Beliau adalah orang yang mulia..
Bahkan kemulian itu..
Warisan dari datuk neneknya..
Keturunan mulia..
Dari dahulu sampai sekarang..
Memang raja putera raja..
Keturunan yang mempunyai rantai kemuliaan..
Yang tiada pernah putusnya..
Keturunan Saiyidina Ali..
Saiyid anak saiyid..
Keturunan yang tak menzahirkan..
Kecuali hanya kemuliaan..
~Puisi Syeikh Ahmad Fathani
Puisi ini khas ditujukan kepada Sultan Terengganu,Umat Islam Melayu dan Cendekiawan-cendekiawan,ulama dan umara bersatu hati dan meneguhkan Islam.
Dinyatakan Salasilah yang diusahakan oleh Raja Haji Abdullah dan kawan-kawan,yg berasal dari Riau.Diriwayatkan nama asal sultan terengganu yang pertama ialah Raja Ali,Mangku Bumi di Kerajaan Inderagiri 1715-1735M bergelar Zainal Abidin.
Dinyatakan pada salasilah,bhw ayahnya ialah sultan inderagiri ke 5 yg bernama Sultan Jalaluddin Sulaiman Syah 1658-1669M.Sultan Jalaluddin Sulaiman Syah putera Sultan Jamaluddin Keramat Syah yg memerintah tahun 1599-1658M.
Sultan Jamaluddin Keramat Syah putera Sultan Ahmad digelar Sultan Muhammad Syah yg memerintah 1557-1599M
salam tuanpuan.
makanya telah dijelaskan secara khilah@kias akan keterangan susunan salasilahnya dalam sajak itu dan dalam karangan kitabnya itu.hurai dan rungkaplah khilaf@kias akan ulama terengganu itu.
12 comments:
Beliau adalah orang yang mulia..
Bahkan kemulian itu..
Warisan dari datuk neneknya..
Keturunan mulia..
Dari dahulu sampai sekarang..
Memang raja putera raja..
Keturunan yang mempunyai rantai kemuliaan..
Yang tiada pernah putusnya..
Keturunan Saiyidina Ali..
Saiyid anak saiyid..
Keturunan yang tak menzahirkan..
Kecuali hanya kemuliaan..
~Puisi Syeikh Ahmad Fathani
Puisi ini khas ditujukan kepada Sultan Terengganu,Umat Islam Melayu dan Cendekiawan-cendekiawan,ulama dan umara bersatu hati dan meneguhkan Islam.
Dinyatakan Salasilah yang diusahakan oleh Raja Haji Abdullah dan kawan-kawan,yg berasal dari Riau.Diriwayatkan nama asal sultan terengganu yang pertama ialah Raja Ali,Mangku Bumi di Kerajaan Inderagiri 1715-1735M bergelar Zainal Abidin.
Dinyatakan pada salasilah,bhw ayahnya ialah sultan inderagiri ke 5 yg bernama Sultan Jalaluddin Sulaiman Syah 1658-1669M.Sultan Jalaluddin Sulaiman Syah putera Sultan Jamaluddin Keramat Syah yg memerintah tahun 1599-1658M.
Sultan Jamaluddin Keramat Syah putera Sultan Ahmad digelar Sultan Muhammad Syah yg memerintah 1557-1599M
salam tuanpuan.
makanya telah dijelaskan secara khilah@kias akan keterangan susunan salasilahnya dalam sajak itu dan dalam karangan kitabnya itu.hurai dan rungkaplah khilaf@kias akan ulama terengganu itu.
salam,tuanpuan.
kias dan khilaf kepadanya;
dalam cerita melayu,filem p ramle,yang berjudul:pendekar bujang lapuk.
semasa bujang lapuk belajar disekolah dewasa pada hari pertama;
mereka ditanya;pernah belajar?; maka dijawab oleh mereka sudah; setakat alif ba ta sa[empat huruf jawi sahaja],dan lepas tu cikgu mati.
dan pada hari itu mereka diajarkan tiga huruf jawi pulak; jin ha dan ho.
