-DUA KALIMAH SAHADAH-Dimanakah sandarannya? Apakah jawapannya? Bagaimanakah huraiannya?
SILA BACA KOMENT DAN TERBITAN YANG TERDAHULU UNTUK DAPATKAN MAKLUMAT LEBIH LANJUT .

20200619

Yakin tidak bertempat atau Ilmu tidak bertempat atau Tahu tidak bertempat

salam;
sejenak fikir:

kesadaran dan kesedaran telah ada dalam jiwa setiap manusia dari sejak adam dan hawa di turunkan ke muka bumi lagi.

dan kesadaran dan kesedaran itu semakin lama semakin menipis menjadi berbelah dan ada masanya hampir-hampir luput dalam jiwa kalangan manusia.

dalam erti kata lainya; yakin tidak bertempat dan ilmu tidak bertempat atau tahu tidak bertempat, yang menyebabkan kesadaran dan kesedaran dalam jiwa manusia itu retak atau berkecai.

siapa yang menjadi punca menyebabkan keadaan itu terjadi
;manusia lain
;jin
;syaitan
;atau diri sendiri?

dan kalaulah kesadaran dan kesedaran dalam diripun tidak dapat di tegakkan oleh diri sendiri, bagaimana pulok dengan kesadaran dan kesedaran yang hendak diterapkan kepada manusia lain[masyarakat].

tingkah laku oleh manusia itu sendiri boleh menunjukkan tahap kesadaran dan kesedaran mereka.

contohnya;
mereka bercakap tentang kebersihan,sebaliknya banyak sampah di jalan-jalan raya.mereka menjaga kebersihan kenderaan mereka[luar dalam],dan mereka membuang sampah mereka keluar dari tingkap kenderaan mereka.

contohnya;
mereka bercakap tentang kemiskinan,sebaliknya masih banyak manusia yang tidak berumah,malah sampai ada yang masih kais pagi makan pagi kais petang[mereka tak kerkais disebelah petang,dari sebab telah di monopoli oleh sebahagian manusia yang berhobi.

dalam bangsa melayu;tunggu dan lihat telah menjadi sebati atau sebahagian dari hidup[salah satu dari hobi atau adat tradisi],dengan jelingan hujung mata,dan apabila hampir terkapai-kapai,barulah mereka kesampaian akan kesadaran dan kesedaran dalam diri itu.

ingat sikit bangsa melayu telah kali pertama dahulu hancur dari sebab diri mereka sendiri,dan adakah hendak melihat akan hancurnya buat kali kedua dengan mata kepala sendiri?.

bangsa melayu dahulunya sebelum hancurnya mereka[semasa keagungan peradaban mereka] mereka mengunakan berpegang teguh kepada islam,dengan kukuh dan sedar penggunaan ilmu sifat dua puluh,sebaliknya lama kelamaan masa berganti ;bangsa melayu telah membuahkan dalam diri mereka akan sifat ego yang sehingga menghancurkan keagungan peradaban bangsa dan umat melayu sendiri.

kisah sejarah mereka itu tidak dicatatkan dalam al quraan,hanya disebutkan ada yang kami ceritakan dan ada yang kami tidak ceritakan atau sembunyikan untuk difikirkan oleh orang-orang yang menggunakan akal.

bangsa melayu diajar akan ilmu sifat 20 dari bangku sekolah rendah lagi,sebaliknya apa yang mereka buat,hanyalah dijadikan untuk menilai perbandingan sifat allah.dan mereka tidak pernah hendak menilai sifat diri mereka sendiri melalui ilmu sifat 20 itu.

keruntuhan keagungan bangsa melayu itu dahulunya adalah dari sebab menyalah gunakan ilmu sifat 20 yang dianugerahkan kepada mereka,bergitu jugalah kepada kaum-kaum lain yang diceritakan dalam al quraan itu,mereka juga menyalahkan ilmu sifat dua puluh,yang mereka beranggapan diri mereka lebih tinggi darjatnya dari tuhan yang menciptakan mereka.

