Bagaimana akan dapat terang hati
sesorang yang gambar dunia ini
terlukis dalam lensa cermin hatinya.
Bagaimana akan pergi menuju kepada Allah
padahal seseorang masih terikat terbelenggu
oleh syahwat nawa nafsunya.
Bagaimana akan dapat masuk ke hadrot Allah
padahal seseorang belum bersi suci dari kelalaiannya.
Bagaimana mengharap akan mengerti
rahsia yang halus dan dalam
padahal seseorang belum toubat dari kekeliruannya.
Berkumpul dua hal yang berlawanan
dalam satu tempat dan masa
adalah mustahil.
Antara diam dengan gerak.
Antara cahaya terang benderang dengan gelap gelita.
Antara cahaya iman dengan gelap iman.
Kerana selalu masih berharap bersandar
kepada sesuatu selain Allah.
Untuk sampai kepada Allah
mesti bebas dari belenggu hawa nafsu.
Apabila jiwa hati manusia
benar-benar berjanji akan meninggalkan semua dosa
nescaya akan terbang ke alam malakut di langit
kemudian kembali membawa berbagai ilmu hikmat
tanpa berhajat kepada guru.
Man amila bima alima warratsahul-lahu ilma maa lam ya'lam.
Dibaca dan ditaip pada 18.2.2021
3 comments:
Salam,
Mencari kesempurnaan iman bukan di luar diri, carilah di dalam diri kalian masing-masing. Allah SWT jadikan makhluk itu berpasangan (berlainan jenis), jadikan arah itu dua timur dua barat, haq dan bathil, supaya kalian memikirkan akan kekuasaan Dia sang Maha Karya Cinta.
Larangan berdusta, mendustakan kebenaran, menceroboh, berbisik-bisik, mengintai-intai dll lagi perbuatan yang disifatkan sebagai iblis. Jangan menghampiri zina dan maksiat zahir dan batin (termasuk lidah, mata, hidung, telinga, tangan, kaki). Jangan makan harta anak yatim, sekiranya jadi wakil penguasa maka jangan zaliminya. Menyampaikan dan menyempurnakan amanah pada yang ada haq atas amanah tu.
Semua di atas antara larangan yang utama dan banyak disebut dalam Al Quran dan Hadis. Sedangkan bermain dengan Al Quran setiap hari, atas diri masing-masing di mana letaknya kisah diri? Kalian antara dugaan/ujian bagi saya, saya juga dugaan/ujian bagi kalian yang telah maktub qalamNya sejak azali.
Selesai tugasan serta pinjaman, kembalikanlah semula di tempat asalNya. Atau masih belum puas bermain-main? Janji Allah SWT Maha Benar. Sunatullah itu tetaplah akan berlaku sesuai dengan Qada' & Qadar yang telah ditentukan ketetapanNya. Saya serahkan diri kepada Allah SWT sebulat-bulat penyerahan sejak sekian lama. Sepanjang perjalanan hidup ini proses pembelajaran saya, yang dipandu Nya semulajadi.
Sudah genap 10 tahun berlalu, bermula dibacakan yaa siin serta penjelasan ayat terus menerus sehingga khatam Al Quran itu sebelum Mac 2012 entah dari mana (pada diri sendiri saya tahu dan faham jua). Ramadhan 2011, lailatul qadar nya pada penyaksian zahir dan batin saya pada 27 ramadhan jumaat malam sabtu. Saya di Kondominium Sejahtera, Jalan Teluk Sisek, Kubang Buaya. Sebelum subuh saya bergerak ke Kuala Terengganu. Paksa rela tanggung dan jawab itu menyusul ketika dalam perjalanan ke Kuala Terengganu, antara Kuala Kemaman ke Kerteh, saya membenarkan salam hati semuanya sebelum saya berhenti rehat di Mc Donald Kerteh.
Hujung 2011, Disember di hadapan hotel Permai Inn Batu Burok, ketika tahun tu hujan dan bencana alam sangat teruk, dengan kilat dan guruh bersilih ganti, bergegar dan hampir pecah langit tu kedengaran jeritan yang berulang-ulang sehingga masuknya subuh. Amanah Haq itu ada pewaris, pemilik, pemegang namanya zahir dan batin. Saya bongkarkan sebahagian cerita peribadi saya yang sudah saya jaga dan sembunyikan sekian lama.
Terbongkar nya rahsia sendiri dengan izin Allah SWT jua. Bukan suka-suka reka-reka. Saya yang saksi dari awal hingga akhir dalam keadaan sepenuh sedar bukan separa sedar. Rahsia Al Quran yang tersembunyi itu bukan rahsia pada saya, dan nama yang tersembunyi dari 99 asmaul husna itu juga bukan lagi tersembunyi bagi diri saya.
