salamun,,,tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara...
kilaf@kiasnya kepada...
manusia dibekalkan dengan perkara yang membolehkan manusia mentadbir di dunia ini,,,
satunya adalah akal.
keduanya adalah nafsu.
ketiganya adalah iman.
keempatnya adalah anggan-anggan.
jalan mana yang hendak dibawa oleh manusia[fitnah atau kebenaran].
sandarkan semula perkara ini kepada fekah.
kilaf@kiasnya kepada...
kerajaan nabi adam tidak pernah ujud seperti yang diperkatakan oleh sebahagian manuasia[ahli waris].
tidak ada kerajaan nabi adam, jangan cari,kerana tuan@puan tak akan jumpa.
nabi adam hanya khalifah atau pemegang amanah kepada nabi muhammad rasullullah saw yang mentadbir bagi pihak kerajaan islam@rasullullah@allah swt.
[rujuk khubah akhir rasullullah diarafah pada haji akbar]
terlalu banyak fitnah dalam fekah yang dipegang kukuh oleh orang masa@zaman ini,termasuklah fitnah dalam ilmu dan fitnah dalam adat dan fitnah dalam sejarah.
pada setiap minggu[hari jumaat] orang membuat akuan untuk mentaati perintah kerajaan allah/rasullullah,sebaliknya apa yang terjadi selepas dari selesai sidang jumaat,mereka masih dalam beranggapan semata-mata dan anggan-anggan semula.
[perlu dibaca dalam jawi;
innaallahhawa malaikatahu....hingga habis]
ada kilaf@kias didalamnya.
Anonymous
12/22/14
20 comments:
astafirullah.dengan izin nya,allah,denganmenyebut nama nya.
mesti menunggu masa dan ketikanya.kerana sesungguhnya segala perkara bergantung kepada masa dan ketikanya,dan apabila tuhan menghendaki tak boleh tidak akan sampai dan terjadi..dari itu telah didalami sedalam-dalamnya akan kitab-kitab zabur,taurat,injil dan al quraan.
setelah menatap keempat-empat kitab tersebut dengan teliti disitu dapati nama dan sifat-sifat nabi muhammad saw,itu,lalu telah mempercayai dan setelah tahkik dengan yakin bahawasanya tiada tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan allah ta'ala yangmencipta sekalian alam dan bahawasanya tuhan seru sekalian alam tiada redha bagi hamba-hamba nya melainkan agama islam yang suci.
astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebutnama nya.
kerana sesungguhnyakuasa pengaruh wang dalam dunia ini sudah nyata dan jelas,sebagaimana kata seorang ahli syair;
wang ringgit sebagai perhiasan,akan menutup sifat kekurangan, ke mana pergi dapat sambu8tan,kerana wang diberi kehormatan.
saudara jangan terlalu fikir,manusia tidak menguasai tadbir,serahkan sahaja kepada takdir,bantuan ilahi sudah hampir.
wahai muslim kitabnya al quraan,dirimu dikawal dengan aman,jangan takutkan angkara syaitan,kami semuanya orang beriman.
astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.
wasiatnya kepada anaknya;
*jangan engkau bercampur gaul dengan orang-orang jahil dan fasik.
*jauhkan diri daripada apa sahaja yang membawa kepada mudarat.
*jangan sekali-kali berkawan dengan orang-orang jahat,kerana orang jahat itu sama seperti tukang besi,kalau tidak membakar engkau oleh recikan apinya,nescaya akan terasa bahang api itu atau asapnya.
buat baik sedaya upaya,buat jahat jangan sekali-kali.
peliharalah hukum-hukum allah dengan mengamalkannya,nescaya engkau dipelihara oleh nya dan jaga baik-baik harta-harta engkau,jangan diboros-boroskan,kerana jika diboroskan nescaya akan habis dan nanti akan menjadi sehina-hina makhluk allah.
dan ketahuilah bahawa nilai harga diri seseorang itu terletak pada apa-apa benda yang dimiliki olehnya.dan benar sekali kata seorang ahli syair yang berkata;
kerana harta banyaklah kawan,hingga musuh jadi taulan,harta habis jadi lawan,malah dipandang sebagai kuman.