tidak akan ada manusia yang akan membuat salah laku dengan sengaja jikalau mereka tahu yang mereka adalah hamba serta makhluk kepada tuhan. tetapi yang selalu nya terjadi adalah manusia mengagapkan diri mereka lebih agung dari tuhan yang menciptakan diri mereka itu. makanya mereka menyuruh-nyuruh tuhan bekerja untuk atau bagi pihak mereka.dan bukan sebaliknya.mereka hanya goyang kaki.

makanya;terkeluar percakapan seperti; kalau tuhan nak bagi,dia bagi,tak payah beriya-iya;atau, air dan minyak tak bercampur;dan banyak lagi ungkapan=ungkapan sumbang yang menunjukkan sikap ego dalam jiwa bangsa melayu yang dijadikan adat dan tradisi bangsa melayu.

inshaallah.

10 comments:

Anonymous said...

salam;


sejenak fikir:[kias].

keturunan melayu atau bangsa melayu ini sebenarnya ramai diatas muka bumi.sama ramainya mereka dengan bani tamim dan bani israil.[caya ke tidak?].

tak caya?; tak ada hal.[tak menyakitkan kami pun].

percaya;? apa sebab percaya?

dalam liku-liku bangsa melayu ini sejak berzaman lagi[orang tua kata zaman tori]; orang bangsa melayu meresap merata diatas muka bumi,sehinggakan pada suatu masa dahulunya ;sampai-sampai mereka tidak ketahuan yang mereka adalah keturunan bangsa melayu,dari sebab perjalanan hidup mereka yang mencari penghidupan merata pelusuk dunia;dan dari itu berubah kepada gelaran suku bangsa yang berlainan yang mereka berikan kepada suku keturunan mereka sendiri dan tidak lagi kepada melayu[asal sandaran bangsa keturunan].

mereka menyebutkan melayu itu ahli pelayaran yang pertama;tahu pulok;dapat tahu dari mana dan dari siapa,melayu itu ahli pelayaran?.

mereka kata melayu itu yunit[ada sesuatu yang yunit pada diri mereka];tahu pulok; dan dari mana atau dari siapa mereka diberitahu?.

sampaikan ada kalangan orang melayu sendiri mempertikaikan bangsa melayu; tak sekolah punya orang.

melayu itu apa?;dan siapa?;asal gelaran untuk siapa?.

pergilah sekolah dulu;khatamkan dahulu kitab melayu;dan barulah pertikaikan dan bahaskan bab melayu ini.

mempertikaikan perangai melayu; itu salah dan tidak kena tempatnya; perangai dan tabiat itu adalah atas hatidiri orang-orang itu sendiri,dan jangan mempertikaikan melayu itu.

kami membentangkan bab orang melayu pada masa yang lepas itu;bertujuan memberi kefahaman kepda tuanpuan dan mereka itu.dan yang kami tegur adalah keturunan kepadanya melayu,dan bukannya melayu itu sendiri.

keturunan kepada melayu itu digelar bangsa melayu; sebaliknya keturunan kepada melayu[bangsa melayu] sendiri tidak pun kenal siapa bapa keturunan mereka sendiri.

tak kenal maka tak cinta;kalau kenal dan macammana nak kenal?

ini lah yang disebutkan sebagai ilmu kenal diri.

siapa aku? dan siapa melayu?.yang aku sebutkan sebagai: aku adalah keturunan bangsa melayu. aku berbangga menjadi bangsa dan keturunan melayu.dan sebaliknya aku tak kenalpun siapa engkau sebenarnya wahai melayu.siapa engkau yang sebenar wahai melayu?.beritahulah kepada kami ini yang dari keturunanmu.???..............

inshaallah.

