Jangan anda meminta kepada Allah
supaya dipindahkan
dari suatu hal
kepada hal yang lain
Sekiranya Allah mengkehendakinya
tentu telah dipindahkan
tanpa memindah keadaan halmu yang lama.
Ada seorang salih
bekerja dan beribadat
tetapi dia meminta kepada Allah
untuk mendapat
dua potong roti setiap hari
supaya tidak susah bekerja
dan tidak melulu beribadat.
Tiba-tiba dia tertuduh
kerana itu dia masuk penjara.
Maka setiap hari
dia mendapat dua potong roti.
3 comments:
salam;
buat renungan;
qalbu mukmin baitullah.
inshaallah.
salam;
buat renungan:
allah swt telah berfirman kepada nabi daud as;
wahai daud, kosongkan untuk aku sebuah rumah,agar aku dapat tinggal didalamnya, sebaik sahaja nabi daud menerima perintah tersebut, nabi daud tidak memahami perintah dari allah itu, lantas;nabi daud pun bertanya; wahai tuhanku,bagaimanankah cara untuk aku dapat melaksanakan parintahmu itu?, kemudian allah pun berfirman; kosongkan qalbumu hanya untukku.
inshaallah.
Salam,
Rahsia qalbu itu tetap rahsia sendiri dan empunya diri. Selain dari itu yang dapat hanya samar yang disamarkan dan kesamaran bukan menyamar.
Surah Abasa. Cari ayat bagaimana tadbir dan peliharaNya.
InsyaAllah.
Post a Comment