bermesyuaratlah selalu dengan orang-orang tua yang berpengalaman dan dipercayai keiklasannya,dan janga gopoh-gapah bertindak dalam suatu perkara sebelum berfikir masak-masak,dan kasihanilah kepada siapa yang lebih kebawah dari engkau,tentu engkau akan dikasihi pula oleh orang yang lebih tinggi daripada engkau.dan jangan sekali-kali menzalimi seseorang pun daripada makhluk tuhan,nanti allah ta;ala akan menyuruh seseorang makhluk lain yang lebih kejam akan menzalimi engkau pula sebagai balasan didunia sebelum balasan diakhirat kelak,sebagaimana kata seorang ahli syair;
jangan sekali buat kezaliman,atas sebarang makhluk tuhan,tetap akan terima balasan,siapa terzalim dibela tuhan.
dan tiga perkara besar yang mesti dijauhkan diri daripadanya dan jangan disentuh;arak,zina dan judi.kerana ketiga-tiga perkara itu menjahanamkan harta,menghilangkan akal,dan merosakkan badan.berpegang teguhlah kepadanya dan semoga allah pelihara engkau.
astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.
maka dengan marahnya orangtua itu menempelaknya dan mencela perbuatannya,lalu berkata:"bahawa malapetaka yang telah menimpa engkau,semata-mata timbul dari engkau sendiri".
astafirullah.dengan izin nya,allah, dengan menyebut nama nya.
maka terdengar olehnya nasyid dua rangkap yang syairnya seperti berikut;
wahai tuan perwira budiman,jikalau ada belas kasihan,kepada hamba buatlah ehsan,tuhan kelak balas ganjaran.
kerana allah harap sudikan,kepondok ini hamba persilakan,sekiranya ada sebarang kesalahan,ampun maaf hamba harapkan.
hai orang tua,tak adakah sedikit aib malu mengendap dirumah orang? hendak cari apa?
bapa ini tak fikir ada melakukan sesuatu perkara yang mengaibkan.
apakah lagi keaiban yang lebih besar dari mengintip rumah orang lain,dan mengendap perempuan-perempuan yang bukan muhrim?
bapa ini terpaksa berbuat demikian dan harus puan uzurkan.
apakah keuzuranmu itu?
astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.
apabila didapati seorang lagi,berkongsi didalam satu peribadi,tiada gunanya meletak berahi,kepada orang yang demikian budi.
eloklah hidup seorang diri,tidak payah menyakitkan hati,mangkuk tembaga dapat dipatri,hati patah payah diubati.
astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.
wahai tuan-puan yang tunggal,sampai hati tuan saya ditinggal,dengan perasaan marah dan bebal,tiada tahu hujung dan pangkal.
apakah salahnya maka saya ditinggal,sungguh amat hairan dan sebal,kesetiaan kepada tuan selamanya kekal,biar pun kepala saya terpenggal.
sekiranya syaitan telah masuk mencelah,dengan tujuan hendak memecah belah,manusia seperti itu harus disulah,sebagai balasan angkara yang diolah.
orang jahat suka membuat fitnah,perhubungan kita hendak dimusnah,tolong bawa orang itu ketengah,suruh junjung al quraan dan sumpah.
serta berilah keterangan dan hujah,benar dan salah akan terdedah,disitu akan runtuh segala bidaah,dengan demikian lenyap perbuatan fitnah.
siapa tidak dihinggapi cinta,tidak merasai penyakit derita,cerdik pandai baik pendeta,kesemuanya menanggung dukacita.
cinta berahi bukan dicipta,jikalau boleh jangan dicita,hati rosak badan menderita,itulah akibatnya penyakit cinta.
astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.
berita ini saya lampirkan,kepada tuan puan yang dihormati,ampun maaf saya pohonkan,kerana allah tolong kasihankan.
kesalahan saya harap lupakan,sumpah tidak lagi ulangkan,kerana serek tuhan palukan,balasan seksa telah kenakan.
wahai tuan puan budiman,gedung bakti dan ehsan,sekiranya ada belas kasihan,selamatkan saya sebelum terkorban.
itu terserah kepada tuan,sesungguhpun nyawa ditangan tuhan,jika lambat dapat pertolongan,nescaya mati didalam percintaan.