maka apa yang hendak di kemukakan dari khilaf itu oleh p ramle,s kadarisman dan ulama singapura itu.[siapa namanya ulama itu?]
salam,tuanpuan.
khilaf dan kiasnya;
meraub raub wajah dengan tapak tangan.
tayyamum.
maka disandarkan kepada surah 112 dari dalam al quraan. akan berita kisahnya.
salam,tuanpuan.
ahli bait[perkataan@ayat dalam al quraan];; akan membawa maksud kepada; manusia yang berbait atau bait'ah kepada nabi muhammad saw semasa zaman nya nabi saw. dan mereka juga lah yang di gelarkan para sahabat.
maka bukan bermaksud kepada keturunan nabi.[cerahkan mata sikit lah]jangan buat keliru dan mengelirukan orang yang ramai sehingga akan membawa kepada menjadi fitnah yang besar.[dibaca dalam khubah jumaat pulak tu].
sebelum buat,bertelitilah dulu.
sendiri nasihat orang, sendiri tak pakai nasihat.apa ceritanya ni.
salam,tuanpuan.
baling batu sembunyi tangan atau ada udang sebalik batu.[itu dalam peri bahasa melayu] dan maka disandarkan kepada ayat surah dalam al quraan; kepada surah 109 dan surah 111.dibacakan bersekali.
maka akan dapatlah inti kisahnya mereka-mereka kumpulan manusia yang hanyut itu.apa yang di sembunyikan dari manusia yang lain.mereka bermain dengan tipu muslihat mereka sendiri dan mereka sendirilah yang menanggung akan akibatnya sendiri kecuali mereka kembali kejalan yang lurus taubat.
dan makanya mengapa manusia lain disekeliling mere itu boleh termakan dari tipu muslihat mereka.
tanya diri sendiri,bagaimana manusia sekeliling dapat ditipu oleh manusia yang bermuslihat itu.[sedangkan mereka menatap al quraan dan al sunnah].
siapa merebermuslihat itu,carilah dan kesanlah siapa mereka itu.[sudah terlalu lama mereka hanyut seperti sampah di lambung ombak di lautan,tidak akan berjumpa akan daratan selagi mereka tidak bertaubat dan kembali kepada fitrah yang sebenar atau jalan yang sebenar dari pertunjuk allah.
salam,tuanpuan.
untuk kali keduanya di perbentangkan.
dalam fekah atau islam;ilmu keturunan atau menyusun keturunan @ salasilah itu adalah satu cabang ilmu yang wajib di pelajari.[ia sama pentingnya dengan ilmu cabang yang lain].
maka dalam urusan pusaka, urusan mengenal diri,urusan wakaf,urusan nikah khawin dan beberapa urusan-urusan lain lagi memerlukan ilmu salasilah keturunan sebagai sebahagian dari jalan penyelesaian kepada masalah yang hendak dihuraikan.
siapa yang hendak mengenal diri dan mengenal allah,maka wajib mempelajari ilmu nasab keturunan,kerana darinya sejarah diri akan di bentangkan susurnya diri sehingga kepada hawa @ adam.
dan ilmu ini menunjukkan aliran akan kejadian dan kelahiran diri diatas muka bumi.
maka kesemuanya itu telahpun bertulis dalam al quraan,maka bertelitilah dengan cermat dan sabar akan isi al quraan.
salam,tuanpuan.
kias dan khilaf kepada siraturahim:
adakah tuanpuuan pernah melihat cerita melayu lakonanp ramlee;dengan tajuk tiga abdul?. kalau pernah,,maka lihat semula cerita itu dan perhatikan semula apa yang hendak di sampaikan oleh habib nuh,s kadarisman dan p ramlee,akan kiasnya dalam penceritaan mereka kepada orang yang ramai..
dan selepas dari ulang lihat akan cerita itu,maka rujuk kepada al quraan dan al sunnah.di mana duduknya berita akan kiasnya cerita mereka itu sebagai pembentangan ayatnya dalam al quraan.[mereka itu mengambil dan mengeluarkan sebahagian khilaf isinya al quraan lalu diperbentangkan kepada mereka yang ramai sebagai pembentang ilmu allah, melalui mereka kepada tuapuan sekalian yang ramai. bergitu juga kepada cerita mereka yang lainnya].
