-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20171130

I

Sembilan

9 comments:

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kias kepadanya adalah: 'dalam cahaya ada kilat dalam kilat ada kilau'; untuk makluman tuanpuan yang bertanyakan siapa yang boleh buka maksud kepada ungkapan yang tersebut itu.

maka ungkapan kias tersebut tidak lengkap ayatnya,itu adalah baris pertamanya,dan mana ke ayat baris keduanya pulak?.[siapa yang suruk?,dan kenapa bagi separuh aje?].

kalau dihurai sebaris itu sahaja,maka maksud kepadanya tidak akan tepat dan jawapannya tergantung-gantung.

makanya, urusan kias khilaf kepadanya telah kami sambungkan dan lengkapkan sempurnakan seluruhnya kias pertama dengan kias keduanya,maka carilah jawapan serta huraiannya kepada kias ungkapan:

"DALAM CAHAYA ADA KILAT DALAM KILAT ADA KILAU",dalam al quraan kepada surah ke tiga.[dibaca dan di fikir huraikan pada keseluruhan 200 ayatnya itu].

kami tidak akan menjawabnya bagi pihak sesiapa pun[telah kami kata dahulu kias akan dijawab dengan kias juga dan sandaran kepadanya telah kami bentangkan kepada tuanpuan ,maka,tuanpuan sendirilah yang akan menjawab bagi diri tuanpuan sendiri,, selamat berjaya. inshaallah.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

sambungan:kepada;[kias, dalam cahaya ada kilat dalam kilat ada kilau].


maka surah ke tiga itu wajiblah dibacakan dan di fikir huraikan bersekali dengan ayat-ayat dari surah pertama dan ayat-ayat dari surah kedua dari dalam al quraan itu. dan haruslah di huraikan menggunakan al sunnah.[maka dimana hadis-hadis nya dari rasulullah saw yang menterjemahkan surah pertama,surah kedua dan surah ketiga itu].


apa yang terjadi sekarang ini,sunnah nabi hanya di gunapakai untuk urusan-urusan yang lebih kepada;apa yang dikatakan mencari pahala semata atau[ orang sekarang sebut sebagai saham akhirat semata][makanan sunnah,mereka lebih kepada meniru rasulullah saw,tiru tanpa dapat menghuraikan apa yang sebenarnya rasulullah telah sampaikan maklumat dan berita sebenarnya kepada maksudnya yang perlu manusia ketahui].

Anonymous said...

sambungan:kepada;[kias, dalam cahaya ada kilat dalam kilat ada kilau].


maka surah yang ke 31 dari dalam al quraan ini melengkapkan maksud kias khilaf kepada ungkapan ayat yang tersebut diatas itu yang dibaca dan difikir huraikan bersekali dengan ketiga-tiga surah itu.

maka sandaran kiasnya selesai.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

isim atau isin atau gila[disebut orang yang ramai];pada berkaitan salah penggunaan ayat @ ilmu al quraan.

maka itu lah yang disebutkan oleh fekah, sebagai orang yang di laknat oleh al quraan.[ maka, allah amat murka kepada manusia yang merosakkan ilmu nya].

mereka itu menyalah gunakan ayat al quraan bagi tujuan yang ego,tamak,bongkak,sombong,dengki[keseluruhan penyakit dalam hati@dada] atau untuk di guna duga[dijadikan sihir] sebagai satu permainan,kepada orang atau sesama mereka.

makanya penyakit ini boleh mendatangkan petaka kepada orang lain dan masyarakat,dan mereka yang dikenakan penyakit ini selalunya tidak sedar yang mereka mengalaminya akan penyakit isim[tidak akanmengaku yang mereka telah kena penyakit ini].[mereka dikuasai oleh kejahatan dan kejahilan yang melampau dari sebab penyalahgunaan ayat dan ilmu dari al quraan itu].

makanya,,jangan di niatkan kepada sesuatu urusan yang buruk atau jahil atau keduniaan melampau kepada ayat dan ilmu al quraan semasa atau pun juga menggunakan ayat-ayat dan ilmu-ilmu dalam al quraan.

makanya,mereka yang yang menyalahgunakannya al quraan[ dengan sengaja atau dengan tidak sengaja,sama-saja],mereka itulah manusia yang celaka di sisi fekah.

makanya, sesiapa dari mereka yang mendapat penyakit isim itu,yang memperbetulkan dan bertaubat kembali kepada allah[jalan yang lurus],keampunan serta ehsan allah itu luas teramat luas.

maka,jangan duduk dibelenggu atau dalam belenggu di laknat oleh al quraan dan makhluk hamba allah yang lain. manusia yang tidak mahu mencapai kebaikan dan tetap membelenggukan diri mereka dalam keburukan,adalah manusia yang telah putus asa. dan kalah dengan dugaan syaitan atau iblis diri mereka sendiri.

maka,jadilah mereka manusia yang ingkar kepada allah dan rasulullah saw.

nak fikir, boleh dan kalau tak nak fikir pun boleh,tepuk dada tanya selera.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar].

gigi dan gusi serta bibir dan lidah,amat lembut,dan hanya gigi aje yang keras sikit,itu pun untuk digunakan bagi mengunyah makanan dan benda yang lembut,kalau benda dan makanan keras,tak menjadi juga gigi itu.

