan
saya. Adakah terdapat pilihan lain selain daripada perceraian Fasakh?
Jawapan
Barangkali itulah tuntutan yang paling melekat di minda wanita yang
mahu mendapat perceraian di mahkamah syariah. Mungkin mereka hanya tahu
fasakh sahaja. Sedangkan di mahkamah syariah, banyak lagi pilihan
perceraian yang jauh lebih efektif, efisien dan menjimatkan masa serta
kos guaman.
Perceraian sebagaimana yang dianjurkan oleh syarak, mestilah berlaku
dalam sebaik-baik keadaan dan tidak mendatangkan dharar kepada mana-mana
pihak.
Maka, perceraian di bawah Seksyen 47 Akta Undang-undang Keluarga Islam
(Wilayah-wilayah Persekutuan) adalah kaedah perceraian yang paling
efektif dan dapat memelihara aib kedua belah pihak (suami dan isteri).
Dari segi prosedur, permohonan perceraian di bawah seksyen ini tidak
melibatkan surat cara yang banyak mahupun saksi. Sebaik sahaja saman
berjaya disampaikan kepada suami dan suami bersetuju untuk bercerai,
maka mahkamah syariah akan mengarahkan suami melafazkan cerai di dalam
mahkamah setelah mendapati perkahwinan tersebut pecah-belah. Mudah,
cepat dan efisien jika kedua-dua pihak bersetuju bercerai secara baik.
SUMBER:
http://www.sinarharian.com.my/rencana/apa-pilihan-suami-enggan-cerai-1.284617
Mari kita fikir.
Kenapa Allah swt berikan hak dalam perkara ini kepada suami?
Apa amaran Allah swt, apabila ada isteri meminta perkara ini?
Allah swt berikan isteri, harta dan anak-anak untuk apa?
PENAFIAN: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ Ini koleksi Pengurusan Ilmu peribadi kami untuk pendidikan & pembelajaran, bukan perdebatan. Allah SWT beri ruang bertanya & berbincang. Perlu ada sabar & cerdik supaya tahu, kenal, faham, mengerti dan pasti dengan dalam iman. Inilah dakwah kecil (الدَّعْوَةُ الصَّغِيرَةُ) kami. Moga Allah SWT jauhkan kita dari keburukan, kerugian, kehinaan & kesombongan melalui apa yang dikongsi di sini. آَمِيْن.
KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah:
PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.
No comments:
Post a Comment