Ini adalah buku Menelusuri Perjuangan Tiga Tokoh Pahlawan (RAWA) Pahang Tok Shahrom Tok Gajah dan Mat Kilau yang ditulis oleh Talib Samat dan Azhar Wahid.
Menelusuri Perjuangan Tiga Tokoh Pahlawan (RAWA) Pahang Tok Shahrom Tok Gajah dan Mat Kilau, menceritakan tentang susur galur hidup dan perjuangan tiga orang pahlawan Pahang berketurunan Rawa (Rao) untuk mempertahankan maruah, harga diri dan tanah air tercinta dalam perjalanan hidup masing-masing.
Tok Shahrom yang sebenarnya adalah Tengku Ali merupakan bapa kepada pahlawan Tok Gajah. Keduanya memiliki ilmu kepahlawanan masing-masing dan berhijrah dari Sumatera pada abad ke-19.
Manakala Tok Gajah adalah bapa kepada pahlawan Mat Kilau yang ikut terlibat dalam peperangan menentang penjajah Inggeris di Pahang bersama Dato’ Bahaman dan pahlawan Pahang yang lain.
Manakala Mat Kilau ialah anak pahlawan Tok Gajah ikut sama menentang penjajah Inggeris hingga namanya terus disebut sehingga sekarang. Mereka semua adalah pejuang kemerdekaan terawal Tanah Melayu.
Penerbitan buku Menelusuri Perjuangan Tiga Tokoh Pahlawan (RAWA) Pahang Tok Shahrom Tok Gajah dan Mat Kilau berupaya menambah pengkisahan dari buku-buku sejarah yang menceritakan sejarah perjuangan ketiga-tiga tokoh pahlawan besar Pahang ini. Buku ini perlu dihayati semula oleh generasi kini supaya menghargai jasa tiga tokoh silam ini.
Judul: Menelusuri Perjuangan Tiga Tokoh Pahlawan (RAWA) Pahang Tok Shahrom Tok Gajah dan Mat Kilau
Pengarang: Talib Samat, Ph.d dan Azhar Wahid, Ph.d
Penerbit: Penerbit Mentari
Tahun Terbit: 2013
Harga: RM 50.00
Muka surat: 364
RUJUKAN:
[buku-menelusuri-perjuangan-tiga-tokoh]
PENAFIAN: بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ Ini koleksi Pengurusan Ilmu peribadi kami untuk pendidikan & pembelajaran, bukan perdebatan. Allah SWT beri ruang bertanya & berbincang. Perlu ada sabar & cerdik supaya tahu, kenal, faham, mengerti dan pasti dengan dalam iman. Inilah dakwah kecil (الدَّعْوَةُ الصَّغِيرَةُ) kami. Moga Allah SWT jauhkan kita dari keburukan, kerugian, kehinaan & kesombongan melalui apa yang dikongsi di sini. آَمِيْن.
KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah:
PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

1 comment:
tok gajah bukan anak tok sharum atau tengku ali;
mat kilau bukan anak tok gajah;
perbetulkan salah faham dan salah maklumat.
jangan berhujan didalam ribut,kilat yang akan menyambar.
Post a Comment