Sebatas kalian membaca tulisan ini, sebatas itu jua lah ia terdetik jadi sejarah yang berlalu. Kebenaran itu milik Allah SWT, Tuhan Yang Maha Esa. Dan aku lah penanggung kebenaran yang Esa. Hanya Allah SWT sahaja lah yang menghukumku. Aku tidak akan sesekali menukar cerita, menarikbalik kata-kata, mengkhianati tanggung dan jawab ini kerana aku sendiri telah menyaksikan hukuman, balasan, sebab, akibat atas diriku sendiri. Aku cuma berpesan janji Allah SWT Maha Benar dan sangat lah benar dan dekat waktu tibaNya. Tunggulah hingga ke waktu yang dijanjikan, maka kamu akan lihat kebenaran itu sendiri. Mulai saat ini, kalian selesaikanlah apa yang belum kalian selesaikan. Dan aku selesaikan apa yang aku belum sempurnakan.
Cukuplah bagiku hanya Allah SWT sahaja bersamaku. Selamat menyambut Ramadhan dan diberkati dengan rahmatNya Nuzul Quran juga Lailatul Qadar tahun ini.
InsyaAllah.
Salam,
Allah Subhanahu Wa Ta'ala berfirman:
هُوَ الَّذِىٓ أَنْزَلَ عَلَيْكَ الْكِتٰبَ مِنْهُ ءَايٰتٌ مُّحْكَمٰتٌ هُنَّ أُمُّ الْكِتٰبِ وَأُخَرُ مُتَشٰبِهٰتٌ ۖ فَأَمَّا الَّذِينَ فِى قُلُوبِهِمْ زَيْغٌ فَيَتَّبِعُونَ مَا تَشٰبَهَ مِنْهُ ابْتِغَآءَ الْفِتْنَةِ وَابْتِغَآءَ تَأْوِيلِهِۦ ۗ وَمَا يَعْلَمُ تَأْوِيلَهُۥٓ إِلَّا اللَّهُ ۗ وَالرّٰسِخُونَ فِى الْعِلْمِ يَقُولُونَ ءَامَنَّا بِهِۦ كُلٌّ مِّنْ عِنْدِ رَبِّنَا ۗ وَمَا يَذَّكَّرُ إِلَّآ أُولُوا الْأَلْبٰبِ
"Dia lah yang menurunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab Suci Al-Quran. Sebahagian besar dari Al-Quran itu ialah ayat-ayat "Muhkamaat" (yang tetap, tegas dan nyata maknanya serta jelas maksudnya); ayat-ayat Muhkamaat itu ialah ibu (atau pokok) isi Al-Quran. Dan yang lain lagi ialah ayat-ayat "Mutasyaabihaat" (yang samar-samar, tidak terang maksudnya). Oleh sebab itu (timbulah faham yang berlainan menurut kandungan hati masing-masing) - adapun orang-orang yang ada dalam hatinya kecenderungan ke arah kesesatan, maka mereka selalu menurut apa yang samar-samar dari Al-Quran untuk mencari fitnah dan mencari-cari Takwilnya (memutarkan maksudnya menurut yang disukainya). Padahal tidak ada yang mengetahui Takwilnya (tafsir maksudnya yang sebenar) melainkan Allah. Dan orang-orang yang tetap teguh serta mendalam pengetahuannya dalam ilmu-ilmu ugama, berkata:" Kami beriman kepadanya, semuanya itu datangnya dari sisi Tuhan kami" Dan tiadalah yang mengambil pelajaran dan peringatan melainkan orang-orang yang berfikiran."
(QS. Ali 'Imran 3: Ayat 7)
InsyaAllah.
Padi bersekam rotan bergelung
Laga ayam bahasanya sabung
Dari semalam siang bersambung
Debar genggam bersilat gayung
Tari kelam gerak tergantung
Gelincir di jeram jatuh di gaung
Samar kalam mengarang lambung
Asam bergaram sukma dilindung
Jejak di dalam raga terpancung
Layar bersulam akal terapung
Perahu karam riuh sekampung
Lemas berendam puas meraung
Kelu tergamam dibaham jerung
Matilah silam anak jerangkung
Lenyap geram tiada lagi mendung
Musnah dendam si dada cembung
Rebah di kolam pengarang jantung
Mata terpejam takbir dilaung
Istana tersergam bawah lembayung
Tanah haram hijau menaung
Sejarah muram raja senandung
Cinta hitam dayang terpasung
Timbul tenggelam nama disanjung
Ratna semayam berbaju kurung
Wasiat terpadam si Tuan Tanjung
Berselang gurindam amanah dijunjung
Hakikat imam dari puncak gunung
Seni salam membuka gedung
Pagar Alam di Pagar Ruyung
Paksi Alam Rahsia di Kantung
Post a Comment