-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20181029

Makam Tok Kaya Kandis Chenor, Pahang, Malaysia.

Tidak jauh dari Bukit Kertau terdapat satu makam lama. Kubur ini berada di halaman rumah salah seorang penduduk di Kampung Kandis. Pihak Majlis Daerah Maran telah meletakkan papan tanda pada kubur yang ditulis "Makam Tok Kaya Kandis".

Tok Kaya Kandis ini adalah orang yang membuka Kampung Kandis. Diceritakan Tok Kaya Kandis ini tidak berkahwin semasa menetap di Kampung Kandis. Maka Tok Kaya Kandis ini tidak ada waris keturunan di Kampung Kandis.

Banyak lagi cerita yang belum dirungkaikan dan boleh menjadi satu kajian yang menarik. Antara perkara yang boleh disusuri adalah:
1. Siapakan nama sebenar Tok Kaya Kandis?
2. Dari manakah asal Tok Kaya Kandis?
3. Apakah nama ibu dan ayah Tok Kaya Kandis?
4. Adakah nama yang digunakan oleh Tok Kaya Kandis semasa di tempat lain?
5. Adakah Tok Kaya Kandis mempunyai anak isteri di tempat lain?
6. Kenapa digunakan gelaran "Tok Kaya"?
7. Adakah arah kubur menunjukkan arah kiblat?
8. Dari manakah didatangkan batu nisan Tok Kaya Kandis?
9. Adakan Tok Kaya Kandis Chenor ini berasal dari tempat lain yang juga dinamakan Kandis?
10. Adakan ada barang atau dokument yang berkaitan dengan Tok Kaya Kandis?

 01. Diceritakan dari seorang cucu perempuan yang mendengar cerita dari tok wan dia. Tok Kandis ini amat handal berlawan dan amat pendekar orangnya. Pada suatu ketika Tok Kandis berlawan dengan tok Kunang. Perlawanannya amat hebat seolah-olah sama-sama hebat dan tak ada kesudahannya. Setelah sekian lama berlawan maka Tok Kandis dan  Tok Kunang berhenti berlawan untuk berihat.

Apabila perlawanan disambung semula keduanya Tok Kandis dan Tok Kunang serentak memancung kepala lawan masing-masing. Putuslah kepala Tok Kandis dan Tok Kunang.

Andaian pada masa itu, apabila kepala ini ditanam satu liang dengan badannya maka keduanya Tok Kandis dan Tok Kunang akan hidup semula. Maka perselisihan atau perlawanan atau permusuhan antara keduanya Tok Kandis dan Tok Kunang akan berterusan semula. Kesudahannya tak ada sudah. Berlawan, berpancung, ditanam, hidup semula, berlawan, berpancung, ditanam, hidup semula, berlawan, berpancung, ditanam, hidup semula dan tak ada sudah tak jelas puncanya. Akibatnya berantai sehingga menyebabkan muncul dua puak iaitu puak Tok Kandis dan Puak Tok Kunang. Maka berlawanlah pulak antara dua puak ini. Dari perlawanan dua orang BERTUKAR kepada perlawanan dua puak BERTUKAR kepada perlawanan dalam satu kampung BERTUKAR kepada perlawanan dalam satu negeri Pahang. Maka habislah satu negeri Pahang ini berpuak dan bermusuh sesama waris. Maka datanglah ORANG LUAR menjadi pemerintah kepada puak yang bermusuh sesama waris. Inilah yang tidak mahu terjadi.

Atas andaian ini, orang yang menguruskan jenazah ini kebumikan badan Tok Kandis bersama kepala Tok Kunang disini. Seterusnya dikebumikan badan Tok Kunang bersama kepala Tok Kandis di seberang Sungai Pahang.

Dikatakan kesan perlawanan antara Tok Kandis dan Tok Kunang masih dapat dilihat walaupun setelah sekian lama keduanya dikebumikan.
 02
 03
 04
 05
06
Lebih menarik juga apabila terdapat tempat di negeri lain yang menggunakan nama Kandis. Kajian perlu ditumpukan kepada tempat yang mula-mula menggunakan nama Kandis. Berikut adalah hasil pencarian dalam internet tentang Kandis.

KELANTAN
Kampung Kandis merupakan salah satu kampung yang berada dalam Mukim Telong. Ianya terletak di selatan jajahan Bachok, bersempadan dengan Pasir Putih. Disebelah selatan, laut china selatan dibahagian timurnya,diutaranya daerah melawi dan di bahagian baratnya daerah Gunong. Kampung Kandis mempunyai persisiran pantai sepanjang 4km.

Menurut cerita Encik Shamsuddin Bin Saat iaitu bekas penghulu Kampung Kandis, Nama kampung Kandis berasal dari pokok kandis yang banyak tumbuh meliar di sekitar kampung. Pada masa dahulu kulit buah kandis dijadikan "asam kandis" iaitu sejenis bahan dalam masakan dan ia menjadi sumber pendapataan sampingan kepada para penduduk kampung dengan menjual asam kandis tersebut.
SUMBER: kandis.pi1m.my

KEDAH
Kampung Kandis merupakan sebuah kampung yang terletak di Kodiang, dalam negeri Kedah Darul Aman, iaitu negeri di utara di Malaysia.
SUMBER: ms.wikipedia.org

TERANGGANU
Kampung Bukit Kandis merupakan sebuah kampung yang terletak di Kuala Terengganu, dalam negeri Terengganu Darul Iman , iaitu sebuah negeri di timur Malaysia.
SUMBER: ms.wikipedia.org

SARAWAK
BAU: Selepas 50 tahun menunggu, guru dan murid Sekolah Kebangsaan (SK) Siniawan di Kampung Kandis Lama, kini lega selepas impian memiliki blok pentadbiran dan bilik sains baharu akhirnya menjadi kenyataan.

