KAEDAH KAJIAN DAN SANDARAN TERJEMAHAN AL-QURAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته Setiap hasil pemikiran, pemerhatian, tinjauan, kajian, atau analisis tertakluk kepada kebenaran dan logik pada waktu ia dirangka, dan bukan pada garis waktu penerbitan. Kaedah dan skop yang digunakan adalah: PERTAMA Epistemologi Islam Bersepadu dengan aplikasikan pendekatan rekonstruktif (Tajdid) dan analisis sosio-historis (Kontekstual) secara dekonstruktif-evaluatif (Kritikal) serta tematik-konseptual (Analitikal) bagi membezakan ayat yang jelas(Muhkam) dan yang samar (Mutashabihah). KEDUA Sandaran utama terjemahan adalah : Terjemahan Pimpinan Ar Rahman JAKIM Malaysia. Terjemahan Indonesia dan Brunei juga diberi perhatian. Serta Tafsir Tarjuman al-Mustafid (Abad ke-17): Karya Syeikh Abdurrauf al-Fansuri al-Singkili dari Aceh yang disunting (tashih) olah Syeikh Ahmad al-Fatani tahun 1884M dan dicetak di Istanbul, Turki. KETIGA. Menjaga hukum syarak yang terikat dengan Asbabun Nuzul, Hadis Sahih, Sunnah Rasulullah dan sahabat yang empat. Kami usahakan tadabbur untuk gali dimensi pemikiran falsafah ilmu dan mukjizat intelektual Al-Quran. KEEMPAT. Kaedah Mantuq (makna tersurat) dan Mafhum al-Mukhalafah (makna sebalik) digunakan dengan terikat kepada pematuhan syarat minimum serta maksimum. Had ini bagi mengawal proses ijtihad supaya tidak tersasar, tidak terlebih, dan tidak tersalah faham maksud sebenar firman Allah dan sabda Rasulullah.

20170620

Awang, Rakan Sehidup Semati Mat Kilau

Assalamualaikum.
Saya ingin bertanya berkenaan
rakan rapat mat kilau
yg bernama Awang.

Saya difahamkan,
Awang sangunp
sehidup semati
bersama mat kilau.

Awang dikurniakan
anak lelaki
bernama Abdullah Bin Awang
yang tinggal
di kg gerai jertih besut terengganu.

Oleh yg demikian,
adakah Awang yang dimaksudkan itu
adalah bapa kepada
Abdullah bin Awang.

Harap mendapat maklumat
berkenaan soalan saya ini.

Sekian,terima kasih.

on Nama yang ada kaitan dengan Mat Kilau
on 6/13/17
by Tak Ada Nama

2 comments:

Anonymous said...

salam tuan,

nak beri jawapan dengan tak nak beri jawapan sama banyak je.

yang pertamanya yang bertanya ni siapa nama.
yang keduanya,maklumat yang diberikan tergantung.
nak tolong carikan jawapannya pun jadi serbasalah.

kami bergerak cari jawapan,dan
kami tak boleh bantu kalau tuan sendiri tak bantu dan menyorok kan maklumat.

Anonymous said...

salam,tuan.


benarlah apa yang di perkatakan oleh tuan itu,yang abdullah bin awang itu anak kepada awang yang menjadi sahabat mat kilau.tapi apakah sabilnya awang sahabat mat kilau atau abdullah bin awang itu dengan tuan.cuitnya ke.

dan awang itu ada gelarannya,dan ada asal halamannya,dan ada susur nasab keturunannya keatas dipahang ini.

dan dia masih lagi ada pertalian saudara dengan mat kilau.

maka cerita dalaman awang sahabat mat kilau itu, maaf; tidak akan dibentangkan kepada umum.