salamun...tuan@puan ahli bait@ahli waris nusatara,,,
kilaf@kiasnya kepada...
dalam
sebuah hutan, ada berdirinya sebatang pokok yang amat tinggi lagi
rendang yang hidupnya telah memakan masa ribu-ribu tahun.
disana tinggalnya sang tupai yang sudah beberapa jenerasi yang tidak pernah turun kelantai bumi.
masa telah berlalu bekalan air yang ada di sana telah kering akibat dari tangki airnya dah bocor dan berkarat.
sang tupai telah menulis sepucuk surat dan diturunkannya menggunakan bakul untuk memberi tahu yang tangki airnya perlu dibaiki.
sudah berminggu-minggu suratnya turun ke bawah tetapi tidak dibalas oleh haiwan di lantai bumi.
ditariknya tali untuk membawa bakul naik keatas, tiada jawapan. maka dia sendiri turun ke lantai bumi mencari sebab-musababnya.
sesampainya
dia dibawah,berjumpalah dia beberapa haiwan lalu ditanya akan mereka
itu, tetapi tidak seekor pun yang faham akan bahasa yang sang tupai
gunakan.
merayaulah dia di lantai bumi bagi mencari orang yang boleh memahami bahasa nya.
setelah berbulan-bulan merayau,terjumpalah akan dia dengan seekor haiwan yang tinggalnya di tepi kolam.
wahai haiwan,bolehkah tuan berbahasa seperti aku ini.
jawab
di haiwan, telah terlalu lama aku tidak mendengar akan bahasa seperti
percakapan engkau ini, engkau ni siapa dan aku tidak pernah melihat
engkau sebelum ini? datang dari mana? nak cari siapa dan nak ke mana
dan apa hajatnya?.bertubi-tubi soalan yang ditanya. pening kepala sang
tupai dengan soalan yang banyak tu.
sang tupai lalu bercerita akan hal dirinya. namanya. tinggal di mana.apa kerjanya dari a hingga ke z.
sambil menganguk akan kepalanya haiwan tadi berkata, aku tak tahu tu.
maka terduduklah sang tupai.
sambung
haiwan lagi, yang aku pernah dengar dari moyang aku dulu. memang ada
saudagar kain yang tinggal di pokok besar lagi tinggi tu tetapi kami
titidak diberitakan akan nama-nama mereka. jadinya engkaulah keluarga
dari saudara kami yang naik keatas pokok tu yang tidak pernah turun-turn
tu. macam mana rasanya keadaan tinggal di atas pokok tampa turun-turun
dan tidak mengenal kami di lantai pokok ni.
lalu jawab sang tupai.
mula-mula tu memanglah seronok tetapi apabila terlalu lama kami dah
terlupa akan saudara kami di lantai bumi dan sekarang ini kami lansung
tak seronok sebab bekalan air kami tiada. jadi kami mohon haiwan di
lantai bumi menghantar air dan membaiki tangki air yang bocor diatas
sana.
itulah ceritanya@peribahasanya (sepandai-pandai tupai
melompat akhirnya turun juga ke bumi) tupai tu bukannya jatuh. kalau dia
jatuh,dah lama tupai tak ujud atas muka bumi ni.
2 comments:
salamun,
neguai;
baca betul, niat tergelincir.
mualaf:
(sebagai renungan,kalau salah betulkan tanggapan yang salah itu)
kata fekah; orang berjinak-jinak sehinggalah dia mengucapkan dua kalimah syahadah, dan lepas dari dia mengucap,dia adalah islam dan bukan nya mualaf lagi dan bukannya saudara baru.
kata undang-undang keluarga islam negeri; orang yang memeluk islam dan mengucap dua kalimah syahadah yang bukan melayu dan diiktiraf sebagai mualaf selama lima sehingga tujuh tahun mengikut negeri.
kata orang ramai; mereka yang masuk melayu dan masuk islam dari kalangan cina,mereka digelar mualaf.darikalangan india mereka digelar india muslim,dari kalangan orang asli mereka digelar asli islam,dan dari bangsa orang putih pula mereka di gelar muslim.
apa ke bezanya orang melayu dengan orang bangsa dan keturunan lain,sehingga mereka diberikan gelaran berbeza-beza.
sedangkan dari kalangan mereka yang orang melayu panggil mualaf itu ada yang telah menjadi guru agama islam kepada orang melayu sendiri,sebaliknya mereka masih lagi dipanggil mualaf,india muslim,asli dan muslim. patut ke? tak patut?
inshaallah.
salamun,
neguai;
baca betul,niat tergelincir.
sebagai renungan,kalau salah betulkan tanggapan yang salah itu.
baitulmal;
kata fekah;ia adalah dana yang diwakafkan dan diinfakkan oleh masyarakat atau harta rampasan perang yang di perolehi (zaman rasulullah) dan termasuklah tanah wakaf.(itu semua harta baitulmal)
kesemua harta dan dana itu dikumpulkan pada satu tempat di masjid bagi setiap negeri atau kampung dan harta dan dana itu di agihkan kepada orang ahli asnaf yang wajib oleh wali negeri@wali kota@wali kampung,kerana mereka yang menjadi pemegang kunci atau amanah kepada gedung baitulmal kawasan mereka. dan sekarang gedung baitulmal itu digelarkan sebagai tabung masjid atau tabung surau atau tabung madrasah dan tak kiralah apapun sebutan yang mereka-mereka berikan sebagai gelarannya.
baitulmal itu ada senarai penerima asnafnya seperti juga zakat (asnaf zakat).
senarai bagi penerima@asnaf baitulmal adalah seperti berikut:
2/10 untuk orang tua.(sabil 1)
2/10 untuk anak yatim.(sabil 1)
2/10 untuk askar mempertahankan tanah air.(sabil 2)
2/10 untuk askar mempertahankan agama.(sabil 2)
1/5 untuk musafir yang mengajar agama.
1/5 untuk ahli bait.(waris keturunan keluarga rasulullah@nabi muhammad saw)
1/5 untuk para pertugas fekah.(wali kota atau negeri atau imam atau wali desa@kampung dan para orang menjalankan tugas fekah secara sembunyi atau tugas belakang tabir yang orang ramai tidak kenali atau wali allah@hamba allah)
dalam fekah tiada urusan bersangka-sangka. maka ada peraturannya,ada kaedahnya serta faedahnya,ada pemegang amanahnya dan ada ahlinya. dan ada sejarahnya sebagai buktinya.
(adakah pembahagiannya telah diselesaikan atau terabai?)
kata undang-undang keluarga islam negeri; ?
kata orang yang ramai; ?
inshaallah.
Post a Comment