Anonymous said...

salam;


sejenak fikir:[kias].

dalam al quran serta al sunnah ada dengan kiasnya nama lain kepada si tuan tubuh nama melayu disebutkan dan diterangkan akan sejarahnya;sebaliknya orang dari keturunan melayu atau bangsa melayu tidak pernah ambik peduli pun;mereka hanya sibuk dengan mencari dan mendapatkan dan mengumpulkan saham akhirat aje.

semasa nabi muhammad saw dalam perjalanan israj mikraj itu,nabi juga pernah dipertemukan dengan melayu itu dengan nama yang lain,siap bersalam-salaman lagi.

tuanpuan akan tertanya-tanya;darimana kami dapat cerita bergini;dari dalam al quraan dan alsunnah le,dari mana lagi,dan dari cerita dan berita yang disampaikan oleh pemegang amanah yang kami temukan le.[dihuraikan oleh mereka le].

telah kami perbentangkan dalu itu;yang gelaran melayu sekarang adalah gelaran kali keempat yang di masyhurkan di kedah tua kepada sekumpulan orang diistana kedah tua dan di istiharkan permasyhurannya di buat oleh syeh kadir jailani; dan bangsa melayu yang dikedah itulah yang telah dihantar ke palastin bagi membantu sultan salehuddin al ayubi merampas kembali masjidil al aqsa dari tentera salib.

makanya; mana dan siapa orangnya yang ketiga; yang kedua; dan yang pertama menggunakan dan diberi gelaran melayu;mana sejarahnya?.

setakat berbangga mengaku berketurunan dan berbangsa dari melayu;tak guna dan tak membawa apa-apa manafaat dan faedah pun,sebab tak tahu dan tak faham siapa dan apa itu melayu.

yang tahu sebagai anggaran sematanya adalah melayu itu bani jawi. dan bani jawi itu pulok apa ke bendanya?.

dan sejarah bani jawi itu pulok kat mana?.

kalau dok berputar; melayu adalah bani jawi,dan bani jawi adalah melayu;tak embuh sudah ceritanya.apabila bercerita ianya mestilah ada

permulaan[mukadimah];perjalanan[sejarah];pengakhiran[tamat];ini bukannya cerita novel cinta yang dikarang mengikut hayalan si pengarang atau berita politik sensasi;ini adalah berita serta cerita sejarah fekah adat adab serta ilmu.
yang diberitakankannya dan diturunkan melalui al quraan serta al sunnah.
makanya;sebab itulah ramai dari kalangan orang bangsa atau keturunan melayu yang bercinta buta. sampaikan ada dah yang tak kenal nasi berasal dari beras,beras berasal dari padi;yang kebanyakan dari mereka tahu makan nasi.



inshaallah.



Anonymous said...

salam;


sejenak fikir:[kias].


melayu; melayu; nasib kamu le melayu;keturunan melayu dah tak kenal siapa melayu;dan sejarah melayu.melayu yang melintang pukangkan berita mereka sendiri.

kias serta khilaf telah menyusun elok-elok berita dan cerita,teratur dan tertip; alih-alih,orang melayu sendiri yang kucar kacirkan kias dan khilaf
mereka itu.

inshaallah.

Anonymous said...

salam;


sejenak fikir:[kias].

melayu punya cerita lah ni;

di maklumkan yang ... telah meninggal dunia;minta didoakan agar dia berada dikalangan mereka yang bersama nabi muhammad saw.

nak minta yang seperti itu,boleh,dan boleh sangat,dan memang bagus;yang menjadi kurang bagusnya;pemintaan doa seperti itu tidak setanding dengan amalan dan sedekah dan doa sianak.

beramal dengan amalan orang awam,bersedekah dengan sedekah orang awam,dan berdoanya anak seperti kebanyakan orang awam;alih-alih nak setangding dengan kalangan sahabat rasulullah.

rasulullah;dahulunya bertungkuslumus melaksanakan amanah yang di perintahkan allah menegakkan amarmakruf nahimungkar,sampaikan tiada apa harta atau pusakapun yang ditinggalkan kepada anak cucunya.

melayu zaman ini; banyak yang berangan dari melaksanakan urusan yang rasulullah buat tu. urusan diri sendiripun tekapai-kapai,bagaimana lagi nak melaksanakannya.

jangan sebutkan sebutan ini; allah tahu apa yang hambanya buat. orang tak sekolah pun pandai sebut ayat tu.

dan rsulullah telah nyatakan;sesiapa yang bertaqwa dengan sebenar taqwa akan berada bersamanya di akhirat.

dan kalau dah persoalan rukun islam dan rukun iman pun tak lepas,gona gaya nya.

inshaallah.

