Bagaimana dapat dibayangkan
bahawa Allah dapat dihijab
oleh sesuatu
padahal Allah
yang menampakkan
segala sesuatu.
Bagaimana mungkin akan dihijab
oleh sesuatu
padahal DIA yang nampak zahir
pada segala sesuatu.
Bagaimana akan mungkin dihijab
oleh sesuatu
padahal DIA yang terlibat
dalam tiap sesuatu
Bagaimana akan dapat ditutup
oleh sesuatu
padahal DIA yang nampak
pada tiap sesuatu.
Bagaimana akan mungkin dihijab
oleh sesuatu
padahal DIA Yang Esa
yang tidak ada disampingnya
sesuatu apapun.
Bagaimana akan dihijap
oleh sesuatu
padahal DIA lebih dekat kepadamu dari
segala sesuatu.
Bagaimana akan dihijab
oleh sesuatu
padahal andaikan tidak ada Allah
nescaya tidak akan ada
segala sesuatu
Tiap-tiap sesuatu di alam ini
yang semua isi alam ini sebagai bukti
Kebesaran
Kekuasaan
Keindahan
Kebijaksanaan
Kesempurnaan zat Allah.
Yang tidak menyerupai
sesuatu apapun
dari makhluknya.
Sesuatu yang hakikatnya tidak ada
bagaimana boleh ada wujudnya?
2 comments:
Salam,
sorry admin, kepada Aksara Misteri ade bende skt hendak di certe dan sampaikan.. boleh daptkan email contact Aksara Misteri..
daripada pojiemohd
email:pojiemohd55@gmail.com
Salam,
Terima kasih admin LP. Saya sudah berhubung dengan poksu mie kontraktor jengka 21 lebih kurang 3 minggu yang lalu. Panggilan suara dan video call,insyaAllah jika boleh rentas negeri sampailah saya ke sana.
Pada tuan pojie, saya ada 24 email aktif buat masa ni, dan saya kurang aktif chat di email, sekadar untuk urusan-urusan penting sahaja. Tuan boleh hubungi saya di facebook : Alyessa Mariani Abdul Rahman (ejaan sebijik seperti yang saya nyatakan).
Selamat menyambut kedatangan bulan Syawal dan hari raya aidilfitri.
InsyaAllah.
Post a Comment