sabare itu harus sianut,besi waja menjadi lembut,akantercapai barang yang dituntut,dengan sendirinya datang melutut.
saya ini orang setia,lagi lemah tidak berdaya,tetapi tuan seorang pandai,buat honar serta aniaya.
tuhan adil maha kaya,membela kebenaran hingga berjaya,dan melenyapkan kezaliman aniaya,sehingga tunduk tidak bermaya.
sudah cukup saya menderita,siang malam berduka cita,setelah mendengar berbagai berita,hancur lebur semangat cinta.
cinta berahi telah dicampakkan,dari hati sudah dikikiskan,kerana tidak harus disangkutkan,kedalam tanah saya kuburkan.
kepada tuan uang mulia,mudah-mudahan selamat bahagia,dipeliharakan tuhan daripada bahaya,dan segala bencana dunia.
sengguh saya masih setia,kepada tuan buntat bercahaya,laksana siput mengadung mutiara,tidak tercicir seumur dunia.
salah faham kita lupakan,dari hati harus singkirkan,dimasa depan jangan lakukan,aman damai mesti utamakan.
astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.
tabib itu tentulah seorang ahli sihir,syukurlah kepada allah kerana telah menyelamatkan tuan daripada angkara itu.oleh sebab itu lupakan perkara yang telah lalu.
astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.
bayang-bayang tuan di ruangan mataku,namamu sentiasa dimulutku,dan kasih cinta kepadamu,sudah tertanam dalam hatiku,kesemuanya terkumpul dalam jiwaku,kemana akan ghaib olehmu.
sesungguhnya cinta suatu penyakit,paluannya hebat dan sangat sengit,selagi berjauhan bertambah perit,fikiran lapang menjadi sempit,seorang diri menangis menjerit,sehingga pengsan tidak berbangkit,kecuali inayah bawa mengheret,barang diidam datang berderet.
wahai seri maharaja yang amat gagah perkasa,memerintah seluruh alam hutan rimba,dan segala binatang-binatang kecil dan besar berada dibawah kekuasaannya.saya ini seorang yang telah karam dalam lautan percintaan kepada seorang,telah di[isahkan antara kami oleh mereka.oleh sebab itu hilanglah akal fikiran saya hingga menempuh jalan yang tak pernah dijalani,yang penuh dengan bahaya. maka saya mohon serta harap belas tuan raja kepada saya.
ya tuan,sudah dua puluh tahun bapak bertapa dalam gua ini,tak pernah melihat manusia melintas dikawasan ini melainkan kira-kira sepuluh hari yang lalu terdengar suara orang ramai di antara suara perempuan yang menangis,jadi bapak pun keluar dari gua ini menjenguk,maka terpandang oleh bapak suatu rombongan besar berhenti ditepi pantai.kemudian pabak lihat mereka menaiki sebuah bahtera dan terus berlayar,tetapi sebahagian daripada mereka tinggal didarat menjaga kenderaan.dan beberapa hari kemuadia mereka itu balik itu pun sangat sedikit daripada yang pergi dan tidak kelihatan seorang perempuan pun yang ikut balik.setelah mereka mendarat,lalu mereka pecahkan bahtera itu dan benamkan kedalam laut,lepas itu rombongan tersebut bertolak pergi entah kemana,bapak pun tak tahu.
astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.
wahai tuan semoga dengan perantaraan rakit ini nanti kau akan tiba ke tempat itu,barang siapa tiada keberanian menempuh sengsara,nescaya tidak akan tercapai barang yang dimaksudkan.
maka ketahuilah dan sedarilah yang bahawa takdir tidak dapat dialahkan oleh tadbir.
astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.
tulisan ini akan kekal pada zaman-berzaman lamanya,dan penulisnya terkambus dibawah tanah,bangunan ini dengan segala isinya,menunjukkan betapa cekap tukang yang membuatnya,segala itu telah tinggal kesemuanya,dan tuan yang punya telah dibaham tanah.
umat-umat yang dahulu lebih perkasa,kepada umat yang kemudian meninggalkan jasa,kesudahannya mereka lenyap binasa,hanya membawa pahala ataupun dosa.