Anonymous said...

salam;


sejenak fikir:[kias].

buai tinggi-tinggi sampai pucuk atap,belum tumbuh gigi dah pandai baca kitab;


dalam kalangan oraqng melayu zaman ini,ada yang amat berangan untuk mendapatkan air hayat atau air kehidupan yang seperti cerita lengenda nabi khaidir dapat atau minum tu.

mereka berangapan kalau minum air hayat tu mereka akan kekal abadi.

ini nak pecahkan sikit berangan orang melayu yang macam tu.
[ini; dibacakan sikit kitab tu]

selepas tanah yang di ambik oleh malaikat di hadapkan kepada allah;tanah itu ditapakan sebelum dijadikan jasad manusia.

makanya; satu bahagian dari urusannya adalah disiramkan air hayat atau air kehidupan keatas jasad yang sedang di tempa tapa itu,selama beberapa masa yang telah ditentukan.

dan air hayat atau air kehidupan itu akan pulak di siramkan keatas tulang sulbi selepas kiamat semasa dibangkitkan semula nanti,selama beberapa masa pulok.

dan diatas muka bumi juga digunakan air hayat atau air kehidupan itu untuk menghidupkan generasi keturunan manusia,yang disebutkan air yang terpancar;air seni;air yang hina;atau air mani.

jadinya nak baca kitab sebelum tumbuh gigi macammana;jumlah gigi pun tak tahu berapa.dan apa kiasnya dalam fekah.yang orang kebanyakan tahu;gigi digunakan untuk gigit dan kunyah makanan,atau gigit orang lain.

allah jadikan sesuatu tidak sia-sia. ada sebab dan kegunaannya,dan agar manusia berfikir akan kebesarannya.[apa rahsianya yang sepatutnya di ketahui oleh manusia.

inshaallah.

Anonymous said...

salam;

urusan kepadanya; pedang pengiring tok merah terengganu: siap pulih lengkap sempurna.dari izin allah.inshaallah.

disiapkan dalam timbangtara penyelesaian budibicara. dan urusan amanahnya dikembalikan kepada yang haq.dan yang bathil dibungkus disimpan untuk urusan akhir zaman kiamat.

inshaallah.

Anonymous said...

salam;


sejenak fikir:[kias].
[pembentangan kali kedua]

sebutan bagi allah dan muhammad yang ramai orang gantungkan pada diding menjadi penghias dalam rumah dan bangunan tu,di mana sebutan ayat yang menyambungkan kedua-dua patah perkataan nya?.
[ayat lengkapnya mana?][dalam al quraan, duduknya ayat dimana?]

kerapkali kami melihat, ayat lain yang di letakkan ditengah antara kedua sebutan perkataan itu.

dan jarang terjumpanya, yang meletakkan ayat yang betul;ada ke?,itupun mereka saja-saja atau tak tahu atau memang tahu;atau atas urusan dan tujuan yang lain.

ayat itu wajib dibaca;dan bukannya digantung menjadi hiasan sebagai seni kecantikan.

inshaallah.

Anonymous said...

salam;


sejenak fikir:[kias].

bahagian kesihatan menyebutkan:

basuh tangan dengan betul menggunakan air dan sabun. dan jika tiada air,gunakan sanitaizer.dan jarakkan

dan sebaliknya mereka memahamkan:

gunakan sahitaizer untuk membunuh kuman.

ada pulok kuman baik dan kuman jahat.

pening mereka itu dalam kefahaman.

yang menjadikan kuman itu baik atau jahat adalah manusia. sehingga di tutup air paip dimasjid dan surau.

tak ke pening namanya tu.

inshaallah.



