-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20171030

F

Enam

9 comments:

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

peribahasa menyebutkan; main kayu tiga.

maka dalam al quraan;rujuklah kepada ayat 14 dalam surah ke dua.

sebab itu lah maka diibaratkan kepada kerak nasi;[perempuan itu seperti kerak nasi]. jangan disebabkan diri itu laki-laki,makanya perempuan di pandang sebelah mata.

dan jangan disebabkan diri itu perempuan,makanya dipergunakan kelembutan sebagai perisai.

ego memasing apabila bertembong akan mengakibatkan harubiru dan untuk didamaikan tidak semudah bibir yang bercakap. dan tiada obatnya bagi nya melainkan dalam al quraan ada penerang sabagai penawar baginya. dengan izin allah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

wau bulan;[khilaf disebaliknya].[juga khilaf kepada wau burung].

wau itu direkakan oleh seorang ulama dahulukala,maka ulama itu membuat dua jenis wau[:1]wau bulan dan[ 2]wau burung.

wau bulan diletakkan di tanah melayu dan wau burung diletakkan di tanah sumatra.[apa sebab terjadi bergitu,tanyakanlah kepada ulama-ulama].

maka ada kias fekah dalam pembuatan wau-wau itu,yang minta oleh ulama lama itu mencari akan maknanya oleh manusia atau anak cucu cicit kepadanya.

maka asas kepada bentuk wau bulan dan wau burung itu tidak diubah atau tidak boleh diubah,dan jika diubah,maka khilaf nya akan rosak disebabkan dari pengubahannya. [kerana ianya seperti susunan dalam al quraan,dan memangpun diambik dari susunan al quraan pun].

maka bukannya dijadikan tradisi atau kraftangan warisan semata. kalau setakat berbangga saja,tak ada gunanya langsung kepada diri,buat kerja buang masa,buat untuk dapatkan untung dan kepuasan diri dunia semata.itu perabih beras namanya.[dalam bab urusan mengenal diri].



Anonymous said...

salam,tuanpuan.

keris;khilafnya makna dan sebutannya:[pembentangan kali ke dua].

kata fekah;membawa maksud...amanah.

kata orang yang ramai;maksudkan...senjata orang melayu.

kata undang keluarga;maksudkan...???.


maka apabila disebutkan sebagai keris pagar ruyung;ia membawa maksud:amanah pagar ruyung[dan pagar ruyung itu apa maksud kepada fekah?].

maka apabila disebutkan sebagai keris minangkabau,atau keris jawa,atau keris melayu,atau keris bugis;;makanya ia akan membawa maksud, amanah minangkabau,amanah jawa,amanah melayu,amanah bugis.[makanya apa yang dimaksudkan dengan sebutan minangkabau,jawa,melayu dan bugis dalam fekah?].

maka kenapa cepat sangat naik melatah apabila di usik, sebelum mendapat jawapannya yang sebenar.[kesemuanya ada sandaran dalam al quraan,termasuklah maksud kepada sebutan lanun,(dalam jawi lah dibaca dan ditulis,,bukan dalam rumi)].

maka huruf jawi ada berapa?..kerana huruf jawi dibawa turun bersama dengan nabi adam dari syurga ke lantai muka bumi ini.[kalau tidak manusia tak reti bercakap dan menulislah pulak,dan bukan di reka cipta oleh manusia yang terkemudian dari nabi adam],[dan barulah kemudiannya di rubah bentuknya mengikut tempat dan pengetahuan serta pemahaman manusia yang kemudian pulak].

maka tiada pengetahuan dan kefahaman yang boleh didapatkan dengan kadar segera seperti mee segera itu.[nak buat mee segera itu sendiripun ada peraturannya dan tertipnya[tak percaya, gi tanyakan pada orang yang membuat mee segera tu atau kilang yang membuatnya].




Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kias ibaratnya; seperti orang yang memakan buah mangga muda,sambil berkata:'macam makan buah jambu aje,sedangkan raub wajahnya berkerut,tanda masamnya buah itu.

maka,bergitulah dalam urusan fekah,mereka tahu yang mereka tidak puas dan tidak lengkap dengan apa yang ada pada diri mereka[merasa kosong],sebaliknya mereka membisukan diri,dengan tidak mengakui hal yang sebenarnya. kerana egonya,malunya kepada diri sendiri serta kepada orang yang ramai.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kias ibaratnya; seperti budak-budak yang takut-takut kepada ayah ibunya kerana balik lambat ke rumah, atau nakal dan buat kacau, atau ada kesalahan yang di adukan oleh orang kampung atau guru sekolah.

kalau balik,dah tentu akan dirotan sebagai hukuman pengajaran dari ayah ibunya, sedangkan rotan itu adalah satu kebaikan kepadanya,agar dia tidak lagi mengulagi salah laku yang telah dibuatnya dan menghilangkan rasa bersalahnya kepada dirinya sendiri dan rasa bersalah serta takutnya kepada ayah ibunya atau kepada orang lain atau guru.

maka dari sebab akur dengan hukuman itu,akan membawa kepada tenangnya hati atau leganya hati dirinya dan tidak lagi menjadi serbasalah atau was-was atau bercelaru hati dan otak kepalanya.

maka bergitu jugalah kepada urusan fekah; kita kena rela menerima atau kena paksa hati dan diri kita menerima hukuman yang dikenakan oleh allah dari sebab salahlaku yang diperbuatkan dalam sedar atau dalam tidak sedar[sengaja atau tidak sengaja sama sahaja].

maka macammana pulak, memohon ampun dari allah,sebaliknya dalam masa yang sama tidak rela di hukum oleh allah. sedangkan hukuman itu adalah satu bahagian dari kifarah membersihkan atau melupuskan salahlaku diri.

maka,dibacakan al sunnah@al hadis yang maksudnya [lebih kurang bergini]; dibalas setimpal mengikut perbuatan masing-masing[tingkatan perbuatan itu] sebesar zarah atau atom sekalipun,tetap akan di balas perbuatannya itu.

kalau kebaikan yang di perbuatnya,maka kebaikan atau rahmat atau pahala yang allah berikan sebagai ganjaran,dan sebaliknya kalau keburukan atau salah laku yang diperbuatnya, maka hukuman atau denda atau dosa yang allah berikan sebagai pengajaran,agar kembali kejalan allah.

sebaliknya jangan dibacakan kepada orang atau manusia yang enggan membuang ego dirinya mereka,kerana mereka berputus asa dari rahmat allah. maka manusia yang seperti itu, berputus asa dari rahmat allah, mereka jawablah sendiri persoalan mereka itu nanti apabila dihadapan allah.[itu pun kalau mereka boleh jawab][dan agak-agaknya lah,boleh jawabke?,soalan yang diajukan itu nanti tu?].

makanya;apabila imam membacakan talkin di kubur,memasing tak mendengar dan buat tak tahu je dan sampai ada lah yang bercakap,itu bidaah,rasul tak buat. dan sebaliknya,bergambar selfe[betul kesalah ejaan],hisab rokok,,makanminum, bercakap kosong serta kurang sopan,berpakai tak senonoh serta kurang ajar dalam kawasan kubur,nak disebutkan apa pulak?

maka;mengaku asal dari adam dan adam diperbuat dari tanah,makakan apabila sampai kekubur,takut nak melihat lubang kubur,jangan katakan nak turun dalam lubang atau lahat kubur,lagilah kecut perut. tak mengambik ibarat tauladan lansung untuk diri sendiri.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

maaf kata;

apa lah mereka-mereka itu,,masih lagi berebut dan bertelagah dengan harta dan kedudukan dunia,dan yang sepatutnya di rebutkan tidak dipandang, perkelahian yang mendatangkan fitnah yang di rundingkan sesama mereka.

harta dan kedudukan dunia yang mereka perebutkan itu bukanlah pusaka sebaliknya adalah amanah dari allah kepada manusia.maka amanah itu telah banyak yang rosak.tanggungjawab manusia zaman ini adalah memperbetulkan amanah yang rosak itu dan bukannya merosakkan lagi amanah itu.

tahukah mereka dari sebab perebutan mereka itu,maka hampir akan sampai bala akan melanda orang yang ramai termasuklah mereka-mereka itu sendiri.

maka; mereka-mereka itu boleh lari atau mengelak dari bala bencana yang mereka bina itu dari sebab mereka kaya berwang,sebaliknya orang yang ramai hendak lari kemana?,apabila musibah banjir sampai,yang akan merosakkan harta benda orang yang ramai...guna akailah sikit.