sebaliknya mereka yang ramai itu hanya gelak ketawa samata dengan cerita lakonan yang di perbentangkan, untuk sebagai sendagurauan semata, dan tidak mempelajari ilmu dan iktibarnya pembentangan.
salam,tuanpuan.
kias dan khilaf kepada aib:
ada kalangan mereka-mereka itu yang cuba meniru cara perbentangan habib nuh, s kadarisman dan p ramlee kepada orang yang ramai,sebaliknya mereka membentangkan perkara yang aib dan mengaibkan manusia dan masyarakat dalam pembentangan mereka.
tidakkah mereka itu membaca al quraan dan al sunaah dari rasulullah saw; jangan mengaibkan manusia walaupun sebagai satu cara penyampaian ilmu pengajaran kepada orang yang ramai untuk kebaikan[kaedah itu lebih banyak mendatangkan keburukan dan fitnah dari kebaikan kepada orang yang ramai],kerana kaedah itu akan menunjukkan, yang orang atau mereka-mereka yang penyampaikan atau orang yang membentangkannya itu tidak matang dan tidak berilmu dan kurang berakal dan ada kalamasanya akan digelar kurang ajar atau tidak beradab, dipandagan mata masyarakat atau orang yang ramai.[maka orang yang ramai akan berkata sesama mereka,apalah diaorang itu;nampak jer cerdik tapi bodo,buat apa lah ditunjukkan perkara yang memalukan sebergitu. dan kalau terjadi kepada batang hidung atau batang tengkok sendiri macammana?(diri mereka sendiri atau keluarga mereka).
maka mereka-mereka itu bukan setakat mengaibkan orang yang ramai dengan kaedah yang mendatangkan akan fitnah, dan sebaliknya mereka juga mengaibkan diri mereka sendiri dengan cara dan kaedah pembentangan mereka itu.
salam,tuanpuan.
kata orang tua: jangan ajar itik berenang.[peribahasa]
maka ada masanya itik pun perlu diajarkan berenang.itik zaman sekarang ini banyak yang tidak beribu sebab menetas dengan elektrik dan bukan di eramkan oleh ibunya sendiri.
dari sebab itu, mereka perlu diajarkan cara dan kaedah berenang yang betul semula kepada itik-itik itu,agar mereka tidak lemas apabila bertemu dengan air dan berenang,dan bukan mabuk air.
salam,tuanpuan.
kias@khilaf kepada berketurunan:
berketurunan ini amat perlu,kerana ia ibarat seperti juga bernegara.
apabila seseorang mengaku yang dia warga negara,maka dia perlu sah yang dia adalah diakui sebagai warga negara,dia kena ada maklumat sijil kelahiran,kat pengenalan diri,pasport atau visa perjalanan @ kebenaran dari negara.[itu tanda yang dia adalah warga negara]
dan apabila seseorang tidak bernegara,maka dia tiada tanah airnya sendiri dan tiada pengenalan,maka dia hanyut atau seperti orang hanyut di laut dan tiada negara yang akan memperakui akan dia sebagai warga negaranya.
maka kepada berketurunan juga sama kaedahnya.dimana pertaliannya dia kepada adam,yang dia mengaku dirinya dari keturunan adam,dan kalau dia tidak dapat mempertunjukkan sanadnya untuk sampai kepada adam itu.maka dia tidak mengenal dirinya dan tidak mengenal adam dan tidak mengenal muhammad saw dan tidak akan mengenal allah, seperti yang dikehendaki mengikut syariat dan fekah.
maka bagaimana dia beribadah dan menyempurnakan seluruh ibadat dirinya yang untuk dipersembahkan kehadapan hadrat allah. dan bagaimana dia menyempurnakan al quraan dan al sunnah,kalau dia tidak tahu dan menolak berketurunan,sedangkan berketurunan itu sebahagian dari nya dalam al quraan dan al sunnah.
Post a Comment