apa ke sabitnya gigi,gusi,bibir dan lidah pada kias diatas;tak ada apa. sebaliknya,kalau melampau sangat,..................................

maka budi bicara dan budi pekerti,amat bermakna dalam diri dan dalam pergaulan,dengan sahabat atau pun dengan seteru.

maka orang tidak akan hormat,jika bunyi yang keluar itu mendesingkan telinga.makanya,jaga lah tingkah laku pada adab sopan mengeluarkan ayat dan perkataan.

suara yang masam dan membebankan tidak akan menembusi langit dan bumi. sebaliknya membakar diri sendiri dan orang yang disekeliling.maka pataka apa yang mereka cari-carikan untuk diri mereka dan orang yang ramai sekeliling mereka itu.

jangan sampai nasi yang menjadi bubur,bertukar basi.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.


kias dan khilaf fitnah kepadanya isim atau isin;[akan kejadian nya, telah dihurai diselesaikan].[tidak akan dibentangkan,maaf]

maka kami simpankan akan sejarah-sejarahnya, sekemas-kemasnya, dalam lipatan yang diikat dimeteri baik dengan izin kebenaran allah. inshaallah.

Anonymous said...

PENGISLAMAN RAJA MELAKA DARI CATATAN SULALATUS SALATIN..

setelah beberapa lama baginda di atas kerajaan,maka baginda bermimpi pd suatu malam,berpandangan dgn keelokkan ke hadrat nabi mustaffa Rasulullah SAW.maka sabda Rasulullah pd Raja Kecil Besar,"ucap olehmu:Asyhadu alla ilaha i'l Allah wa asyhadu anna Muhammad-ar-rasulullah".maka oleh Raja Kecil Besar seperti sabda Rasulullah SAW itu diturutnya."adapun namamu Sultan Muhammad Syah.esok hari apabila asar matahari,datanglah sebuah kapal dari Jeddah,turun orgnya sembahyang di pantai Melaka ini,hendaklah engkau ikut barang katanya.maka sembah Raja Kecil Besar,"baiklah Tuanku,yg mana sabda junjungan itu tiada hamba lalui.maka nabi saw pun ghaiblah.

Setelah hari siang,Raja Kecil Besar pun terkejut dari beradu,maka dicium baginda tubuhnya bau narawastu,dan dilihat baginda kalamnya pun seperti sudah dikhatankan.
Pd hati Raja Kecil Besar",bahawa mimpi aku ini.Asyhadu alla ilaha i'l Allah wa asyhadu anna Muhammad-ar-rasulullah".maka segala org pun dtglah ke dlm istana baginda;sekaliannya pun hairan mendengar yg disebut raja itu.maka kata raja perempuan"entah kena syaitankah raja ini,gilakah raja ini gerangan?baik segera memberitahu bendahara."

Maka dayang2 pun pergi memberitahu Bendahara.maka bendahara pun segera dtg,lalu masuk ke dlm istana.maka dilihat bendahara, raja tiada henti2 dpd menyebut 'la ilaha i'l Allah.Muhammad-ar-rasulullah.maka kata bendahara"bahasa mana yg disebut Raja ini?titah raja"semalam beta mimpi berpandangan dgn keelokan hadrat junjungan,Rasulullah SAW.maka segala mimpi baginda itu semuanya dikatakannya pd bendahara.maka kata bendahara,"jikalau benar mimpi raja itu apa alamatnya,?maka titah raja kecil besar"alamatnya kalam beta seperti dikhatankan org,itulah tanda sah hamba bertemu Rasulullah SAW.

Dan sabda Rasulullah pd hamba,asar sekarang dtg sebuah kapal dari Jeddah,turun orgnya di pantai Melaka itu sembahyang,hendaklah turut olehmu barang katanya.maka kata bendahara jikalau sungguh dtg kapal asar ini,benarlah mimpi raja itu.

Setelah hari pun asarlah,maka dtglah sebuah kapal dari Jeddah,serta ia dtg berlabuhlah,maka turulah makhdum dari dlm kapal itu,Syed Abdul Aziz namanya,lalu ia sembahyang di pantai Melaka itu.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

cerita ini adalah berita kias oleh penulisnya, dia minta orang selepasnya,membuka dan memahami isi ceritanya itu.

ini lah yang dinamakan khilaf bercerita,dan bukannya berangan menceritakan.

khilaf bercerita,adalah berita sebenar yang dikiaskan dalam bentuk cerita yang senang didengarkan oleh orang yang ramai,[maka orang ramai tidak akan lupa].

dan berangan menceritakan,adalah kisah yang melalaikan orang yang ramai dengan hayalan dan angan-angan manusia semata.[banyak keburukan dari yang baik].

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

untuk makluman;[sultan muhammad shah]

dia adalah raja atau sultan ketiga melaka.

hanya tujuh raja atau sultan yang mentadbir melaka berturutan.[ini pemegang amanah melaka],dan senarai ini adalah gelaran mereka semata sahaja,nama sebenar mereka lain.
selepas dari mereka,dilantik pula wakil pemegang amanah melaka.[anak cucu-cicit kepada yang tujuh orang itulah juga].

6 pemegang amanah + 1 wakil pemegang amanah = tujuh jumlahnya.[seorang lagi adalah perempuan]

1]paramiswara
2]iskandar shah
3]muhammad shah
4]muzafar shah
5]mansur shah
6]alauddin shah
7]mahmud shah