maka disebutkan oleh orang yang tua sebagai berikut: gajah sama gajah berjuang,maka pelanduk ditengah-tengah yang ditimpa bala.[dan iya ke mereka itu dari gajah yang berjuang?,atau bersangka-sangka semata?]

ilmu sampai cucuk atap,sebaliknya apabila di timpa hujan,habis jatuh ketanah belaka.tiada tinggi dan tiada rendah[dengan cucuk-cucuk atap bersekali hanyut],habis semuanya dihanyutkan air bawa kelaut.[yang tinggal hanya lumpur dan sampah aje nanti].


makakan perjanjian manusia dengan allah tidak dihiraukan walaupun dibacakan setiap waktu.[mereka itu betul-betul baca atau main-main membacanya akan al quraan dan al sunnah itu].

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kias@khilaf ahli bait(bab serta urusannya);[keluarga ali,keluarga aqil,keluarga jaafar,keluarga abbas].[sebutan dari al hadis rasulullah saw].
bacakan dan fahamkan dengan jelas dan betul akan maksud nya al hadis itu.[jangan di baca lurus bendul].

maka disandarkan kedalam al quraan;ayat 4,surah 16.

kalau tak faham jangan disebarkan ikut sedap gigi,makanya sebaran yang lurus bendul akan mengakibatkan fitan atau fitnah apabila orang yang ramai menggunapakai maksud yang tidak lengkap. itu bukan nya dapat memahamkan orang yang ramai[manusia] sebaliknya merosakkan orang yang ramai[manusia],.terutamanya ilmu allah.

maka dari sebab itu ilmu bayan dan ilmu mantik seerta ilmu tasawu amat penting untuk dipelajari oleh orang yang ramai terutama mereka-mereka itu yang bercakap-cakap itu kepada mereka yang ramai.

macammana; pada mulut mohon perlindungan allah dari syaitan yang direjam,sebaliknya ikut sedap gigi dan gusi je bila bercakap.





Anonymous said...

salam,tuanpuan.



dalam al quraan,pada surah 55, ayat ini diulang-ulang banyak kali;'maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan'?.

dan makanya;adakah mereka-mereka itu tahu atau sebaliknya tidak sedar atau berolok-olok,apabila mereka membaca al quraan dan al sunnah@al hadis.

sungguh-sungguh pelik dengan keadaan mereka-mereka itu, lain yang dibacakan dari dalam al quraan dan al hadis,dan lain pulak yang di huraikan pada mulut mereka.apakah yang mereka tergesa-gesakan dalam urusan mereka itu.

kebanyakan dari huraian mereka-mereka itu,hanyalah separuh jalan,dan yang separuh jalan lagi mana dia?

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

khilaf@kiasnya kepada harta dan kuasa;[renungan pembentangan]

sejarah yang di beritakan dalam al quraan dari zaman nabi musa,berkenaan firaun,hamman,qorun,dan bani israil dan bangsa kifti dan negara mesir.

makanya; keadaan itu hampir-hampir sebahagian perjalanan umat zaman ini telah menghampiri sejengkal demi sejengkal;akan kelakuannya,akan zalimnya,akan tamaknya,akan lekanya,akan egonya.

sebagaimana kelakuan dan perangai manusia zaman nabi musa itu,maka bergitulah keadaannya, apa yang sedang terjadi di hadapan mata kita tanpa disedari.[yang dibaca dan yang di buat bertentangan][tidak dibacakan kepada diri sendiri,dan hanya di bacakan kepada orang yang ramai yang lain semata].

dan hukum yang azali,hanya menunggu masa dan ketika sahaja, apabila cukup tempohnya.[seperti buah yang melekat pada dahan pokok;dari bunga,kepada putik buah,menjadi buah yang muda,menjadi buah matang,menjadi buah yang masak,dan buah yang masak itu akan gugur,sebaliknya buah yang layu akan gugur awal,dan buah yang di makan haiwan adakalanya digugurkan dan adakala lekat didahan menjadi kering serta hitam tak gugur-gugur,dan adakalanya dengan buah bersekali dengan pokoknya yang gugur di lanyak ribut dan taupan].

makanya,nak ikut kaedah yang mana dari peraturan hukum buah itu, sebagai contoh sandaran kepada manusia akhir zaman ini?