mana dia tahta kerajaan dan kuatkuasa kamu?,mana dia kebesaran dan kemuliaanmu?,dan mana dia anak isteri dan herta benda,yang kamu kasihi?,demi sesungguhnya,segala sesuatu di atas bumi ini,kesemuanya rosak binasa,hanya tuhan yang esa lagi perkasa,itulah yang kekal,tidak rosak binasa.
astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.
wahai siapa yang sampai ketempat ini,selain daripada melihat segala yang aneh didalam,tolong ambillah contoh teladan,iktibar dan pelajaran,daripada segi perubahan masa,dan kejadian-kejadian,supaya tidak akan terpedaya,oleh tipuan perhiasan,dunia yang sadur,hanyalah sebagai igau-igauan,dan pinjaman,dipermainkan oleh syaitan,untuk melalaikan manusia,sementara hidupnya,supaya lupa daripadanya,pada kebahagian yang tulen,maka inilah dia,sifat-sifat dunia yang fana itu,oleh itu,jangan engkau percaya padanya,demi sesungguhnya,kami telah memerintah,beberapa banyak negara besar,telah memiliki empat puluh buah gedung,penuh dengan emas perak,dan segala jenis permata manikam,telah menaruh seribu rupawan,sebagai gundik,dan telah diberikan umur seribu tahun,hidup dalam sihat dan waras,sehinggakan telah menyangka,bahawa kesentosaan itu,akan kekal selama-lamanya,tiba-tiba dengan mengejut,keluarga kami telah dilawati,oleh malaikatmaut,dan telah mencabut nyawa mereka,seorang demi seorang,tidak memilih besar kecil,tua auat pun muda,dan kanak-kanak,masa kami lihat,kejadian-kejadian yang mengerikan itu,segera kami panggil,ahli-ahli pelukis,pakar-pakar penulis,mengambar dan menuliskan,segala peristiwa itu,tercatat diatas pintu-pintu ini,agar menjadi,contoh teladan dan iktibar,bagi orang-orang yang kemudian, setalah itu kami pun serahkan diri,kepada kada tuhan,yang tiada boleh dielakkan lagi,dan jika engkau hendak mengetahui,nama aku ini siapa,maka sebenarnya aku inilah,karsb bin saddad bin ad,yang tertua sekali.
astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.
wahai barang siapa yang tiba di tempat ini,jika engkau tiada tahu,jalan yang menyampaikan kekota tembaga,maka hendaklah gosok,tapak tangan pahlawan ini,nanti dia akan berpusing ligat,kemudian dia berhenti,dan kearah mana tugu ini mengadap,itulah jalan kekota tembaga,dan ikutilah jalan itu,jangan menyimpang lagi,nanti sampai kekota itu.
astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.
hei anak adam,alangkah lalainya engkau,sehingga tak nampak,perkara-perkara yang sedang berlaku dihadapan engkau,setiap masa dan ketika,sesungguhnya engkau telah karam,di dalam kelazatan hidup,dengan tidak mengambil sedikit iktibar, seolah-olah engkau akan kekal hidup selamanya...,tidakkah engkau tahu,pada suatu ketika,akan merasai maut itu,dan tidak berapa lama lagi, engkau akan menengoknya?,buatlah persediaan,untuk diri engkau,sebelum dikambus ke dalam tanah,mana dia raja yang gagah perkasa,memerintah negara dan menindas hamba allah?,kada allah telah diturunkan ke atas mereka,hingga menceraiberaikan,dan memporakperandakan mereka, dengan segala sesuatu,yang dikasihi mereka,istana yang besar dan mahligai yang indah,telah mereka tinggalkan,dan ke dalam liang lahad,yang semuat-muat badan,telah diperosokkan.
astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.
wahai insan yang leka dalam mengejar dunia,itu kerugian belaka,apakah sudah puas hati,dan rela hidup demikian rupa?,sediakanlah bekalan,untuk alam yang baka',dan sediakan jawab,apabila engkau ditanya kelak,apakah yang engkau sudah buat,tatkala hidup dialam fana,ketika itu akan ternyata,siapa yang benar-benar bahagia,dan siapa yang celaka.
astafirullah.denganizin nya,allah,dengan menyebut nama nya.