Ia yang dilaksanakan melalui kaedah sistem pembinaan industri (IBS) dengan peruntukan RM2.3 juta itu dirasmikan oleh Menteri Pendidikan, Sains dan Penyelidikan Teknologi Sarawak, Datuk Seri Michael Manyin Jawong, pagi tadi.
SUMBER: www.bharian.com.my

KELANG
Sejarah Klang telah muncul lebih awal daripada Melaka. Negara ini adalah sebahagian dari jajahan takhluk Kerajaan Sri Vijaya dan Majapahit. Asal usul nama Klang adalah dari bahasa Mon-Khymer iaitu "Klong". Klong boleh diertikan sebagai gudang seperti mana yang di kemukakan oleh C.O. Blagden yang menyatakan Klang menjadi sebuah Pelabuhan terpenting yang mempunyai banyak gudang-gudang. Manakala pendapat Charles A. Fishr yang menyatakan "Klang " itu bermaksud "terusan" atau jalan air. Pendapat ini dipersetujui dimana Klang mempunyai banyak jalan air iaitu anak-anak sungai tersebut ialah Sg. Klang, Sg. Bertek, Sg. Pinang, Sg. Sementa, Sg. Agas, Sungai Kandis, Sg. Binjai, Sg. Kapar, Sg. Jati, Sg. Aur, Sg. Rasau dan Sg. Putus. Nama sungai ini terus kekal sehingga ke hari ini.
SUMBER:www2.selangor.gov.my

SHAH ALAM
MASJID AL - MUHSININ. Alamat: LOT NO. 1555 KAMPUNG SUNGAI KANDIS, SEKSYEN 36, SHAH ALAM. Masjid ini dibina oleh orang-orang kampong secara gotong royong dimana bahan-bahan tiang dan bumbong dibawa dari Pulau Jawa dan melalui jalan sungai serta dibawa kelokasi dengan secara dipikul bedramai-ramai dan ianya siap dalam mas 2 tahun. Kini masjid ini telah melalui pembesaran dikiri dan kanan serta hadapan bagi menampung penambahan jemaah.
SUMBER: ii.islam.gov.my

6 comments:

Anonymous said...

salam tuanpuan.

siapa tok kaya kandis?,itu kena tanya dato wan wahid[orang kaya indera pahlawan].

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

atau tuanpuan boleh tanyakan kepada dato aripin said.

biar mereka berdua yang tolong jawab dan selesaikan.

Anonymous said...

salam tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


akibat tak cekna dan tak peduli,dan inilah salah satu dari akibatnya.

ada kubur,sebaliknya tak tahu siapa yang empunya.
tahu orangnya,sebaliknya tak tahu dimana kubur.

ada sejarah,sebaliknya tak tahu keturunannya.
tahu keturunannya,sebaliknya tak tahu sejarah.

makanya,semua dianggar-anggarkan semata atau dok main agak-agak aje.
kesemuanya adalah sebahagian dari perkara fitnah.[atau perkara yang dibuat-buatkan tanpa jawapan yang sebenar]

dan apabila ditanyakan kepada mereka,mereka berkata; itu atau ini bukan saya yang cakap,sipulan yang beritahu,saya menyambungkan cakap mereka aje.
maka percakapan yang samar-samar menjadi panjang dan menjadi satu berita yang difitnahkan oleh orang yang ramai.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


adik beradik tok kaya kandis tu ramai,ada duduk rata dalam pahang ni,dan kalau sekarang ni cucu dan cicitnya lah yang ramai. takkanlah takde sorang pun yang tahu dan kenal.

macammana mereka ni; menggunakan peribahasa: sekilas ikan di air,mereka tahu jantan betinanya.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


telah hampir 20 tahun kami mengesan dan mencari kuburnya,dan apa yang terjadi,dia tidak menggunakan nama terkenalnya,dan hanya di sebut orang yang ramai sebagai tok kaya kandis.

dan sahabat @saudaranya sebagai tok syukur dikawasan berdekatan@atas bukit[orang yang menyempurnakan jenazah tok kaya kandis],dan tok yusuf atau tok jusuf di kawasan pesagi[orang yang menyempurnakan jenazah tok syukur].

tok kaya kandis: dia diarahkan meninggalkan kampungnya oleh kumpulan pahlawan pahang@ pembesar-pembersar pahang,mengelak dari terjadinya pertumpahan darah dalam pahang atau
mengelak@mengetepikan terjadinya perang saudara dalam pahang.[dan dijaga oleh tok syukur dan tok yusuf].

memang kami sedang mencari keseluruhan [mengesan],akan kumpulan ini. diri mereka,kubur mereka,anak cucu cicit mereka serta amanah mereka.

namanya?;akan sampai masanya nanti akan kami beritakan,sabar.

Anonymous said...

salam,tuanpuan.

kiasnya kepada;[ ].


versi perlawanan antara tok kandis dengan tok kunang;itu versi bagi menyuruk siapa sebenarnya tok kandis itu.

olahan bercerita versi itu sama seperti pembunuhan habil dan qobil dalam al quraan.

ungkap dan huraikanlah versi itu,baru jumpa jawapan sebenarnya.
jangan dok pegang fitnah tak tahu hujung pangkal.