salam; sejenak fikir:[kias].
marilah solat marilah menuju kejayaan
sebutan yang dilaungkan dalam azan
dan di sebutkan dalam iqamat,
setiap waktu lima kali sehari semalam.
apa ke bendanya dan untuk apa sebutan tu?
jangan setakat pandai menyebut aje.
sebaliknya yang sebenar tak diketahui.
ungkapan sebutan itu dianugerahkan kepada manusia oleh allah,
dan bukan untuk saja-saja atau suka-suka;
hanya sebagai tanda seruan masuk waktu bersolat aje.
inshaallah.
5 comments:
salam;
sejenak fikir:[kias].
jangan sesekali memutuskan siratulrahim;
dalam adab;dikiaskan dengan bahasa yang halus dan lembut sekali;ianya berkenaan pertalian adat makhluk yang nyata dengan ghaib;atau disebutkan juga dalam fekah sebagai pertalian manusia dengan tuhan.
berkiasnya dalam bentuk ilmu yang akan menjadi dugaan kepada manusia;yang manusia sendiri sepatutnya memahaminya.
sebaliknya manusia masih juga tidak dapat memahami akan ilmu yang halus itu.
tanpa sedar dan tidak sedar,manusia yang memutuskan siratulrahim diantara dirinya dengan dirinya sendiri,pada suatu masa nanti dia akan bergolak untuk bertemu,mancari bagi menyambung siratulrahim yang mereka sendiri putuskan itu.
telah kami bentangkan sebelum ini; membuat pertuduhan kepada moyang sendiri[keturunan sendiri];memfitnah keturunan sendiri;membuang pertalian darah keturunan sendiri,tanpa pengetahuan atau dengan tidak mengenali keluarga sendiri yang mana moyangnya sendiri dituduhnya sebagai penderhaka atau sebagai pembunuh atau tuduhan yang mengaibkan waris keturunan sendiri.
itu semuanya adalah kaedah memutuskan siratulrahim;dengan lain perkataannya juga dikiaskan dengan: memutuskan tali ke pagar ruyung.
mereka yang bergitu,telah menghina diri mereka sendiri dengan menzalimi diri sendiri;dan mengangkat diri sendiri dalam bakul[masuk bakul angkat sendiri].
mereka beranggapan yang diri mereka terlebih mulia dari moyang mereka yang mereka aibkan serta hinakan itu. mereka seolah-olah menyembelih diri mereka sendiri.
dan pada masa yang sama mereka berkata;ambik yang jernih dan buang yang keroh.
sedangkan nabi lagi ampunkan umat. dan perbagai bahasa lagi bagi menyedapkan hatidiri mereka sendiri.
kehadiran diri diatas muka bumi ini adalah dari sebab sambungan kepada mereka[moyang atau keturunan darah daging yang terdahulu itu].[dari sebab tidak mengenali moyang-moyang sendiri].
tidak terlahir kita jika tiada mereka,walaupun mereka kebarakaliannya tersilap atau terkhilaf dalam tauladan mereka kepada anak cucu cicit mereka;mereka tetap sambungan darah daging kita atau sanad darah atau keturunan yang mengzahirkan diri kita terkemudian hari zaman ini.
rasulullah saw telah menunjukkan serta menerangkan dengan panjang lebar selama dua puluh lima tahun,dan disambung oleh para sahabatnya,dan disambung oleh..,dan disambung oleh..,dan disambung lagi sehingga kehari ini. sebaliknya manusia masih juga ibarat perangai burung belatuk atau burung kakak tua.hanya angguk,dan mengangguk akan kepala yang tak pasti tahu serta faham dalam perkara yang sebenar hendak disampaikan oleh rasulullah saw itu.
mereka masih lagi memutuskan suratulrahim dengan suka-suka.
inshaallah.
salam;
sejenak fikir:{kias].
ingatkan dua,rupanya tiga,nasib baik tak empat cik;...[ucapan dalam dialog filem madu tiga].
dalam filem semerah padi;ada dua kias perbandingan dalam bab hukum;
[manusia diduga dengan kebijasanaan mereka sendiri,adakah mereka menggunakan akal yang dianugerahkan kepada mereka dengan budibicara yang adil atau dengan zalim].
disebat seratus kali; berzina untuk orang yang bujang.
disula; berzina untuk orang yang dah berkhawin.
sebat seratus kali;itu betul;pada zaman rasulullah dan sahabat,tidak terdapat orang yang disebat kerana kesalahan tersebut itu.
kalau minum arak ada;disebat sebagai hukuman.
sula macam dalam filem tu;tak buat di fekah. hukuman seperti dalam flem tu tidak pernah terjadi semenjak hawa dan adam hidup diatas muka bumi. yang ada disela bukan sula;disela dengan terik matahari tetapi bukan diatas hukuman salahlaku berzina,hukuman salahlaku membunuh;pada masa zaman anak-anak adam.