pandang dan perhatilah wahai manusia,dan ingatlah baik-baik,bahawa segala harta benda yang kamu lihat ini,sudah ditinggalkan,oleh orang yang telah menghimpunkan,dan mengumpulkannya,kemuliaan,kebesaran,dan kesenangan,sudah lenyap belaka, dan sekarang sudah menjadi rangka,tiada bernyawa,dengan tiada sesuatu yang dibawa.oleh itu diperingatkan,sementara kamu hidup,jangan lupa,perbanyaklah amal yang salih,dan kebajikan,untuk menolong kamu didunia,dan kemudian hari kelak.
astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.
bismillahir rahmanir rahim,segala puji bagi allah,yang menjadikan manusia,dan sekalian makhluk nya,dia lah tuhan segala sesuatu,menyebabkan segala sebab,dan mentakdirkan kada dan kadar.hei anak adam,alangkah jahilnya engkau,dengan melanjutkan angan-angan,dan cita-cita keduniaan,tiada puas-puas sehingga tiba ajal engkau,yang tak dapat ditangguh-tangguh lagi.tidakkah engkau tahu,izrail hanya menunggu saat,untuk mencabut nyawamu?,maka bersedialah untuk itu,dan berbekallah dari dunia,yang sedikit masa lagi,engkau akan berpisah dengannya.
ingat,mana dia adam,bapa sekalian manusia,mana dia nuh dan anak cucunya,mana dia raja-raja yang besar, dan gagah perkasa itu,mana dia firaun dan namrud itu,kesemuanya telah hancur lebur,dan musnah sekali.adakah mereka telah mendahulukan bekalan,untuk hari kembalinya kelak?,dan adakah mereka sediakan jawapan,bila mereka ditanya tuhan,yang menjadikan sekalian hamba nya?,
wahai insan,jika engkau hendak tahu,beta inilah bernama tar miz,daripada anak raja-raja mamelok,telah memerintah negara dan rakyat,dengan adil seksama,dan telah memiliki harta benda,kekayaan yang tak dimiliki,oleh sebarang raj dimuka bumi,beta dan rakyat hidup bahagia,mewah dan makmur sekian lamanya.
lepas itu,negara beta jadi kemarau,selama tujuh tahun berturut-turut,setitik air hujan tidak turun,habis mati segala tanaman,rumput-rumput dan binatang ternak,manusia kebuluran.setelah kami tak dapat lagi,benda yang boleh dimakan,hatta rumput dan bangkai ternak pun tidak,maka segala harta benda,emas intan berlian bertimbun ini,tak guna lagi bagi kami,dan beta keluarkan perintah,tutupsemua pintu kota!,dan serahkan diri kepada allah,tunduk kepada kudrat tuhan,setelah habis usaha dan iktiar,sehingga tibalah ajal,dan matilah kami semua,sebagaimana yang engkau saksikan,dengan mata kepalamu sendiri,oleh siapa yang hidup.maka dengan ini,nyata dan jelas,harta dan kekayaan,kebesaran dan kemuliaan,tidak dapat menolak kada',apabila tibalah ajal.
barang siapa yang masuk keistana ini,boleh ambil apa sahaja,sebarapa yang boleh dibawa,cuma jangan sekali-kali disentuh,barang yang melekat pada badan beta,nanti akan binasa diri sendiri,inilah nasihat beta kepada engkau.
astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.
hendaklah beramal ditempatnya,dan apabila sudah mulai beramal tidak dibolehkan bercakap hatta sepatah pun,kerana jika bercakap nescaya rosaklah amalan itu, dan menjadi sia-sia belaka segala usaha dan penat lelah kita,bahkan mungkin akan membinasakan diri kita.
oleh sebab itu belajarlah baik-baik apa yang diajar,dan maka fahamilah baik-baik serta ingat jangan lupa akan ajaran-ajaran ini,dan laksanakan dia dengan sepenuhnya.cara-cara peraturan ini.
astafirullah.dengan izin nya,allah,dengan menyebut nama nya.
bukanlah kelakuan dari orang yang baik budi pekerti menzalimi manusia dan merampas hartanya.
harap ampun dan maaf dari ....,sesungguhnya tamak haloba itu telah mendorong berbuat demikian,dan jika tak ada dosa,nescaya tidak akan ada ampunan.dari itu mohonlah keampunan dari....,
mudah-mudahan allah mengampuni dosa kita sekalian.
Post a Comment