Anonymous said...

salam;


sejenak fikir:[kias].

dari izin allah diceritakan sebagai renungan pengajaran tauladan.


gagak hitam:[kiasnya cerita].

setelah bahtera nabi nuh berlabuh;makanya; nabi nuh mengarahkan anak buahnya si gagak hitam turun dari bahtera,pergi memantau dan melihat keadaan di dataran atau sekeliling kawasan atau meninjau kawasan;selamat atau pun bagaimana keadaan nya.

makanya; sigagak itu pun keluar,terbang meninjau berbatu batu dan beberapa lama,sebaliknya tidak kembali kembali menghantar lapurannya.

makanya; dari itu,nabi nuh telah menghantar merpati,pergi mencari dan meninjau,akan keadaan serta mencari gagak hitam yang menghilang tidak kembali itu.

setelah terbang lama,makanya; berjumpalah si merpati dengan sigagak yang sedang asik atau leka dengan kelakuan atau perbuatannya.[leka sedang memakan bangkai].

diajaknya sigagak kembali,lalu sigagak enggan.

makanya;si merpati terbang kembali menuju kebahtera,di separuh perjalanannya simerpati singgah berhenti minum,tetapi dia menjadi asik bermain dengan air sehinggakan kaki nyamerubah warna kerana bermain-main itu. dan barulah dia teringan yang dia perlu balik dengan segera melaporkan akan kejadian sigagah dan laporan keadaan muka bumi banjir semama itu.

sesampai si merpati kepada bahtera,lalu mengadap nabi nuh,dan melaporkan kejadian yang dia telah lihat nya itu.

makanya; ditanyakan oleh nabi nuh berkenaan banjir dan keadan di daratan.

ditanya lagi; berkanaan si gagak hitam kepada si merpati.

dan ditanyakan pulok kepada simerpati;apa yang menyebabkan kakinya berubah warna.

fikirkanlah;baik buruknya;apabila amanah di berikan,dan apabila kesanggupan memikul amanah telah diaku terima.

jalankan dengan betul serta adil;dan jangan disalahkangunakan amanah yang disandangkan. dan apabila hukuman ditegakkan dan kezaliman di adili;

makanya; serupalah dengan apa yang telah terjadi kepada simerpati dan sigagak itu. hukuman itu datangnya dari allah sebagai peringatan dan pengajaran tauladan kepada hamba-hambanya,agar jangan culas dalam masa menunaikan amanah.

[sigagak hitam telah dikenakan hukuman keatasnya oleh allah,beratus ribu tahun hukuman.tiada berpedoman serta terumbangambing akan hidupnya,aduannya tidak dilayan dalam masa hukumannya itu sehinggalah hukumannya selesai dijalani olehnya sigagak hitam].

[sigagak hitam menjadi pemngembara yang tersesat diatas muka bumi berabad-abad lamanya dari sebab salahlakunya sendiri].[dan bergitu juga yang ditimpakan hukuman kepada si merpati yang mendapat hukuman sebagai pengajaran atas dirinya walaupun lekanya hanya ralit atau leka bermain sebentar].

inshaallah.



Anonymous said...

salam;


sejenak fikir:[kias].

urusan sigagak hitam;siap pulih lengkap sempurna.dari izin allah.inshaallah.

makanya;hukuman keatasnya gagak hitam telah selesai dan dikembalikan haq-haqnya. dan wajidlah atasnya pergi menemui ketuanya,nabi nuh.

salam atas tuan[dengan nama asalnya,sebelum bergelar gagak hitam].
fitnah atas tuan dibatalkan dan terbatal selamanya.inshaallah.
[sejarah tuan disimpan dan ditutup sertamerta].

inshaallah.