inshaallah.
salam;
sejenak fikir:[kias].
urusan fitnah kepada kiasnya;kas ndok kas sebut kas beorlah;siap pulih lengkap sempurna.dari izin allah.inshaallah.
yang haq dipulang dan dikembali kepada yang haq.yang fitnah dan bathil dibungkus dan disimpan untuk urusan akhir zaman kiamat.
kalau tiada rotan akar pun jadi lah.sebab rotan kena ada akarnya baru boleh hidup.kedua-duanya rotan serta akar berguna kepada manusia.
inshaallah.
salam;
sejenak fikir:[kias].
mereka menyangka yang mana apabila diberikan gelaran mukmin atau muslimin;itu adalah tertinggi; tidak; yang tinggi sekali dalam hariki susunan adalah islam;dan untuk mencapai ke tahap kedudukan islam,setiap diri wajib tahu serta faham dengan apa yang dikatakan sebagai siap pulih lengkap sempurna.
makanya; pada setiap salahlaku atau alpa yang diri terbuat atau terlaku;dengan sengaja atau dengan tidak sengaja,wajiblah dengan sertamerta membuat permulihan atau dalam kata fekah;taubat[kembali kejalan yang sebenar tanpa menyesatkan diri].
muslimin dan mukmin;adalah ganjaran hadiah sebagai anugerah kepada manusia yang berubah atau merubah diri mereka oleh allah;dari jahil kepada berakal,yang menjadikan diri mereka sendiri kepada kehormatan dan tidak menzalimi diri sendiri.
mereka yakin dan percaya kepada pesuruh allah yang mengimami mereka dan mereka yakin serta percaya kepada tuhan yang menjanjikan kebaikan kepada diri mereka.
mereka berkata yang mereka adalah muslimin dan mukmin;sebaliknya tingkahlaku,perangai dan kelakuan mereka masih lagi di tahap awam,dan tidak menunjukkan yang mereka berperangai dengan kelakuan atau ibadah seorang muslimin dan mukmin.
makanya; bagaimana mereka hendak mencapai tahap kedudukan sebagai islam,sedangkan tahap muslimin dan mukmin pun masih jauh lagi hendak dicapai.
dan sampai bila tuanpuan dan mereka itu hendak duduk ditahap ibadah orang awam,tanpa mahu meningkatkan tahap kedudukan diri;berdiri sama tinggi,duduk sama rendah dengan para sahabat rasulullah,kalaupun tak berada pada tahap kedudukan para wali.
tiada keperluan pun untuk menjadi manusia keramat;apa yang diperlukan pada sisi allah; adalah siap pulih lengkap sempurna diri,dan percaya serta yakin kepada allah serta rasulullah dengan sepenuh inulyakin.
inshaallah.
salam;
sejenak fikir:[kias].
syawal dah nak habis;dan masuk pulok bulan haji;yang termasuklah korban.
ini nak bercerita sikit berkenaan korban:
sebelum nak melakukan korban atau berkorban;kena kenal dulu haiwannya untuk korban[dan ini pembentangan kali kedua].
korban sebenarnya bukan lah bemula dari zaman nabi ibrahim;sebaliknya dari awal lagi;semenjak adam lagi diatas muka bumi. yang dilakukan oleh adam keatas ternakannya;dan sejarahnya diulangkan berulang kezaman nabi ibrahim dan nabi ismail itu.
ternakan yang sebenarnya apa untuk disembelihkan menjadi haiwan korban;yang dilakukan oleh adam.
haiwan, kambing;kerbau;unta;biri-biri,itu adalah sandaran kepada haiwan sebenar iaitu kibas;lenbu;dan[....][kami tidak akan buka,melainkan tuanpuan lah membentangkan kepada kami dahulu].
jumlah sebenar korban, berapa?
kalau kibas..........satu bahagian.
kalau lembu..........tujuh bahagian.
kalau[....]..........berapa?
makanya; jumlah bahagian korban,masih tidak cukup;sebab itu baru lapan bahagian dari jumlah sebenar.
beritanya dan jumlahnya ada dalam ilmu sifat dua puluh. dan sifat dua puluh pulok berapa jumlahnya yang sebenar?
sejarah dan ilmunya berkait rapat kepada sejarah; adam hawa.
kalau nak tahu bab ilmu sifat dua puluh dan bab haiwan korban,makanya kena tahu lah sejarah adam hawa dengan faham kedudukan perkaranya.
makanya; barulah berpengetahuan berkenaan haiwan sebenar korban dan jumlah sebenar bahagian korban. dan jumlah sebenar ilmu sifat dua puluh.
dan tidaklah terpinga-pinga atas muka bumi ini.
inshaallah.
Post a Comment